Tuesday, July 1, 2014

Brunei Souvenir


Selepas 8 hari berada di bumi #bruneidarussalam, hari ini bermulalah rutin seperti biasa. Malah lagi sibuk sebab terpaksa arrange schedule appoinment dengan KKLW yang tertunda, nak jumpa cikgu amik report card yang sepatutnya ambil masa hari terbuka minggu lepas, nak jumpa clients dari KL, nak QC kilang cocodamia dan macam2 lagi.

Anak-anak pun excited nak gi sekolah. Pagi-pagi lagi dah sibuk pilih2 cenderahati utk dihadiahkan kepada kawan2 rapat dan guru2 mereka. Hadiah pun pilihan mereka sendiri.




Tapi mereka menggunakan DUIT GAJI mereka sendiri ya utk beli hadiah2 ni. Langsung tak guna duit kami. Sebab saya memang bagi pendedahan "kalau usaha, dapat, usaha lebih dapat lebih". 

Dan alhamdulillah, mereka makin seronok dan sayang dengan gaji mereka.

Lepas ni nak bawa mereka sendiri ke money changer tukar balance gaji mereka kepada RM. Sure mereka lagi teruja sebab lagi banyakkan. Currency Brunei Dollar sama dengan Singapore Dollar.

Untuk staff-staff saya, hadiah lebih special ya. Kurma kurnia daripada Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga hadiah dari Brunei Halal ya..



No comments:

Post a Comment