Monday, June 8, 2015

Restoran Asam Pedas & BBQ, Taman Universiti

BBQ dalam garden view.
Memang puas hati!


Kelmarin (sabtu malam ahad), saya mengajak guru-guru dan fasi-fasi yang terlibat dalam Kem Jati Diri 2015 keluar makan-makan bagi meraikan kejayaan dan komitmen yang telah diberikan masing-masing. (Gambar-gambar kem boleh dilihat di sini ya. Tak sempat nak buat cerita lagi dalam blog.). Setelah survey dibeberapa tempat steambot dan BBQ, akhirnya saya memilih di Restoran Asam Pedas & BBQ, Taman Universiti.


Mula-mula sampai je Restoran ni, kami semua amat teruja akan viewnya yang sangat-sangat tenang dan cantik. 


Hah tu bos besar dah buat peace!
Bukan main semangat lagi sampai terus duduk ya.
Yang kami ni teruja snap sana snap sini. Hihi...


Sampai sahaja kami di gazebo yang ditetapkan, terus pekerja restoran hidupkan api untuk dijadikan bara.
Tak sampai 5 minit , hidup cantik sekata je baranya.
Cuma kalau buat sendiri, berpeluh-peluh agaknya walaupun guna starter.


Aleesya yang excited nak start aktiviti bakar-membakar ni.


Big bos yang tak sabar nak start acara bakar-membakar ni.
Mengalahkan saya yang berpuasa pula.
Saya berbuka pun sekadar seteguk air sahaja lately.
Lepas dah solat dan mandi bagai, baru start makan makanan berat.


Bagi yang ingin buat makan2 kat sini, nak inform yang kat sini hanya ada set Asam Pedas atau BBQ sahaja.
Masakan panas macam goreng2 memang tak ada.

So kami order set BBQ 4-6 orang yang harganya RM200.
Dapat 6 tray makanan seperti diatas.
Udang, chicken wings, hotdog, ikan, lamb chop x 2 dan juga otak2.
Oh ya termasuk 1 jug air teh o ais limau.

Kalau nak add on nasi putih ke, tambah air 1 jug lagi ke, sayur goreng ke, kena extra charge lagi.
Btw kalau datang sini, berbaloi dengan harga, sebab suasana yang sangat cantik.


Maka mulalah sesi bakar membakar dengan staffs.


Bara yang sekata dan api yang sedang, membuatkan hasil BBQ kami cepat dan cantik je..


Pilihan sos tak banyak ya. Hanya ada sambal kicap, sos cili dan black pepper sahaja.
Tapi saya ok je as long ada sambal kicap. Hihi..
Ayyunie mata ralit pandang ke seekor kucing yang begitu jinak dengan dia.


Sebenarnya tak cukup korum ni. Ada cikgu yang tak dapat datang dan semua fasi pula masing2 ada hal.
Fuhh...kebetulan kan. Tapi apa nak buat, kalau tunda2 lagi dah dekat bulan puasa. Malam ni saya pula dah nak gerak ke KLIA untuk fly selama seminggu. So tak cukup korum pun on je lah. Nanti yang tak dapat hadir tu kita qada' next time ya. Semua cikgu2 yang terlibat dalam kem ni adalah cikgu2 yang mengajar UPSR, PT3 dan SPM. 


Hah ni lah kucing yang jinak tu.
Memang sekaki je dengan Ayyunie.
Pasrah apa yang Ayyunie buat dekat dia.
Siap ikut Ayyunie sampai ke kereta tau.


Ok dah habis makan. Tinggal setengah pinggan nasi putih je lagi yang tak terusik. Yang lain2 memang licin. Hihi..
Sambil makan sambil sembang perkembangan positif pelajar2 yang terlibat dengan kem.
Alhamdulillah, tak tertulis saya disini perubahan2 positif yang mula melingkari radius positif pelajar2 saya.


Sebelum balik, wajiblah acara bergambar ramai2 kan. View depan kolam tu.
Memang cantik.


Ok, guna Gopro pula.
Memang cantik nampak semua suasana.


Saya siap cadangkan kat staffs saya kalau nak buat kenduri kahwin, boleh buat kat sini. Acara tertutup gitu. Lepas tu wedding tema garden. Mesti best dan romantik..hihi..


Semua sudut pun nak ambil gambar sebagai kenang-kenangan kan.


Last but not least, saya belanja gambar suami saya paling cute ya.
Bukan paling handsome...Kiki..

Terima kasih atas rezeki daripadaMU Ya Allah..
















No comments:

Post a Comment