Wednesday, August 6, 2014

2 Syawal ke kebun || Macam-macam buah adaaaaa

Raya 2014 musim buah-buahan..
 Mula2 kutip buah tepi2 rumah nenek Aleesya & Ayyunie je.. 
Pastu syokkk sangat sampai ke kebun dalam hutan kami pergi mengutip buah..

Antara buah-buahan yang ada adalah.
-buah rambutan (paling banyak)
- buah mata kucing (sikit je yang masak)
- buah manggis (pun sikit je masak)
- buah durian (dapat 4 biji je.. Tapi nyummy sangat)
- buah rambai (malas dah nak panjat pokok)
-buah duku (pun malas dah nak panjat pokok)
-buah asam gelugur (paling banyak gugur)
-buah mempelam (banyak dapat, besar2 dan manis2 semuanya)
-buah cempedak (banyak berbuah tapi masih dalam bungkusan untuk tunggu ranum)

Memang first time both Damias masuk kebun ni. Sampai habis kaki tangan Ayyunie berkudis kena gigit nyamuk. Tapi dia suka. Jangan pacat sudahlahh.. Itu ibu pun lari main jauh2..

Ok jom layan gambar-gambar both Damias yang excited dengan kebun ni


Mak saya hulur ayah damia parang nak tebang dahan pokok rambutan tu.
Ayyunie dari awal lagi jadi supervisor tengah fikir apalah yang ayah dia nak buat.


Bersungguh-sungguh ayah damia menebangnya.


Yeahhh...finally berjaya


Bersungguh both Damias mengutip buah rambutan dari dahan yang ditebang tadi.


Happy sungguh mereka!


Berhenti rehat dan makan buah rambutan kejap..
Posing tetap posing ya!


Apalah yang nenek cakap dengan Aleesya sampai senyum macam tu sekali.
Ayyunie dah resah nyamuk banyak gigit dia.
Ayyunie memang dari kecik kulit lokek. Nyamuk gigit satu je, dia punya tempat gigit dah macam berkudis kulit tu.


Buah mata kucing. Tak banyak dah yang masak.
Yang masak mak cakap tupai makan.
Pandai ko ya tupai!


Pokok buah nangka dan buah rambai.
Nangka belum masak penuh lagi.
Rambai ayah damia malas nak panjat ambik.


Mempelam pun banyak.
Ambil awal2 lepas tu peram 3-4 hari.
Yummy! Manis-manis isinya.


Kemudian kami semua berjalan kaki pula ke kebun dalam.
Tak jauh dekat je. Dalam5-10 minit dah sampai dalam kebun ni.


Awal-awal lagi Ayyunie dah ayah damia dah jumpa 2 biji durian.
Durian yang sebelah kanan tu special. Dulu2 saya panggil durian perigi sebab pokoknya betul2 tepi perigi kering.
Isinya perghhh..kuning dan lemak berkrim.
Makan seulas pun dah cukup sedap sampai ke anak tekak. Hikss..

Lepas tu teman mak kutip buah asam gelugur.
Banyak yang gugur.
Buah manggis nak ambil pun masih muda2 lagi.
Buah duku dalam kebun ni banyak. Tapi ayah damia tak nak panjat pula.
Kalau ada galah dah lama kait.


Then jalan kaki balik rumah.
Boleh pula tangkai durian tu tercabut.
Gedebuk jatuh atas jalan.
Nasib baik tak kena kaki kan.


Aleesya dan Ayyunie lah paling excited cari durian.
Siap minta dengan nenek lampu suluh lagi.
Nenek tanya nak buat apa?
Ayyunie jawab upin ipin gi kebun durian bawa lampu suluh takut tak nampak buah durian.
Kikiki..sabo je lah Ayyunie tu.


Ni pokok manggis.
Buah kegemaran saya ni selain dari buah mata kucing.


Sampai je luar rumah, tak nyempat-nyempat. Terus ayah damia kopek buah durian bagi both Damias makan.
Nenek tak makan pun. Dia cakap dah selalu makan sampai naik muak.
Saya dan Ayah damia pula sampai kena catu makan durian ni.
Ya lah anak2 je kongker.
Tu pun berebut2 makan durian ni.
Bayangkan durian yang dalam mulut Aleesya pun Ayyunie sanggup suruh kakaknya keluarkan sebab tak cukup. Haishhh anak-anak.
Tapi serius durian kebun mak memang sedap2.
Lemak-lemak manis durian kampung.


Ada durian yang tepi perigi tu, lagilahhhhh..
Sebiji durian tu cuma dapat SATU ULAS je.
Ok lah rezeki juga tu kan..


Ni lah aktiviti hari2 mak saya.
2 hari sekali masuk kebun cari buah asam gelugur yang gugur.
Basuh, potong dan jemur.
Dan kering jadilah asam keping.
Rumah mak memang banyak asam keping ni.
Sebab tu rumah saya sendiri tak pernah putus asam keping ni.
Sekali balik kampung atau mak datang JB, berbotol-botol asam keping mak bawa.
Memang terbaik!

Beginilah kehidupan dikampung.
Nak makan buah gi cari, nak makan ulam petik tepi rumah, nak minum air kelapa jolok je dengan galah.
Malas atau rajin je nak buat itu semua.

Kesimpulannya, mak yang tanam bertahun-tahun dahulu, anak sampai cucu boleh menikmati hasilnya.



















No comments:

Post a Comment