Sunday, November 2, 2014

Tengok bola LIVE Oppo Piala Malaysia di Dataran UTM


Sekali harung senang kat sini...

MAKAN. SHOPPING. BOLA.

Adil dan saksana gitu kan.

Kalau tak sebelum tu jenuh juga nak fikir nak tgk bola kat mana. Kat Taman Merdeka ada, kat Dataran JB ada, sebelah AEON, kat Tmn U pun ada.

Kat sini lah senang, mula2 makan kenyang2, lepas tu shopping puas-puas, then fokus tgk bola.

Agak2 boring, gi je beli kudapan yang banyak kat Pesta Konvo tu.


Dari duduk belakang sekali, boleh pula duduk depan sekali. Hihi..
Hah masa ni JDT 2 - PAH 1.


Masa rehat separuh masa pertama, ada artis UTM buat persembahan.
Layan je lah. Saya sambil2 tu sambung shopping ler. Hihi..


Family -fie katanya.


Lama betul Ayyunie cakap nak balik.
Ya lah dah seri sama mata, kena lawan lagi setengah jam.
Lepas tu penalti pula.
Sampai dah serabai rambut Ayyunie tunggu nak balik. Kiki..
Masa ni dah dekat jam 11:30 malam.
Tapi sebenarnya rambut Ayyunie serabai ada sebab.


Sebabnya ni hah.
Dah duduk depan kipas besar ni.
Saja je main2 dengan kipas besar ni.
Tu yang rambut serabai habis. Hihi..
Jam 12 baru sampai rumah.
Harini dah lah Aleesya sekolah ya.
Tak pe lah sekali sekala layan bola.
Ni first time saya dan ayah damia betul2 fokus tgk bola dari awal sampai akhir perlawanan..;-)


P/S: Tahniah Pahang kerana menang Oppo Piala Malaysia. Untuk JDT, tak pe adat pertandingan mesti ada kalah dan menang. Yang penting jangan putus asa. Tahun depan cuba lagi.





No comments:

Post a Comment