Monday, May 19, 2014

Manjakan diri di D'Embun Malay Traditional Spa

Dah lama tak sempat nak manjakan diri..
Sampaikan 3-4 minggu ni betis dan kaki asyik rasa krem je..
Dari sehari ke sehari nak pergi mengurut tak sempat-sempat.
Ni tak boleh tahan dah, betis kaki keras semacam je.


Lepas hantar both Damias ke sekolah tadi, cepat2 ke D'Embun Spa
Kebetulan ayah damia pun tak ada pergi outstation..
So tak ada lunch date atau scheduled date bagai.
Appoinment dengan client pun tak ada..
So ambil peluang manjakan diri sekejap..


Mula-mula masuk Spa ni...ermmmm wangiiiii..
Tenang je rasa dengan deruan air dan muzik bali yang kedengaran..
Staffs pun peramah.


Bahagian menunggu..
Kelihatan seorang ibu sedang menunggu anaknya buat facial..
Oh ya, Spa ni untuk muslimah sahaja ya..


Laluan nak ke bilik2 terapi dan juga massage..


Saya yang sedang dimanjakan diri dan kakinya..
Tenang je rasa..
Sambil massage, sambil berbual..
Kadang2 terdengar jua jeritan kecil saya yang tak tahan sakit ni..
Siapa2 yang pernah mengurut saya tahulah tahap kecekalan saya menahan sakit..
Hikss..


Tempat untuk terapi ion..
Untuk membuang segala toksik2 dalam badan..

So far ok..harga pun reasonable..
Rasalah masa massage tu..
Lepas urut, badan dan kaki pun jadi ringan..
Mana tak ringan, juru terapi tu siap cakap "tegang sangat dah urat betis akak ni"..
Huhuhu...memang betul pun...dah rasa tak selesa sangat baru lah sibuk nak gi mengurut kan..

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah Ya Robb atas setiap keizinanMU dan nikmat dariMU...

p/s: Semoga ayah damia success membawa nama CocoDamia..





No comments:

Post a Comment