Wednesday, March 11, 2015

Resepi pulut mangga vanilla

Hujung minggu lepas..
Adalah hari masak, masak dan masak untuk saya.
Saya suka tau main masak, masak dan masak ni.
Lagipun ambil peluang tak ke mana-mana sementara cuti dan pantau anak-anak study nak exam this week. Yeayyy!!! Harini last day dah Aleesya exam. Ayyunie esok last day exam.

Dari lunch hari jumaat, saya masak asam pedas kepala ikan merah. 
Lepas tu malamnya masak kuew tiaw sup.

Keesokannya sabtu, lunch saya masak isi ikan merah masak lemak cili api dan baby crab goreng.
Petangnya buat pulut mangga.
Dan malamnya sup power tulang rusuk pula.


Tapi disebabkan ni lah kali pertama saya buat Pulut Mangga ni, walaupun senang, tapi ya first time ni saya buat. Kalau pulut durian dah biasa. Tapi kalini ayah damia beli buah mangga yang manis leting, leting, leting..
Tu yang datang idea nak buat pulut mangga ni.

Tapi resepi saya olah sendiri sikit2.
Selalunya kan makan dengan santan putih tu. Tapi kalini saya ubah citarasa.
Alhamdulillah, anak2 pun bertambah dan ayah damia pun makan sampai licin.

Jom kita tengok resepinya.

Pulut:

Tanakkan 2 cawan beras pulut bersama dengan 1/2 cawan santan, 1/2 cawan air , secubit garam dan sedikit halba.

Mangga:

Pilih mangga nama Mas Hitam. Insyallah manis leting, leting leting.

Kuah Santan:

Masukkan 1 tin susu cair dalam periuk, 4 sudu gula biasa, secubit garam dan sedikit halba.
Masak bersama daun pandan sekali.
Dah hampir mendidih, masukkan 2 sudu tepung jagung bersama sedikit air untuk memekatkan lagi kuah.
Akhir sekali masukkan perasa vanilla.
Tutup api.
Tuangkan ke atas pulut.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment