Monday, August 18, 2014

Business Matching ke Xian, China


Alhamdulillah..
Selesai sudah urusan business matching di Wisma Asas Tani Putrajaya. Kami dah berusaha, selebihnya yakin dengan rezeki Allah.

Cepat-cepat balik JB. Malam ni saya mengajar. Walaupun dah ada cikgu standby ganti saya, tapi kalau boleh nak juga saya ajar sendiri baru puas hati.

Selain tu nak tgk hasil air tangan staffs saya untuk big event esok iaitu Media Tour dalam coach keretapi dari KL Central ke JB Central. Dan pitstop ambil kami di stesen keretapi kluang. Semoga Allah permudahkan urusan kami team CocoDamia.


Bergambar kenangan dengan usahawan2 johor dari daerah batu pahat, kota tinggi dan ledang bersama pegawai2 jab. Pertanian. Hanya CocoDamia sahaja wakil usahawan dari daerah Johor Bharu. Insyallah, semoga kami bersama-sama berjemaah meningkatkan ekonomi produk Makanan bumiputera. Mentang2 saya paling tinggi, dengan rela hati saya berdiri kat belakang. Hihi..

Oklah nak tidur rehat kejap. Dah sampai JB nanti otak sambung ligat berpusing lagi.





No comments:

Post a Comment