Sunday, November 9, 2014

Resepi cucur ikan bilis yang bulat-bulat dan gebu-gebas

Wahhhh, buat cucur pun ada tips hokeyy.  Bukan susah pun buat cucur ikan bilis ni. Campak-campak bahan, kacau-kacau, goreng dan siap dimakan panas-panas bersama sos cili. Wallaaaaa! Memang best. Nak-nak pula ada air teh o panas. Berpeluh-peluh makan hokeyy.

Tapi tak semua orang tahu tips macam mana nak buat cucur kita tu gebu bulat montel. Samalah saya sebelum ni pun. Cucur bentuk alien. Ada yang penyet. Ada yang panjang. Ada pula macam gunung berapi tak meletus-letus. Kiki. Tapi tak pe, bentuk je alien, tapi rasa tip top.


Kali ini saya nak share macam mana nak buat cucur ikan bilis yang comel sikit bentuknya dan tekstur yang lembut. Kiranya upgrade sikitlah dari bentuk alien sebelum ni dan cucur pun tetap gebu dan lembut walaupun dibiarkan seharian. Kalau tak sebelum-sebelum ni cucur tersebut akan jadi keras kejong kalau dah sejuk. Ni betul! Ia tetap gebu dan lembut. 

Gambar diatas adalah gambar hasil cucur ikan bilis saya petang semalam. Kira berjaya jugalah buat cucur yang agak comel dan bulat-bulat berbanding sebelum ni. Ilmu pun saya google je. Sumber dari macam2 blog. Dan hasil dari pembacaan serta pengalaman saya sendiri semalam, maka hari ini saya nak share ilmu tersebut. Pengalaman kan lebih mematangkan kita. 


Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum Faiza
Secubit garam
Segenggam ikan bilis (dicincang)
Selabu bawang besar (dicincang)
Setangkai cili besar ( dihiris)
5 batang daun sup (dihiris) 
Satu sudu kecil serbuk kunyit
Air panas mendidih


Cara membuatnya:

1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali air panas yang mendidih. Bahan-bahan cincang saya guna food processor lagi senang. Sebab kita boleh control saiz cincangan agar sama besar.

2. Kemudian, buat lubang di tengah-tengah tepung. 

3. Masukkan air panas yang mendidih sedikit kedalam lubang tersebut. Kaup-kaupkan tepung sikit, lepas tu buat lagi lubang ditengah,  masukkan lagi air panas yang mendidih tadi, dan ulang langkah2 diatas sampai tepung sebati dengan air panas tersebut. Jangan sesekali masukkan air panas sekali harung dalam campuran tepung tadi ya. Masukkkan sikit-sikit.

4. Dah sebati semua, ambil sedikit tepung letak dalam pinggan, kemudian ambil sesudu bancuhan tepung yang telah sebati tadi, letak atas tepung tersebut dan bulat-bulatkan bancuhan tadi seperti gambar diatas. Saya buat bulat-bulat siap-siap untuk keseluruhan bancuhan tadi.

5. Panaskan minyak. Biar betul-betul panas ya. Kemudian masukkan adunan cucur yang telah dibulat-bulatkan tadi. Balik-balikkan cucur tadi  sehingga garing kekuningan. Angkat dan toskan dalam tisu dapur. Insyallah cucur ikan billis resepi ni tak kuat makan minyak. Sebab tepung tu dah masak dengan air panas tadi. Hasilnya garing diluar, lembut didalam. Dan saya sengaja tinggalkan semalaman cucur ikan bilis tadi dari petang semalam hingga pagi ini. Dan rasanya masih lembut tau! Wallaaaa!

6.  Cucur ikan bilis ini sesuai dimakan bersama sos cili, sos thai, mayonis atau kalau rajin boleh dimakan bersama ikan bilis.

Selamat mencuba!

Orang lain tentu dah ada yang tahu tips ni kan. Kesian saya baru tahu. Tapi tak pe better late than never kan. Janji rajin mencuba. Sekali buat mungkin tak cantik lagi. Tapi lama2 mesti expert kan.

P/s: Mak-mak kita dulu punya petua kalau nak gebukan cucur masukkan telur dan baking powder kan?

No comments:

Post a Comment