Monday, May 5, 2014

Usahawan 1 MET (1-Malaysia Entrepreneur) di Perasmian MaGIC

Magic! Memang Magic! 
Kerana perasmian MaGIC ini akan dilaksanakan oleh Presiden Obama dan juga Perdana Menteri kita pada 27 April baru-baru ni. 

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut pasal Magic ni, jom tengok-tengok gambar dibawah.


Malam sebelum Perasmian Magic, Usahawan 1-MET FAMA dikehendaki menghadiri kelas Agrobazaar. Hah sebab tu lepas saya touch down je LCCT dari Kelantan, terus check in sini. Sebab semua usahawan 1-MET yang komited akan berkumpul disini. 


Kelas Agrobazaar bermula jam 8:30 malam. Oh ya, anak-anak saya dieksport ke hotel lain dengan Cik Ngahnya. Aturan Allah tu cantik dah! Pak Ngah mereka ada kursus di HUKM, both Damias happy ler main2 dengan baby Adam dan Cik Ngah dia kat hotel di Cheras. Walhal sebelum tu dah main2 kat Kelantan.


Kata je kelas habis jam 10:30 malam, tapi meleret sampai 11:30 malam. Tu pun saya dan ayah damia cepat2 masuk bilik dan iron baju utk esok. Ya lah kami non stop ke sana ke mari. So memang penat.


Yeayy pas masuk temporary nak ke Perasmian Magic ni.
Sebab nanti sampai kat kaunter pendaftaran di Cyberjaya, pas masuk ni akan dikey-in barcode dan gambar kita sekali. Fuhh bukan main susah lagi ya nak tgk Presiden Obama. Memang sekuriti ketat.


Seawal 5:30 pagi lagi dah kena bangun sarapan di hotel tau. Sedap2 dan banyak pilihan pula tu menunya. Tapi kalau dah 5:30 pagi sarapannya, manalah nak berselera sangat kan. Takut perut meragam je.
Bas bergerak jam 6:45 pagi. Sampai Cyberjaya lebih kurang jam 7:45 pagi. Fuhhh! Sampai2 jer sini memang belia2 dah ramai beratur ke destinasi.


Memang ramai orangnya. Crowd dijangka seraami 7-8 ribu orang. Dah lah kepanasan. Tapi semua sanggup tunggu nak tengok Presiden Obama punya pasal kan.


Kereta persendirian pula tak boleh masuk sesuka hati area sini.
Kebanyakan yang datang semua guna bas
Bas pun kena parking jauh. Jauh jugalah kami semua ni menapak.


Hurmmm sementara nak menunggu ntah jam berapa boleh masuk dewannya, kami usahawan 1-MET FAMA apa lagi...selfie lah ramai2 kan. Pabila saya bawa keluar monopod saya, semua dah tanya saya macam2. As usual, time2 macam ni, dalam hati cakap nyesal tak beli monopod siap2 dan jual kat sini. CONFIRM laku keras! Hikss..


Hah, En Mus orang kuat FAMA pun enterframe nak nak selfie hokey...hiks..
Tak pasal-pasal kerana monopod ni, profesionalisme kami terus bertukar jadi giler-giler..muahaha


Fuh, bestkan boleh ramai2 masuk frame.
Barulah taka ada yang terasa..bukan main lagi korang siap snap gambar saya ngan monopod ni kengkonon sebagai panduan untuk diaorg beli pulak...kiki..


Ayah damia dan usahawan2 1-MET yang lain..
Bagus dik! Muda-muda dah berniaga.
Macam kami dulu2 ler...start berniaga umur 23 tahun..


Hahaha, sila jangan muntah, ayah damia pun nak selfie.
Tapi awat muka abang penuh kehairanan...kiki
Masa ni kami round-round kawasan sekitar dan jalan-jalan ke pameran yang ada.


Apa maksud MaGIC??
Itulah jawapannya!


Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di booth-booth pameran


Hah, gambar ni rare!
Saya ambil di FB Usahawan 1-MET.
Haha, gambar ni disnap oleh Orang Kuat FAMA, segan pulak rasanya...kiki
Tak pasal2 adik2 lain panggil saya "akak monopod"...kiki

Hah ni pula saya ambil gambar dari FB Perdana Menteri kita. 
Maaf ya Dato' Najib, saya amik gambar ni untuk tujuan rujukan akan datang..:-))
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada golongan pelajar dan belia berkaitan asas keusahawanan.


Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan Kejayaan Tokoh-tokoh Usahawan Muda untuk berkongsi jatuh bangun dalam perniagaan. Program ini diilhamkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Dan mana gambar saya selfie dengan Presiden Obama?
Wahhhhh ada hati uolssss..

Sebenarnya Majlis Perasmian tu jam 3 petang. Tapi disebabkan lama sangat menunggu dari awal pagi lagi, kami usahawan 1-MET bersepakat balik jam 12:30 tengahari sebab bas dah datang. Btw boleh je nak balik petang pun sebab nanti bas akan ambil lagi. Tapi tak ada seorang pun yang nak tunggu. Penatttttt..
Makanya tak dapatlah saya berselfie dengan Presiden...hiks..


















No comments:

Post a Comment