Monday, May 11, 2015

Ini baru betul-betul BIG FOOD


Cerita hari sabtu malam ahad.
Penangan Hari Ibu..
Area atas full house, area bawah pun full house..
Tunggu hampir 15 minit baru dapat seat..
Yang tunggu belakang kami apatah lagi berapa minit mahu dapat seat kan..

Saya tumpang happy tengok masing2 bawa mak bersama kek, bunga, beg habib, hadiah dan lain-lain.
Mak dan mak mertua saya jauh di Kelantan. Kalau tak saya turut serta juga membawa mereka jalan2 cari makan. Hanya panggilan telefon, doa dan memori mengiringi mereka.


Ni makanan yang terdapat di Big Food Cafe ni..
Macam2 ada..
Harga pun boeh tahan.
But no worries, harga sangat berbaloi dengan portion yang betul2 BIG.


Minuman2 yang terdapat disini.


Walla...mula2 sampai menu kami order ni, terkejut juga kami tengok pinggan dan  makanan yang besar ini.
Ni saya order Spagetti Carbonara X Bolognise
Saya dan Ayyunie makan  Carbonara, Aleesya dan ayah damia makan bolognise..
Memang recommended. Cukup rasa dengan kuahnya serta bebola daging yang sangat yummy..


See, besar tak besar portionnya..
Lagi besar dari Aleesya..
Puas hati..


Ni lamb chop..
Pun recommended juga..
Perghhhh, tiga hari turut2 makan kambing..
Dari steambot, ke Nasi Beriani Kambing dan Kambing Grill pula..
1 Set ni boleh makan 3 orang.


Tempat pun selesa walaupun ramai org..
Kat sini pun ada juga Rumah Palyground untuk anal-anak..
Win-win situation kan..anak-anak happy, ibu bapa pun happy..

Kepada yang nak cuba makan disini, area Big Food Cafe ni adalah di Jalan Kolam Ayer..










No comments:

Post a Comment