Thursday, June 26, 2014

Foundation untuk anak-anak


Saya dan suami antara deligasi usahawan yang unik!
Unik kerana bawa anak kecil ke International Convention Centre.


Deligasi usahawan dari Negara Asean lain pun rasanya tak ada bawa anak kecil. Kalau ada pun maybe family duduk sahaja dihotel. 

Tapi jangan tak percaya kerana mereka berdualah yang banyak membantu buat sales dan marketing serta sampling. Siap ada customer uji minda IQ lagi kepada mereka. Dan ramai yang terpegun melihat kepetahan bicara Aleesya dalam menerangkan produk CocoDamia. Deligasi usahawan lain pun turut berbangga dengan mereka.

Jujur saya tak pernah ajar mereka ayat2 yang keluar dari mulutnya. Tapi saya percaya pemerhatian yang banyak memberi mereka idea untuk berkata-kata. Aleesya sebenarnya pemalu, tapi pabila dia berada dengan CocoDamia, dia berani ke depan!


Dan saya selalu berpegang teguh pada "anak-anak pembawa rezeki" sejak dulu lagi. Atas sebab itu iman saya yakin yang mereka tak pernah menyusahkan kami berdua walau kemana sahaja kami bawa mereka.

Tak pe anak-anak! Selalunya usaha kamu ada ganjaran dan gajinya. Tapi kalini special sebab gaji mereka mahal ooooo.. Dalam Brunei Dollar tuh!

Terima kasih Ya Allah atas anugerah tidak ternilai ini. Semoga mereka berdua dibawah lindunganNya dan sentiasa diberkatiNya. Aaamiinn..

Nyaman sungguh di Brunei!


No comments:

Post a Comment