Wednesday, May 27, 2015

Restoran Akuarium


Cerita isnin lepas.
COD Coklat-IQ CocoDamia kepada customer jauh dari Kuantan di Tanjung Puteri Golf Resort Pasir Gudang. Kebetulan customer tu datang teman husbandnya ada meeting di Pelabuhan. Tu yang alang2 datang JB, suruh saya COD kan sekali.

Lepas tu, datang pula idea nak makan lunch di Restoran Akuarium ni sebab alang2 dah ada di Pasir Gudang kan. Restoran ni betul2 sebelah KFC Bukit Dahlia.


Mula2 masuk Restoran ni, wahhhhh.. Penuh dengan ikan2 dalam akuarium. Warna warni ikan2 semua.


Bukan itu sahaja, meja makan kita pun berkonsep akuarium. Nampak tak ikan keli warna putih kat bawah tangan ayah damia tu. Lain meja lain ikannya. Teruja pula saya tengok! 


Bagi saya menu makanan biasa2 sahaja. Yang uniknya suasana. Sekali sekala nak mencuba boleh lah. Tu saya order nasi goreng udang sambal dan ayah damia order nasi beriani kambing. So-so je rasanya. Harga ok lah. Berpatutan. Yang penting GST tetap ada :-)




No comments:

Post a Comment