Tuesday, September 8, 2015

Makan dan santai di Kilang Bateri


Cerita malam tadi.
Setelah 6 hari setengah tak jumpa our hero, so malam tadi kami spend the night together. Balik rumah pun dah jam 12 malam. Mujur Aleesya tak sekolah harini hingga khamis ni sempena UPSR kat sekolah. 


Lokasi tempat kami lepak2 sambil makan2 dan spend night together malam tadi adalah di Kilang Bateri, Tampoi. Hah?? Kilang bateri? Ada apa dalam kilang bateri tu?


Btw Kilang bateri ni asalnya dulu memang Kilang Bateri. Tapi telah diubah suai gaya vintage dan banyak cafe2 dalam tu. Memang happening lah untuk lepak2 dan makan2. Makanan pun banyak juga pilihan. Harga pun tak mahal mana.


See, dalam Kilang Bateri ni. Kebanyakan adalah org2 muda yang datang makan2 kat sini. Family pun ada juga tapi tak ramai lah. Singaporean pun ada.


Memang vintage habis dalam tu.


Macam2 kami order malam tadi. Dari western, makanan thai dan macam2 lagi lah.


Budak yang rindu ayahnya sangat2. Sampai cium2 baju ayahnya tau. Haha.. Berlakon je lebih tu.


Selain cafe2, ada juga kedai gunting rambut, kedai jual baju2 dan tudung, kedai jual mainan dan macam2 lagi lah. Tapi tak 100% lagi complete. Saya tgk ada kontena2 yang masih dalam proses ubahsuai. Kalau nak makan2 kat rooftop pun ada juga. Pendek kata memang tempat happening jugalah untuk makan2 dan lepak2 dengan kawan. Lepak2 ilmiah dan yang mendatangkan kebaikan tau! 


Harini Aleesya ikut saya pergi 2 meeting, jumpa client dan jumpa supplier. Kesian dia, tak sempat nak bawa dia gi makan proper. Kita drive thru je lah ya makan dalam kereta. Yang penting Aleesya dapat belajar  dan observe macam mana nak Close Deal dalam business ya. Insyallah 10 tahun lagi, business ni legasi untuk kamu wahai anak-anak!







No comments:

Post a Comment