Monday, October 6, 2014

Selesai sudah ibadah korban.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah korban dan pengagihan daging untuk menyempurnakan lagi Aidiladha pada tahun ini.

Ini kali pertama kami lakukan ibadah korban di perantauan. Selama ini kami pernah lakukan ibadah korban di kampung kami iaitu di Kelantan, dan kalau tak balik Kelantan sekalipun, kami wakilkan nama masing2 kepada orang tua kami. Namun kali ini ibadah korban ini lebih dihayati dan terasa insaf diri kerana A to Z kami lakukan dengan pertolongan kejiranan kami.


Yeayy, petang sabtu lembu dah sampai.
Ayyunie siap tanya "kenapa lembu ini hitam legam ibu? Ni lembu india ke? Kenapa ayah tak beli lembu melayu?".. Haha.. Kadang2 soalan Ayyunie lucu tapi bernas.


Kalau balik kampung, mak atau mak mertua kita bangun sebelum subuh lagi masak tu, masak ni, siapkan tu, siapakan ni.

Kalau tak balik kampung, kita sendirilah yang kena bangun sebelum subuh utk masak itu ini kan.

Itulah nama pengorbanan seorang ibu untuk kejayaan dan tauladan anak menantu akan datang.


Alhamdulillah, menu simple kami di pagi aidiladha 2014. Nasi mediterrian, ayam bakar ala nandos, siakap berlado dan gulai kawah daging. Nasi panas2 lagi tu, siap berwap bagai masa amik gambar. 


Sebenarnya timbul idea nak masak nasi mediterrian dan ayam bakar ala nandos sebab malam sebelum raya tu, kami makan nandos di city square. Lepas tu nampak both Damias bertambah2 makan nasi mediatterian tu. Sekali timbul idea masak simple macam tu. Siap beli sos nandos lagi untuk buat perapan dan pencicah ayam. Makan ayam puas2, sebab lepas ni confirm 4-5 hari asyik makan daging je kan. Hihi..


Lepas sahaja makan pagi raya, cepat2 kami ke Masjid Pulai Perdana untuk sama2 solat sunat Aidiladha. 

Gambar kat atas tak cukup korum. Sebab yang sorang lagi tu tengah baring kat seat belakang sambil membebel "ibu boleh tak tukar lembu putih sikit, lembu hitam tu adik tak nak makanlah".. Haha..


Dan lepas zohor, alhamdulillah ibadah korban selamat dijalankan. Gigi lembu tu nampak macam selfie dah. Kikikiki..


Tapi serius, saya sebak pabila melihat lembu itu nak direbahkan. Sampai terkencing2 lembu tu. Ya Allah, hiba sangat rasanya tengok keadaan lembu tu.

Saya ni penakut, pantang tgk darah. Tapi kalini Allah kuatkan hati dan semangat saya utk menyaksikan segala2 nya. Mungkin saya pun fikir sampai bila aku harus takut kan? 

Lagipun tugas saya sebagai photographer. Harus snap moment2 penting ibadah korban ini.


Proses melapah kulit.


Cepat juga mereka2 ni melapah kulit. Kejap je. Ayah damia pegang pisau pun tak nak. Maklumlah kami first time ni. Sebelum ni korban dapat yang dah siap semua. Tinggal basuh dan masak je. Ni A-Z kena buat kan. Tapi melapah tak lah.


Proses membuang perut. Teruja saya tgk masa ni. Sebab saya tak pernah tgk proses buang perut ni!


Haha, ayah damia berani pegang kaki je.


Perut dah kena buang. Eh bukan buang, diberi kepada pekerja2 indonesia yg tengah buat contruction kat belakang sana.. Tak sangka diaorg pandai makan perut lembu ni. Kami tak lah makan..


Siap sedia untuk angkat lembu untuk diletakkan atas kanvas dan mengantung kaki lembu untuk dilapah. Gambar2 semua dalam DSLR saya. Ada masa nanti saya masukkan dalam blog ya. 

Syukur, ibadah korban kerana Allah telah selamat kami sempurnakan. Insaf diri kami aidiladha pada tahun ini. Semoga tindak tanduk kita adalah dalam keredhaan dan keikhlasan.

Insyallah tahun depan kita korban lagi jika diizinkanNya. Bagi yang tidak korban pada tahun ini, jom tanamkan niat utk korban pada tahun2 akan datang. Niat yang baik Allah akan permudahkan.

P/s: Tengah masak2 kat dapur untuk ajak staffs makan2 malam ni. 










No comments:

Post a Comment