Monday, June 30, 2014

Salam Ramadan Dari Brunei Darussalam


Salam 2 Ramadan dari Brunei..

Alhamdulillah, tahun ini masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa dan beribadat pada bulan puasa yang penuh barakah. Cuma bezanya kali ini awal Ramadan kami sekeluarga menyambutnya di perantauan. 

Tapi kami happy sangat dapat berkumpul dengan keluarga kecil kami di Negara yang aman dan yang baik budi pekerti warganya.

Pabila bertemu dengan sanak saudara, ahli keluarga atau sahabat handai, ucaplah "Ramadan Kareem". Dan orang yang mendengarnya jawablah "Allahu Akram".

Maksudnya "Ramadan Mulia" dan jawabnya "Allah lebih Mulia".

Ramadan Kareem untuk semua.

P/s: Jam 10 pagi ada appoinment di lobby hotel bersama salah seorang raving fans CocoDamia di Brunei. Alhamdulillah.

P/s: 1001 kemanisan kami di Brunei! Subhanallah..

Friday, June 27, 2014

Semua perniagaan dihentikan waktu Solat Jumaat di Brunei!


Saya betul-betul respect!
Respect apa?
Respect aktiviti waktu solat jumaat kat Brunei!

Semua perniagaan akan ditutup mulai dari 12 tengahari hingga 2 petang. Bukan sahaja premis shopping complex atau kedai-kedai sahaja yang akan ditutup, malah booth-booth pameran dalam International Convention Centre ni pun kena tutup. Pandai-pandailah tutup dengan kain ke, canvas ke atau dibiarkan macam tu sahaja selama 2 jam. Takkan beraninya org curi sebab kat sinilan laksanakan hukum hudud. Pengunjung dari luar juga tidak dibenarkan masuk.

Tak kiralah kamu delegasi dari Taiwan ke, dari Filipina ke, Myanmar ke, Kemboja ke, semua wajib tutup!

Itu namanya respect!

Full Stop!

P/s: Tak sabar tunggu ayah damia pulang dari Masjid bawa ole-ole gambar2 keindahan dalam Masjid. Kubah2 masjid kat Brunei ni katanya diperbuat dari emas. Tak sure pula emas 916 atau 999.. Hihi..


Thursday, June 26, 2014

Foundation untuk anak-anak


Saya dan suami antara deligasi usahawan yang unik!
Unik kerana bawa anak kecil ke International Convention Centre.


Deligasi usahawan dari Negara Asean lain pun rasanya tak ada bawa anak kecil. Kalau ada pun maybe family duduk sahaja dihotel. 

Tapi jangan tak percaya kerana mereka berdualah yang banyak membantu buat sales dan marketing serta sampling. Siap ada customer uji minda IQ lagi kepada mereka. Dan ramai yang terpegun melihat kepetahan bicara Aleesya dalam menerangkan produk CocoDamia. Deligasi usahawan lain pun turut berbangga dengan mereka.

Jujur saya tak pernah ajar mereka ayat2 yang keluar dari mulutnya. Tapi saya percaya pemerhatian yang banyak memberi mereka idea untuk berkata-kata. Aleesya sebenarnya pemalu, tapi pabila dia berada dengan CocoDamia, dia berani ke depan!


Dan saya selalu berpegang teguh pada "anak-anak pembawa rezeki" sejak dulu lagi. Atas sebab itu iman saya yakin yang mereka tak pernah menyusahkan kami berdua walau kemana sahaja kami bawa mereka.

Tak pe anak-anak! Selalunya usaha kamu ada ganjaran dan gajinya. Tapi kalini special sebab gaji mereka mahal ooooo.. Dalam Brunei Dollar tuh!

Terima kasih Ya Allah atas anugerah tidak ternilai ini. Semoga mereka berdua dibawah lindunganNya dan sentiasa diberkatiNya. Aaamiinn..

Nyaman sungguh di Brunei!


Wednesday, June 25, 2014

CocoDamia di Asean Consumer Halal Fair, Berakas Brunei

Live from Brunei!


Get Ready to go bersama 10 deligasi usahawan dari Malaysia dengan bas yang disewa khas..


Syukur Ya Allah Engkau permudahkan segalanya walaupun prosedur nak masuk Brunei boleh tahan susahnya..


Temui kami di zon purple..


Di bahagian Korporat under MOA punya booth..


Warga Brunei, jom datang ramai-ramai!
Kami menanti anda disana..
Alhamdulillah.. Appointment pun dah ramai yang buat.

Nak cerita terkini CocoDamia dan Krukk Krakk? Like fanpages kami ya!

P/s: Semalam sempat jalan-jalan sekitar Brunei. Nanti saya update ya!



Monday, June 23, 2014

Usah ragu coklat Bumiputera || Sinar Harian- 23 Jun 2014


<CABARAN COKLAT BUMIPUTERA BERSAING DENGAN COKLAT LUAR>

Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang suka pada cabaran dan risiko. Walau bagaimana pun, seboleh-bolehnya seseorang usahawan pasti akan cuba meminimumkan cabaran dan risiko yang dihadapinya. 

Cabaran kepada usahawan diibaratkan seperti layang-layang dengan angin. Lebih kuat angin (cabaran), maka lebih tinggi layang-layang (perniagaan) akan terbang. Maka makin seronoklah pemain layang-layang (usahawan) itu.

Tetapi jika semakin kuat angin (cabaran) itu, akan putuslah tali (perniagaan gagal). Dan inilah yang akan mengajar pemain layang-layang itu bersedia dengan tali yang lebih kukuh sebagai persediaan.

Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam berniaga. Dan cabarannya lah yang membuatkan majunya sesebuah perniagaan serta hebatnya seseorang usahawan dalam membuat keputusan atau merangka strategi dengan IZIN YANG MAHA KUASA.

Dapatkan sisipan ruangan BI$NE$ dalam akhbar Sinar Harian hari ini (23 Jun 2014) untuk mengetahui perkembangan terkini CocoDamia. Dan insyallah banyak lagi projek-projek terbaru akan menyusul dengan IZINNYA.

Buat sesuatu bukan kerana ganjaran, kerana ganjaran akan datang dengan sendirinya. 

Percayalah,
COCODAMIA,
~Bukan sekadar coklat biasa~

Jadi agen atau stokis?
Call/whatapps: 010-6468383/010-6018383.

P/s: Kih kih.. Sampai 3 entry harini punya entry blog. Dah dah! Sambung packing luggage.

Malam nanti nak Fly, pagi ni baru renew passport!


Nak kata cuai tak juga. Nak kata tak tahu pun tak juga. Sebab kami memang check expired passport kami suami isteri Dec 2014. So valid lah 6 bulan utk perjalanan ke luar negara.

Lagipun baru je Rabu lepas bawa Ayyunie renew passport kan. Beli tiket pun dah last minute sangat2. Harga confirmlah 3x mahal dari harga 1 bulan sebelum tu kan. Faktor yang melambatkan kami beli tiket adalah berkira-kira nak bawa both Damias ke tidak. Ya lah sebab melibatkan masalah ketidakhadiran ke sekolah ni. Bukan 2-3 hari gi. 8 hari tau! Tu yang fikir sayang pula sekolah anak-anak. Tapi Allah dah tetapkan anak-anak tetap mengikut kami tak kira jauh tak kira dekat.

Then ingatkan kami tak nak lah web check-in disebabkan luggage kami up to 45kg. 

Sekali 2 hari lepas sampai email dari Air Asia suruh web check-in. Ok lah petang semalam kami pun buatlah web check-in. Sekali tak lepas-lepas. Huaaaa baru tahu rupanya validity passport kami dah lepas 9 hari. Aiyooo.. Ingatkan kalau june tu june lah. Rupanya hb pun diambil kira.

Alhamdulillah seawal pagi lagi dah bangun. Tepat jam 6:45 pagi kami dah sampai beratur ambil nombor. Dapatlah no 14. Tup tap tup tap 9:15 pagi siap! Bukan main panjang lagi barisan yang beratur kat belakang kami. Tu mahu pukul berapa siap kan.


Sementara tunggu kaunter nombor buka, sempatlah 30 minit both Damias siapkan kerja Kumon mereka. Ya lah ingatkan masa ibu ayah je terhad. Masa anak-anak pun terhad sekarang. Mana tak nya. Ke hulu hilir mengikut kami tak kira siang tak kira malam. Semoga Allah memberkati kamu anak-anak! Kerana kamulah ibu ayah berusaha keras ni. 

p/s: Ya Allah, satu barang apa pun tak packing lagi ni masuk luggage!!! Kerja sana sini memanggil-manggil. Semoga saya dapat menguruskan masa dengan baik!

Menang "Grand Winner"


Alhamdulillah..
Sekali sekala join contest, masih ada rezeki saya untuk menang.
Menang Grand Prize pula tu..
Siapa tak sukakan..

Dah lah tu, terselit nama melayu antara ramai-ramai tu..
Sama macam saya menang Contest Old Town tempohari..
Lagilah saya bersyukur..

Contest mudah sebegini tambah-tambah pula kalau berkaitan kekeluargaan..
Insyallah sebolehnya saya join dengan Izin Allah jika ada kelapangan masa..

Tak susah pun join contest ni, upload gambar bersama ibu, tulis karangan pendek berkenaan ibu (dalam bahasa inggeris - kelaut pun kelaut lah) dan submit online beserta dengan resit. Murah je resit saya, RM5 tak silap. Selebihnya yakin pada rezeki Allah.


Dan hadiahnya adalah High Tea Buffet bersama 6 orang di Shangri-La hotel. Masa saya dapat tahu menang, cepat2 googled Shangri-La hotel. Boleh tahan luxury hotel ni. Beserta dengan hamper HOMESOY bernilai RM150. Kalau dapat cepat masa bulan puasa ni, boleh lah bersahur dengan coklat IQ yang dimakan bersama cereal nanti.

Dah banyak kali juga saya menang makan-makan di hotel. Selalunya menang 2 pax sahaja. Tapi satu pun tak pernah redeem. Antaranya Berjaya Times Square Hotel, A Famosa Hotel, Four Points Hotel dan bebeberapa hotel lain.

 Alasannya tempoh guna voucher makan-makan hotel tu sangat singkat. Ada tu pula sebab faktor jauh lah. Busy lah. Walaupun acap kali ke KL, tapi kadang2 masa tu tak fixed dengan kita punya scheduled.

Harapan saya semoga saya dapat bawa mertua dan mak saya makan-makan kat sini. Lagipun ni hadiah untuk Parents' Day kan. Itu pun kalau kena dengan masa. Kalau tidak, nanti lah saya fikir nak ajak siapa makan2 bersama kami nanti. Hikss..

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah Ya Robb kerana Engkau memudahkan rezekiku datang pada setiap pintu yang Engkau telah tetapkan.
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..


Sunday, June 22, 2014

Fenomena SOLD OUT


Alhamdulillah..Cerita hari kedua semalam..
Fenomena SOLD OUT kembali lagi!
Walaupun booth kena tutup jam 10 malam, tapi jam 6 petang  stok CocoDamia dan Krukk Krakk Licin.

Happylah para staffs sebab boleh balik awal sebelum maghrib semalam. Rezeki kamu semua tu. Komisen sorang-sorang pun sure masyukkkk kan. Itulah namanya rezeki dikongsi bersama.


Terima kasih tak terhingga kepada semua pengunjung dan raving fans yang tak putus-putus menyokong produk CocoDamia. Warga Johor dan Singaporean memang the best!

Walaupun stok dah SOLD OUT, tapi booth tak boleh tutup ya sebab dalam shopping complex kan. So masih ramai lah yang datang sambil menghulurkan note duit nak beli. Ya Ampun.. Serba salah kami dibuatnya! Apa-apa pun harini last day ya kami kat Angsana Mall. Meh ler capat2.


Kami yang happy sebab dapat tutup booth awal! Hello... Both Damias pun kerja juga tau. Siap dapat gaji lagi. Ada customer tu siap interview Aleesya lagi. Tanya macam-macam. End up customer tu cakap "uncle beli sebab uncle kagum dengan keyakinan awak tau".. Hihi.. Syukur.. 

P/s: Dan semestinya semalam sebab habis awal, kami sekeluarga sempat me-nyopping-kan diri utk kami satu family. Tolak gaji anak-anak dan saya weiii.. Kiki.. Apa-apa pun terima kasih abang dan ayah kerana merealisasikan impian kami. Saya beli blink-blink..:-))


Saturday, June 21, 2014

CocoDamia di Karnival Kepenggunaan HALAL Negeri Johor..

Hari ke-2 team COCODAMIA berada di Angsana Mall sempena Karnival Kepenggunaan Halal Negeri Johor 2014 yang bermula semalam sehingga esok.

Tak nak cakap banyak!

Satu je nak kongsi..

"Terima kasih Ya Allah Ya Robb atas limpahan rezeki pada setiap pintu yang telah ENGKAU berikan"

Jom tengok gambar2..


Depan pintu masuk Angsana Mall..


Antara aktiviti2 yang menarik disediakan..


Aktiviti hari pertama..


Aktiviti hari kedua..


Aktiviti hari ketiga..


Booth CocoDamia..


Perasmian diwakilkan oleh YB Haji Abd Mutalib selaku Exco agama negeri Johor mewakili Menteri Besar yang tidak dapat hadir..


Usahawan-usahawan yang baru dapat sijil halal..


Pabila member lama berjumpa secara rasmi.. Btw ayah damia dan YB dah kenal sebelum jadi YB lagi.. Sama2 kenal masa join kelab kereta dulu..kadang2 YB time makan2 kat bawah office ajak ayah damia lepak sekali.. Hikss..


Apalah yang dibualkan dan diguraukan oleh mereka berdua tu ya..


Bergambar kenangan. Terima kasih YB datang ke booth CocoDamia dan Krukk Krakk. 


Suasana pada hari ke dua.. Alhamdulillah.. Pengunjung tak putus-putus singgah dan membeli CocoDamia..


Ramai yang tertarik nak jadi stokis dan agen. Syukur Ya Allah.. Semoga kita sama2 dapat menambah nilai kepada masyarakat sekeliling kita. 

Jom ramai-ramai memeriahkan Karnival ini. Ada macam2 produk dari 60 usahawan yang terlibat.

P/s: Siap-siap nak gi kenduri dulu.. Nanti baru saya singgah Angsana Mall ya. 

P/s: Alhamdulillah, 2-3 harini saya dapat panggilan phone yang best2 dan skrip dari Allah untuk saya amat cantik! Doakan kejayaan saya ya readers semua!











Friday, June 20, 2014

Bukan kerana AKU hebat...


Terima kasih Ya Allah..
Kerana membuka seluas-luasnya:

- Pintu Ilmu
- Pintu Rezeki
- Pintu Kebahagiaan
- Pintu Kejayaan
- Pintu Penyelesaian
- Pintu Kelapangan
- Pintu Kegembiraan
- Pintu Visualisation
- Pintu Keampunan

Untuk Aku dan keluargaku..serta keluarga dan sahabat handaiku..

Bukan kerana AKU hebat, tapi kerana ENGKAU yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Salam jumaat yang barakah! 

Thursday, June 19, 2014

Agoda || 2 Bedroom Apartment at Glory Beach Resort.

Ni bukan kali pertama saya stay disini.
Mungkin kali keempat atau kali kelima rasanya.

Walaubagaimanapun, area kawasan sini sangat dekat dengan jiwa saya. Sebab saya membesar dikawasan ini. Ingat lagi dulu kecik2 sebelum hotel Glory Beach Resort ni ada, saya dan keluarga sering jalan kaki dari rumah ke sini utk mandi pantai dan kutip remis. 

