Tuesday, June 3, 2014

New Haircut!

Janji diawalkan.
Btw saya janji dengan both Damias nanti 1-2 hari nak buka sekolah baru nak bawa mereka pergi saloon gunting rambut. Tapi baru beberapa hari cuti sekolah, hari-hari merayu "ibu, bila nak gunting rambut ni? Tak sabarlah ibu."

Ya lah mereka jarang2 dapat gunting rambut. Saya yang sayang sebenarnya. Sebab saya sendiri sejak kecil tak pernah berambut pendek dari atas bahu. Pernah sekali lah rambut pendek giler sebab kesalahan saya sendiri yang curi2 gunting rambut dalam bilik. Sebab tak dapat diselamatkan, maka rambut semua kena pendek. Tu lah pengalaman pertama dan terakhir saya berambut pendek. Lepas tu kebanyakannya rambut saya mesti paras bahu ke bawah.


Disebabkan kesian atas rayuan anak-anak, maka saya pun bawalah mereka gunting rambut kat saloon bawah office saya sahaja. Senang saloon paling dekat. Lagipun memang 2-3 harini busy, so jimat masa tak yah gi jauh2.

See gambar atas, cantikkan rambut Aleesya. Beralun dan berombak! Sesibuk mana pun saya tetap luangkan masa utk dandan rambut2 mereka tu.


Pastu giliran adik pula gunting rambut. Lagilah tukang gunting tu cakap rambut Ayyunie walaupun banyak, tapi lembut dan cantik. Sedih juga nak kena potong. Tapi dah budak2 merayu nak gunting. Terpaksalah. Lagipun Aleesya kan sekolah cina. Katanya semua rambut pendek tak ada yang panjang macam dia. Alahai nak! Kalau panjang pun kan ibu sanggul. Tapi dia nak merasa juga rambut pendek, layan kan aje.


Hah! Mana satu adik mana satu kakak ni? Dah macam kembar ni! Style rambut pun nak sama!


Rupa baru Aleesya! Happy dia rambut pendek. Ibu lagi suka rambut panjang. Nampak ayuuuuuuuuuuu gitu. Tapi ok lah ni, tak pendek sangat!


Dan ni rupa Ayyunie pula. Macam Amoi Vietnam dah ni. Huaaa lagi sweet masa rambut panjang! Tak pe tak pe, ayat penyedap hati "lepas ni kan rambut panjang balik".. Hikss



No comments:

Post a Comment