Tuesday, August 5, 2014

Cara-cara membuat Sherperd Pie dengan mudah


Memasak adalah seni.
Semua orang boleh memasak tetapi mengikut cara dan citarasa masing-masingkan. 
Sedangkan rendang pun kita tengok ada macam-macam warna, macam-macam cara nak masak dan macam-macam rasa, begitulah jua dengan menu-meny lain.

Kali ini saya nak kongsi resepi SHERPERD PIE yang menjadi kegilaan saya sejak berbuka puasa tempohari. Lepas dah makan 2-3 kali, kemudian saya teliti, lepas tu search google untuk dipelajari, lalu saya pun ubah resepi ikut citarasa sendiri.

Berikut adalah langkah demi langkah untuk sama-sama kita kongsi.

1. Rebus 5 biji kentang holland. Saya pilih kentang ni sebab cepat empuk dan bersih putih isinya. Lepas dah empuk, buang kulitnya dan lenyek sampai hancur. Ada juga orang buang kulit dulu baru rebus. Terpulang citarasa masing2. Saya rebus dengan kulit2 sebab orang kata baru lebih manis. Dah lenyek, masukkan 3 sudu butter, garam secukup rasa, serbuk lada hitam secukup rasa dan diselang-seli pula dengan susu segar. Anggaran susu segar dalam 10 sudu. 

2. Lepas tu kita buat inti pula. Tumiskan bawang putih, bawang besar, dan tomato hingga garing dengan marjerin. Kemudian masukkan daging kisar. Anggaran kalau 5 biji kentang tu dalam 500g daging kisar. Saya beli yang ready made brand Ramly Burger je senang. Nak buat sendiri  daging kisar pun lagi bagus. Pabila daging dah hampir masak, masukkan 4 sudu sos cili, 2 sudu sos tomato, 2 sudu sos lada hitam dan 4 sudu puri tomato. Lengkapkan dengan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kalau suka, boleh masukkan cendawan butang yang dipotong halus atau sayur campur. Tapi saya tak masukkan. Saya masukkan daun saderi yang dicincang sahaja untuk dapatkan aroma yang lebih wangi.

3. Alaskan dengan nipis kentang lenyek tadi dalam mangkuk yang nak dibakar.

4. Lapiskan pula dengan inti daging yang dimasak tadi. Kemudian masukkan lagi kentang lenyek tadi sehingga penuh mangkuk.

5. Lepas tu ikut citarasa masing2 nak buat corak macam mana atas kentang lenyek tadi. Tak nak buat pun tak apa. Paling senang ambik garfu gores2 atasnya. Hihi..

6. Taburkan topping dengan cheese. Patutnya guna mozarella cheese. Tapi kat rumah saya dah kehabisan mozarella cheese, saya gun cheesedale yang dipotong-potong sahaja.

7. Bakar dalam lebih kurang 15 minit dengan suhu 200 darjah celcius. Guna kaedah api atas sahaja (top).

8. Yeayy dah siap bakar!

9. Apa lagi? Makan time panas-panas! Memang heaven. Sure tetamu-tetamu anda akan tambah dan tambah lagi. Hiks. 

P/s: Kalau anda dah cuba resepi ni, jangan lupa share link anda di blog saya ni ya. Saya pun nak tengok hasil citarasa masakan anda! Ok! Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment