Monday, August 24, 2015

Penceramah Jemputan lagi


Terima kasih kepada pihak Matrade (Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) kerana memberi kepercayaan kepada CocoDamia sebagai Penceramah Jemputan semalam.

Antara skop yang dikongsi semalam adalah:
- Bagaimana CocoDamia bermula
- Pengalaman mendapatkan Sijil Halal
- Pengalaman mendapatkan sijil MESTI dari KKM
- Kesan sijil2 tersebut terhadap produk CocoDamia untuk tujuan eksport.


Syukur Alhamdulillah..
Dengan Izin Allah, semalam saya dapat berkongsi pengalaman bersama 108 peserta/usahawan2 lain bagaimana CocoDamia yang hanya bermula dari rumah, kemudian berjaya dieskport ke Luar Negara.
Tanpa Mentor, tanpa bantuan pinjaman, tanpa ilmu secukupnya, tanpa menjadi ahli dalam group2 usahawan,  tapi dengan berbekalkan semangat jati ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam diri kami suami isteri, siapa sangka, apa yang kita impikan, ia pasti menjadi kenyataan.



Kalau saya boleh! Kalian pasti boleh! 
Dengan adanya pelbagai pihak agensi yang dapat membantu, dengan adanya pelbagai kelas2 menimba ilmu keusahawan, dengan adanya group2 usahawan, dengan adanya mentor2 yang berjaya kini, saya yakin kalian semua lagi cepat/mudah berjaya berbanding masa saya starting 3 tahun yang lepas.


Ingat! Walaupun kita proses secara kecil atau sederhana, tidak mustahil kita juga adalah BIG PLAYER. Janji berniaga dengan cara yang betul dan ikut peraturannya.


Kita semua tidak gagal, cuma kejayaan yang masih tertangguh. Sampai masanya, akan datang kejayaan itu mencari kita sendiri.


Bersama Setiausaha MOA, Puan Norison Ramli dari Putrajaya.


Terima kasih juga kepada Dato' Noraini Ahmad yang sudi memberi peluang kepada CocoDamia berkongsi sedikit sebanyak pengalaman.


Sorang lagi penceramah jemputan adalah Pak Lah.


Bersama En Raphy selaku pengarah Matrade Wilayah Selatan.


Acara wajib ni, saya dah macam artis, sana sini semua nak bergambar, kata mereka ambil aura.
Jangan diambil aura saya banyak2 sangat ya. Kesian nanti saya.
Hihihi...gurau je.
Apa2 pun happy kerana dapat juga saya memberi pandangan dan idea kepada usahawan2 yang bertanya pelbagai soalan kepada saya tentang business masing2.


Bersama Ketua Pengarah MARA, Dato' Ibrahim dari Putrajaya.


Yang bestnya tu ayah damia pula jadi VVIP. 
Siap makan bersama dengan pengarah2 dari pelbagai agensi dan dapat pula bersama2 bergambar ramai2 termasuk usahawan UmmiRiaz. 
Untungla...


Sporting lah semua..
Tak kira Dato', tak kira pengarah, tak kira pangkat..
Semua sporting bila bab bergambar kan..


Terima kasih MOA atas sijil dan token yang diberi ;-)
Syukur Alhamdulillah..


Cenderahati dari Dato'..
Saya ingatkan botol air apa lah tu..
Rupa2nya payung...haha jakun kejap saya..


Beg cenderahati dari Lembaga Nenas.

Terima kasih juga kepada semua agensi2 yang terlibat seperti MARA, SME Corp, TEKUN, Lembaga Nenas dan agensi2 lain.

Yang paling best, terima kasih juga kepada para2 peserta dan usahawan2 lain yang tak putus2 bagi macam2 kat saya (semestinya produk masing2 lah kan). Tak cukup 2 tangan saya ni. Mujur Aleesya dan Ayyunie ikut. Boleh jadi pembantu saya. Insyallah ada masa, akan saya review produk masing2 ya. Tapi saya tak janji.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam..


















No comments:

Post a Comment