Tak jauh jalan kaki dari rumah yg mak saya beli kat area sini. Lebih kurang dalam 15 minit. Sampai sekarang rumah tu masih ada dan diberi sewa. Dulu abang saya pun ada stay di belakang Glory Beach Resort ni, lepas dia dah beli rumah lain, pindah ke kawasan yang tak berapa jauh dari sini.

Dan lepas saya habis degree, saya pun ada minta kerja sementara di Glory Beach Resort ni. Tak silap hotel ni masa tu masih baru lagi. Tapi susah lah kan org bertudung dapat kerja di hotel ni. 

Dan lepas saya baru berkahwin dengan ayah damia dulu, kami ada photoshoot suka2 dengan kamera compact cabuk kami kat sini. Sampai sekarang gambar tu masih utuh dalam album kami.

Eh saya nak cerita pasal lain, lain pula kisah yang ditulis disini.

Ok lah ni review saya terhadap 2 Bedroom Apartment ni.


Seperti biasa, medium paling saya gemari kalau nak booked hotel ni mesti via Agoda. Orang macam saya yang suka booked last minute hotel ni, Agoda sangat membantu. Walaupun ada yang kata Agoda mahal, booking.com lagi murah, walk in lagi jimat dan macam2, tapi Agoda tetap dihati. Alhamdulillah, dah hampir 5 tahun lebih menggunakan khidmat Agoda ni. Ingat lagi masa mula2 guna Agoda adalah masa honeymoon road to Malaysia lepas lahirkan Ayyunie.


Mula2 masuk bilik! Wahhhh macam rumah sendiri. Lengkap semua yang basic. Luas pula tu. Ada kitchen, living area, 2 bedroom, dining area dan 1 toilet. 

Oh ya, rate harga yang kami dapat masa booked via Agoda adalah RM 240 including taxes. Memang last minute sungguh. Booked jam 7:15 malam, sampai sini jam 8:10 malam. Normally kalau Agoda, makin last minute majin mahal. Tapi faham2 lag kami ni businessman dan businesswoman. Anything boleh berubah sekejap je schedule kami. So that's why susah nak merancang. 


Selain itu, ada juga area beranda utk kami ambil angin. Cantik kawasan pemandangan waktu malam. Tak sempat nak snap sebab keletihan dan kelaparan.


Ni pula bilik Aleesya dan Ayyunie utk bermalam 1 hari disini. Ayyunie cakap, macam bilik kita kan. Maksudnya mereka ada bilik sendiri tido kat hotel sama macam bilik mereka sendiri kat rumah. Cuma Ayyunie komen, aircond bilik dia kat rumah lagi sejuk dari aircond sini. Haha.. Macam2 lah baby ni!


Pemandangan dari living area.


Bangun pagi2, buka langsir dan sliding door... Ermmmmm hirup udara segar.


Lepas breakfast di Cafe, saya bawa both Damias main air di pool pula.. Boleh tahan juga ramai orgnya...


Haishh.. Dioarg main slide ni sampai lebam ok.. 


Happy both Damias. Kegembiraan mereka kekuatan kami suami isteri. 


Sambil berbusiness, sambil bekerja, inilah masa utk bawa mereka berlibur.. Kalau tak sebelum sebelum wujudnya CocoDamia, Boleh dikatakan tiap2 bulan sempat pergi holiday samada terancang atau tidak. 

Dan saya percaya, Allah beri apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu rite?

Terima kasih Ya Allah..

P/s: Last minute booking flight lagi! Lagi beberapa hari nak fly baru beli tiket. Sudahnya tiket 3 kali ganda mahal dari hari mula2 saya survey dulu! 









Wednesday, June 18, 2014

Wordless Wednesday || Waktu-waktu baik untuk berdoa


Tatkala anda berkesempatan dengan waktu-waktu diatas, jangan lupa:
Submit
Submit
Submit

Submit dengan ikhlas, dengan penuh rendah diri, dengan penuh khusyuk dan gerak bahasa tubuh juga turut memainkan peranan utk submit!

Ingatlah, permohonan untuk BERJAYA perlu submit!


Tuesday, June 17, 2014

Passport 5 tahun lepas!



< HAH? DAH 5 TAHUN? >

Tik tok tik tok!
Cepatnyalah kan masa berlalu. 
Kejap je dah 5 tahun..

Masa mula2 buat passport ni, #damiaayyunie baru nak masuk 5 bulan. Muka pun baby habissssss.. 

Sekarang dah 5 tahun 3 bulan. Muka pun makin comel dan mulut bukan main bijak pandai lagi keletahnya. Antara dialog yang sampai sekarang ingat:

Masa hari guru haritu:

Ibu: Aleesya, berapa org ni teacher Aleesya? Ibu nak beli hadiah ni.
Aleesya: (kira satu-satu nama teacher dia.. Hampir kat 9 orang)
Ayyunie: (tetiba!) Pak guard tak nak bagi hadiah? Acik cleaner tu kakak tak nak bagi?.. 

Hahahaha..

Lagi satu dialog:

Ayyunie: Kesian ibu kan, duit hari-hari sikit je. Tadi banyakkkkkkk giler kan.
Ibu: (Confius!) Kenapa pula duit ibu sikit?
Ayyunie: Ya lah, siapa suruh ibu masukkan duit dalam mesin tadi. Kan dia dah makan semua duit ibu! 

Hahaha.. Lawaklah Ayyunie ni!

Apa-apa pun Kejap lagi balik sekolah ikut ibu snap gambar passport ya. Dah tahap kritikal dah expirednya ni.

Pengalaman pertama jumpa dentist


Cerita Selasa minggu lepas..

Btw sebelum tu dah seminggu lebih gigi Aleesya goyang-goyang nak patah. Sampaikan Ayyunie hari-hari main gigi kakaknya. Siap berlakon jadi doktor gigi lagi si adik tu macam dalam cerita Upin Ipin nak cabut gigi kakaknya. Kikiki.. Kelakarlah Ayyunie.

Lepas tu saya dan ayah damia pun takut juga nak cabutkan. Ada juga saya try goyang2 dan tarik gigi Aleesya, tapi tak tercabut pun. Tarik lebih-lebih saya memang tak berani. Lagipun saya ni kan penakut. Huhu..

Sudahnya petang selasa tu dalam kelam kelibut kami standby kat office dan kilang nak ke KL keesokan harinya, jam 6 petang baru bawa Aleesya ke klinik dental. Nasib baik dekat je depan office. Jalan kaki je pergi. Klinik gigi baru buka. Bolehlah try.


Boleh tahan luas juga ruang menunggu. Siap ada ruangan utk kanak2 membaca dan khemah kanak2. Sukalah both Damias main2 kat situ sementara tunggu Dr. Panggil.


Artistik wallpaper tu. Kalau tgk lama2 macam garisan hitam tu bergerak.


Di kaunter AB Dental.


Dan sampailah waktu berjumpa Dentist. Aleesya cool dan relax je. Saya pula yang cuak. Ayah Damia siap record video lagi utk tatapan Aleesya. Ya lah pengalaman pertama kan. 

Dr pun bukan main cantik lagi. Peramah. Sebelum buat keputusan apa2, Dr akan bagi konsultansi dulu.

Sebelum Dr cabut gigi tu, Dr akan spray satu kapas putih dan letak kat gigi Aleesya. Aleesya cakap sejukkkk. Lepas tu Dr pun ambil playar dan cabut gigi Aleesya. Laaaaaa, senang bangat! Tak sampai 5 minit siap!

Next time saya pun nak cabut guna playar lah. Kikiki.. Jimat RM50 utk sebatang gigi.

Bravo my girl! Berani sungguh. Sengih je Aleesya. Tak nangis langsung walaupun muka berkerut menahan sakit sikit. Yang si adik pula diam je tgk aksi cabut gigi berlaku. Apa2 pun alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan.

P/s: Gigi Ayyunie tak pernah cabut lagi.