Sunday, July 6, 2014

First Day Berbuka di Rumah || Allah Maha Mendengar


< ALLAH MAHA MENDENGAR >

1. Ni kisah hari jumaat lepas. Suami nak sangat makan sambal mangga untuk berbuka haritu. Dah lah haritu first day kami berbuka puasa kat rumah. Memang dia nak makan sangat2.

2. Maka kami pun pergilah cari mangga muda. Dari sana ke sini, dari jauh ke dekat, hampir 5 kedai gi cari tak ada mangga muda. Durian banyaklah pulak.

3. Balik rumah redha buat sambal ikan sahaja tanpa mangga muda. Sambil2 tu saya pun masaklah juadah berbuka nasi tomato dan lauk pauk.

4. Alih-alih tengah masak ting tong ting tong bunyi loceng rumah saya. Saya kat dapur suruh suami tgk siapa.

5. Suami masuk bawa beg plastik ada 5 biji buah mangga. Tersenyum suami memandang saya. Ya lah mangga datang tiba2. Lagi kemucak cerita, 4 mangga dah masak 1 mangga masih muda yang nak ke masak. Kenapa 1 tu je lain?

6. Rupanya Jiran india selang 6 buah rumah yang bagi mangga tu. Serius sebelum ni jiran india tu tak pernah bagi apa2 pun kat kami sekeluarga.

7. Allah maha mendengarkan. Tak mengadu, tak memohon, tak sujud pun untuk meminta buah mangga tu pun Allah bagi senang2 datang sendiri depan rumah. Apa tah lagi kalau kita menadah tangan minta sungguh-sungguh kan. Confirm Allah bagi. Cuma lambat atau cepat.

8. Sekian cerita pendek tentang Buah Mangga datang tiba-tiba ke rumah saya.

Fahamkan moral of the storynya.


Lauk pauk haritu pun ayah damia yang pergi pasar beli. Ayyunie ke sekolah dan Aleesya bantu saya mengemas rumah. 

Menu berbuka pertama yang saya MASAK untuk tahun ini adalah nasi tomato, ayam masak merah dan gulai daging. Add on sambal mangga tu lah. Walaupun menu sambal mangga tu tak ngam makan dengan nasi tomato, tapi demi tidak menghampakan permintaan suami, maka bolehkan ajer. 

No comments:

Post a Comment