Monday, November 24, 2014

Ke MAHA 2014 ke kita?


Yeayy! Semalam sempat ke MAHA 2014 di MAEPS Serdang.

4 jam jalan kat MAHA ni pun tak cukup. Saya sekadar larat berjalan di dewan IAT 1 dan IAT 2 sahaja. Menyokong rakan-rakan usahawan yang lain. Banyak lagi pavillion dan dewan2 saya tak jejaki. Tapi tak pe lah. Last 2 years dah pernah jejak ke kawasan2 yang saya tak sempat pergi semalam. So tak lah ralat sangat. 

Yang bestnya tu, majoriti usahawan yang kami kenal kalau jumpa je, mesti tanya 
"booth CocoDamia kat mana"?

Hihi, kalau kami ada booth, tak merasalah nak jalan2 dan shopping macam semalam ya tak?

Tahun ni rezeki CocoDamia hanya untuk pameran produk di Rumah Johor dan Agensi2 sahaja. Dapat invitation bagi talk kat MAHA masa bulan Ramadhan haritu lagi, tapi baru 3 minggu lepas tarik diri. Nasib baik boleh. Hihi..

Tak pe, kalini jadi pengunjung dan pembeli tegar ya. Support produk2 muslim yang lain.



Mula2 masuk MAEPS, jammed giler. Lautan kereta parking sana sini.


See, banyak kereta weeiii. Siap kena mendaki bukit, ada yg tolak stroller, ada yang berdukung dan cuaca agak panas terik semalam. Tapi alhamdulillah, kami jammed kejap jer, lepas tu dah boleh park kat area media, vvip dan exhibitor. Kalau parking kat tempat guest, lagi lama jammed.

Sampai2 je, terus ke booth FAMA sebab dah janji nak jumpa pegawai FAMA HQ untuk menghantar parcel CocoDamia.


Lepas tu sesi membeli belah pun bermula lah kan.
Ramai sungguh orang semalam.


Lepas dah habis membeli dan round2 di MAHA, terus kami ke Bangi Gateway.
Sambung shopping sini pula.
Tapi kat sini shopping blouse dan tudung lah kan.
Both Damia pula nak main kat sini.
Per-entry hanya RM8.
Lagi senang ibu nak shopping.
Anak-anak main dalam ini, si ayah rela menunggu anak2 dari menemani saya shopping.
Dan saya pula dengan hati senangnya sambung membeli belah di Bangi Gateway alone.
Dalam masa sejam settled beli apa yang nak.
Alhamdulillah.


Lepas tu ayah damia ajak makan malam di tempat feveret dia kalau datang Bangi ni.
Kat mana lagi. Kat Sup Gearbox lah.
Fuhhh, bukan main besar lagi sup gearbox yang sampai panas-panas.


Bab memotong dan melapah isi gearbox ni kita serah pada pakar ya.
Hihi..Banyak lemak dan daging.
Makan sampai kenyang sekenyangnya kami.


Dan malamnya...
JET LAG
Tidur awal

Bersaksikan lampu-lampu neon di luar sana.









No comments:

Post a Comment