Tuesday, July 8, 2014

Nampak kapal terbang arah bertentangan


Formasi Awan, Melangkaui Pandangan!

Gambar diatas saya ambil hari isnin lepas  dalam jam 5 petang penerbangan dari Brunei ke KLIA2. 

Subhanallah! Kagum tak terkata saya melihat formasi awan-awan tersebut. Menyerah hati dengan penuh rendah diri melihat formasi awan-awan ini. Betapa kerdilnya saya didunia ini.

Tapi pabila melihat formasi awan-awan ini, mulalah nak berimaginasi. Ntah kenapa awal-awal lagi saya terbayangkan taman-taman macam dalam cerita donggeng Disney tu.

Yang paling tak sangka, baru je terlintas dihati "kenapa aku tak pernah nampak kapal terbang lain kat atas ini?"..

Sekali tak sampai 10 minit sayup-sayup nampak ada kapal terbang lain terbang arah bertentangan. 

Allahuakbar! Lagi saya berasa rendah diri dengan Yang Maha Esa. 

Ini bukan imaginasi tapi realiti!

Di bulan Ramadan ini, fikir, niat, kata dan doalah yang baik-baik. Kerana saya percaya Allah akan memakbulkan doa setiap antara kita.

No comments:

Post a Comment