Wednesday, July 9, 2014

First time di KLIA2

Yang first time, harus diabadikan..
Untuk menjadi pengalaman pada masa akan datang.


First time jejak kaki ke KLIA2. Memang besar. Sebelum2 ni dah pernah dengar org cerita KLIA2 ni sangat besar dan nak ke terminal pun jauh giler. Betullah apa yang kami alami. Dah lah gate kami yang ke 21 means yang last sekali. Fuhh memang jauh lah menapak kan.

Mula2 sampai KLIA2 jam 2 pagi. Terus decided ke money changer utk tukar duit dulu. No worries. 24 jam buka dan ada macam2 money changer.


Then masuk ke link bangunan sebelah pula utk tempat perlepasan. Ambil gambar dulu buat kenangan.


Dah sampai tempat perlepasan, boleh tgk screen utk status jadual penerbangan kita. Kat dalam ni lah paling ramai org.


Ambil kesempatan check berat luggage dulu. Dalam online kami beli 45kg. Sekali timbang 46 kilo pulak. Alamak lebih sekilo. Kalau nak kena denda oleh Air Asia RM50 sekilo lebih. Tapi kami ambil langkah bijak pergi ke sales kiosk utk tambah berat luggage.


4 jam sebelum penerbangan, anything boleh tambah dan tukar kat sales kiosk ni. Alhamdulillah, sikit lagi masa kami nak disqualified utk change anything kat boarding pass. Akhirnya dapatlah kami add on 5kg more luggage dengan bayaran RM5 sahaja. Syukur..


Awal giler sampai sini. Nak check-in barang pun tak leh lagi. So lepak2 makan pre-breakfast kat Papa Rich dulu. Tak nak duduk kat dalam tempat air-cond. nak juga duduk kat luar ambil udara dan tgk pemandangan. Kami makan set roti bakar, telur masak separuh dan kuew tiaw sup bersama air panas. Total dalam RM60++.


Yeayy. We are happy family. Tak sabar nak sampai Brunei pun ya ni.


Dah settled check-in barang, kami ke tempat over-size luggage punya check-in. Gigih kami bawa booth CocoDamia ni tau. Kami satu2 nya dari deligasi usahawan Malaysia bawa booth ni. Tapi Alhamdulillah, pulangan yang berbaloi.


Standby utk check-in tuan pula. Kat dalam ni memang kena tapis 3-4 kali sebelum sampai ke gate kita tu.


Dah senang sekarang. Pemegang passport Malaysia dah boleh self-check-in. Budak2 pun boleh. Senang amat. Just letak passport atas screen yanv diminta. Keluar muka kita. Letak ibu jari kiri. Budak2 tak yah letak ibu jari. Lulus nanti pintu akan terbuka sendiri. Senang dah tak yah beratur2 kan. Tapi kaunter macam dulu tetap ada seperti biasa.


Jalan2 round2 KLIA yang besar gilerrrr ni.  Kat Bangunan sini yang bahagian atas tak ramai yg lepak2. Ramai lepak kat bawah.


Dan finally dapatlah masuk kapal terbang. Happy both Damias dapat breakfast dalam flight. Lepas tu tidur sementara nak sampai Brunei. Perjalanan ambil masa 2 jam setengah. 

Sampai sahaja Brunei, dah ada bas yang ditempah khas oleh MOA ambil kami. Btw deligasi lain dah sampai awal sehari dari kami. Hanya kami dan owner Noraini's cookies sahaja sampai lambat sehari. Lepas tu bas sewa khas pun terus bawa kami jalan2 mengenali Bandar Brunei. 

Nanti sambung lagi ya!

P/s: Beberapa harini kami team cocodamia bertungkus lumus siapkan produk hariraya "Royal CocoDamia" utk pelanggan2 kami! Nantilan Esklusif oleh CocoDamia 









No comments:

Post a Comment