Wednesday, November 5, 2014

Awas! Laporan Polis telah dibuat!



<PENIPU MENYAMAR OWNER COCODAMIA>

Sejak minggu lepas hingga semalam (3/11/14), pihak Cocodamia telah menerima beberapa panggilan daripada ejen & stokis untuk mengesahkan bahawa Owner Cocodamia (En Khairuddin) berada di kawasan ejen/stokistersebut untuk berjumpa kerana hendak menyampaikan 'barang'. Setelah En Khairuddin mengesahkan bahawa dia berada di Johor dan tidak ke mana-mana negeri dalam beberapa minggu ini, maka terbongkarlah satu cerita yang kurang enak didengar.

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Haji Khai / En Khai / Hj Khairul dari Cocodamia telah menelefon ejen/stokis Cocodamia, berbual seolah-olah dia adalah owner cocodamia dan kenal satu antara lain, terutama bertanyakan tentang bussiness cocodamia dan seterusnya memberitahu bahawa dia berada dalam kesulitan dan kesempitan kerana ada 'barang' yang tersangkut di kastam.

Dan dia meminta ejen/stokis berkenaan bank in RM850 ke dalam akaun BSN atas nama Raja Kamarulzaman. untuk melepaskan barang tersebut dari kastam. Ada ejen/stokis menelefon office cocodamia terlebih dahulu untuk mengesahkan perkara tersebut dan pihak cocodamia begitu terkejut dengan hal yang di beritahu oleh ejen/stokis. Namun ada juga ejen/stokis yang telah terlepas bank in duit tersebut kerana percaya yang telefon itu adalah owner CocoDamia (En Khairuddin) yang sebenar.  .

Kesimpulannya, setelah dibuat siasatan, penipu tersebut:

1. mengambil data (nama & no telefon & lokasi) ejen/stokis cocodamia melalui fanpage/website cocodamia
2. perkara ini berlaku pada hari yang sama iaitu hari Jumaat (31/10/2014), telah menelefon ke beberapa ejen/stokis cocodamia secara rambang setiap negeri 1 ejen/stokis
3. terus menutup no telefon yang digunakan pada keesokkan harinya sehingga hari ini.
4. No acc BSN yang digunakan atas nama Raja Kamarulzaman beralamat di Klang Selangor.


Untuk menbersihkan nama owner cocodamia, jenama cocodamia serta nama baik syarikat, En Khairuddin telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut beserta dari laporan polis oleh para ejen/stokis terlibat.

Sebagai peringatan kepada yang lain (terutama usahawan online), jangan mudah percaya dengan modus operandi penipu tersebut.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment