Monday, December 1, 2014

Seronoknya Kelas Membaca di Pusat Bahasa Pelangi

Alhamdulillah.
Hari ini bermulalah program Cuti Sekolah di Pusat Bahasa Pelangi Taman Universiti.
Hari ini dimulakan dengan Kem Pecutan Membaca, kelas Add Math, kelas Mandarin dan juga kelas-kelas foreigner dari Middle East.
Esok, lusa dan tulat ada program-program lain pula.


Tapi yang paling happeningnya kelas adik-adik comel ni lah.
Seawal 8 pagi lagi ibu bapa masing-masing dah hantar adik-adik comel ni ke Pusat Bahasa Pelangi.
Masing-masing dah buat pendaftaran awal samada secara online mahupun offline.
Maka datang terus ambil set buku dan juga name tag untuk lebih mudah dikenali.


Alhamdulillah juga, semuanya berjalan lancar.
30 minit pertama kelas membaca 5-7 tahun, semuanya positif dan berani.
Masing-masing happy dengan teacher Aliza serta pembantu kelas, teacher atikah dalam kelas tersebut.

Besar tanggungjawab yang kami pikul selama kem sebulan ini. Misi kami selama sebulan ini akan pastikan mereka semua ini lancar selancarnya membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Hujan yang turun pagi tadi makin menceriakan adik-adik comel ini semua. Walaupun jauh dari Ulu Tiram, dari Pelangi indah, dari Nusajaya, dari Bukit Indah dan dari Pulai Indah (kenapa semua taman kat JB ni banyak nama indah), namun tepat jam 8:30 pagi, semua sampai ON TIME dan bersemangat menimba ilmu. 

Insyallah akan kami berikan result yang terbaik untuk ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak. 


Waktu rehat, disediakan sekali pakej makanan dan minuman.
Setiap hari menunya berubah-ubah.
Hari pertama ni saya bagi briefing sedikit utk disiplin dan tatacara makan.


Sebelum makan, kita baca doa makan dulu ya adik-adik.


Hari pertama ni, masih ada yang malu-malu nak ambil makanan sendiri.
Kena para cikgu yang ambilkan dan letak atas meja baru mereka makan.
Faham...faham..
Esok lusa harapnya masing2 dah tak malu ya.


Briefing sebelum balik oleh pengetua Pusat Bahasa Pelangi.
Biasalah apabila handle budak kecil ni, kena selalu ada reminder untuk mereka.
Kena selalu ulang-ulang cakap. Dan kena selalu suruh mereka ulang semula apa yang kita cakap.

Apa-apa pun saya dan ayah damia serta staff Pusat Bahasa Pelangi sangat happy dengan mereka semua ni.
Naughty sikit-sikit tu lumrah. Nama pun budak-budak kan.

Ok kita jumpa esok pagi ya adik-adik comel sekalian.

P/S: Kepada yang masih berminat nak daftar kem bijak membaca ini masih boleh hubungi di talian 
010-6468383. Untuk pendaftaran kelas SPM, PT3 dan UPSR, juga masih dibuka sebelum kelas penuh bermula pada hari rabu ini (3/12/2014). Cepat-cepat daftar. Tempat terhad. Kelas hebat. Dan cikgu bermuafakat.






No comments:

Post a Comment