Monday, June 9, 2014

Riang Ria Bercuti di Gold Coast Morib

On the spot vacation!
Tak rancang pun nak ke sini.

Lepas habis kerja di Nilai jumaat lepas, tanya ayah damia nak check in mana? Sebab nak bagi rewards utk both Damias sebenarnya. Sebab so behaved sepanjang kami berdua meeting di USJ dan Nilai. Duduk diam2 je mereka kat waiting room sambil baca komik dan main Ipad.

Mula2 rancang nak ke PD, tapi kenangkan mesti jammed giler kat PD sebab ada Karnival Jom Heboh, so tukar ke Gold Coast Morib. Lagipun tak jauh. 45-60 minit je dari Nilai mengikut anggaran GPS. Tempah hotel pun via Agoda masa otw ke sana. 


Kami sampai jam 5 petang. Wahhh bukan main ramai lagi orang ya. Ya lah tengok parking semua full. Ada tu sampai parking kat tepi jalan. Al maklum lah cuti sekolah kan. Hujung minggu pula tu. Memang very peak-peak season.

Alhamdulillah, kami dapat bilik theme park view. Sukalah both Damias. Asyik betul tgk org main air ya. This is for you girls!!!


See! Manalah anak-anak tak teruja. Macam-macam boleh main kat sini. Tak sabar betul both Damias nak main air ni! Saya pun tak sabar juga. Hikss!


Hah, yang ni saya tak bagi both Damias naik. Sebab rasa macam adventure sangat utk budak2 macam both Damias.

Oh ya masa kat sini, boleh pula saya terjumpa geng2 wish club dulu. Macam tak percaya sebesar2 Johor tak pernah jumpa, jumpa kat Morib ni pula. Diaorg pun hairan cam mana saya boleh dapat bilik theme park view. Sebab ada yang cakap bilik dah penuh kalau walk-in dan ada yang request theme park view, pun dah penuh. Alhamdulillah, rezeki both Damias la kan.


Bilik pun boleh tahan luas. Selesa.


Hah yang ni ibu ayah suka. Bolehlah kami relaxing dan release penat dalam jakuzzi ni kan. Eh sama pula macam Bayou Lagoon kat Melaka konsep bilik air  ada tingkap kecil connecting dengan bedroom.


Ruang santai!


Haishh, suka betul 3 beranak ni lepak2 kat beranda ni.


Ok wefie dulu!


Hah, dah buat muka kesian bila nak mandi ni!

Oklah, dalam jam 6 petang kami pun turun pergi theme park. Per room hanya dapat 2 pass sahaja. So both Damias kena bayar RM20 seorang. 2 orang RM40. Kalau yang dewasa RM35 seorang. So kalau sesiapa yang nak pergi sini, kena standby duit extra khas utk masuk theme park tu ya.

Oh ya gambar main2 air tak ada sebab kami langsung tak bawa handphone dan kamera. Kata nak main air sampai lebam kan. Nanti bawa handphone susah pula sapa nak pegangkan.


Keesokkannya, time breakfast kat cafe semua full house. So yang lain kena ke khemah khas utk breakfast. No worries, sama je menu. Cuma tempat dah macam nak pergi makan kenduri kekdahnya. Tapi salute lah sebab makanan memang takkan putusnya. Sentiasa refill. 

Oh ya, per room cuma dapat 2 org sahaja breakfast. So both Damias kena bayar RM18 each. Total RM36. Nak tahu budak2 tu kena bayar atau tak, akan ada satu indicator utk ukur ketinggian anak2 kita tu. Lebih garisan merah, kena bayar breakfast. So kat situ kena add on extra money lagi.


Breakfast tepi pantai. Ayyunie cakap cepatlah ibu, tak sabar nak main air lagi ni.


Dah siap breakfast, jalan2 ke pantai pula. Ramai org sibuk dengan aktiviti masing2 di tepi pantai.


Cantik tempat ni kan. Tapi tutup waktu siang. Malam bercahaya.


Unik dan cantikkan.


Hiks masing2 meniru gaya si merah tu!
Lepas tu kami pun sambung main air kat Theme Park tu sampai puas. Then sambung lagi dalam jakuzzi.

Kul 12 noon, check-out.


Lepas check-out dari Gold Coast Morib, jalan-jalan ke Pantai Bagan Lalang pula. Fuhhh punyalah ramai orang. Sesak!


Dan sampailah jua kami ke Gold Coast Avani Sepang ni. Jalan2 kenal kawasan je. Ada rezeki dan masa kita check -in sini pula ya.

Tamat sudah kisah riang ria kami di Gold Coast Morib!

















No comments:

Post a Comment