Saturday, March 7, 2015

Ais krim gulung di Uptown Pandan JB

Owh.. Sekarang kat JB pun dah ada ais krim gulung ya. Suatu ketika dulu, di media sosial terutamanya FB, penuh dengan virals ais krim gulung di Langkawi dan Thailand. Kini kat JB pun dah ada.


Lepas sahaja menunggang kuda di UTM hujung minggu lepas, kami singgah di office sekejap sebab ada appointment dengan orang dan kebetulan juga ada parent datang daftar anak tuisyen. Lepas sahaja solat maghrib, terus kami ke Pasar Borong Pandan atau Uptown Pandan untuk menikmati makan malam serta membeli lauk pauk di pasar.

Otw nak ke medan selera uptown tu lah nampak ada gerai menjual ais krim gulung.


Ralit betul kami melihat pekerjanya membuat ais krim gulung tu terutama Ayyunie. Sebab tak pernah rasa lagi, maka kami pun cuba lah beli 1 cup. At least org kata dah pernah merasa kan.


Ada banyak flavor dan boleh pilih nak campur dengan apa. Kami pilih oreo + chocolate. Tak silap harga RM4 lebih. Lepas tu tambah topping chocolate chips. Topping RM0.60. Kalau pilih 2-3 jenis topping kena darabkanlah dengan RM0.60 tu.


Teruja Ayyunie tengok org buat ais krim. Sudahnya nak tahu apa? Hahah.. Dia buat ais krim gulung kat rumah guna bedak dengan mainan chips dia. Siap guna pembaris lagi tiru aksi pembuat ais krim tu. Budak bijak memang camtu kan. Haha..


Yeay dah siap! 


Ni lah rupa ais krimnya. Tapi agaknya kami salah pilih topping atau sebab semuanya ada rasa coklat (mentang2 lah tokey coklat, order pun coklat), rasanya tak berapa sedap pula. Lagipun coklatnya macam cepat cair je. Muak pun ya. Just my 2 cents. May be kalau pandai mix flavour rasanya lebih sedap.


Lepas tu kami pun ke Medan Selera Uptown. Fuhh belum duduk lagi, berdezup pelayan2 restoran datang entertaint kami tanya nak makan apa. Order like a bossss ok! Macam2 ada.


Ayyunie order nasi bubur Sentosa No 1.


Ayah damia order kuew tiaw sup.


Aleesya nasi ayam.


Saya chicken grill. 

Air pula laici gelas besar dan tembikai gelas besar. Memang berselera dan kenyang kami malam tu.


Lepas tu kami ke pasar borong pula untuk membeli lauk pauk sebagai stok dapur 1-2 minggu. Hurmmm kalau sampai sini memang rambang mata. Semua lauk nak beli. Yang tak bestnya lauk pauk yang dibeli tak boleh disiang. So pulun lah siang kat rumah sorang2. 


Lepas tu Aleesya pula request nak makan durian. Dah seminggu kot dia nak makan durian. Alahai musim2 panas ni, takut juga nak bagi anak2 makan durian. Tapi demi tak nak menghampakan dia, makan lah juga. Dah lah bukan musim durian. Harga pun apa lagi. Mencecah RM80 sekilo kalau yang D24 tu. Happg Aleesya dapat makan durian malam tu.

Dan balik rumah, sianglah saya semua ikan2 fresh tu. Siap bubuh rempah, garam kunyit dan perap siap2. Senang nak masak, just defrost dan goreng je.

Uols dah try ke ais krim gulung tu? Ais krim Nyor lagi best ya tak?











No comments:

Post a Comment