Saturday, May 31, 2014

Temui team CocoDamia di Karnival Industri Asas Tani di Giant, Tampoidan Mini KUD di Plaza Angsana


Minggu ini adalah minggu yang paling tidak produktif untuk saya. Banyak menghabiskan masa dirumah dan atas katil sahaja. Ini semua gara-gara demam dan sakit kepala. Ayyunie pun sama demam dengan saya. 


Semalam walaupun demam beransur sihat, saya dan anak-anak tetap gigih ke booth-booth yang ada untuk melawat tapak dan memberi semangat kepada team CocoDamia.


Lama juga saya di KIAT Giant, Tampoi. Dari jam 10 pagi sampai 5:30 petang. Sambil2 melawat tapak, boleh sharing2 ilmu keusahawanan bersama dengan usahawan2 lain disitu.


Flyers. Jom ramai-ramai ke sini dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 29 Mei hingga 1 June.


Cuba spot mana satu produk CocoDamia! Ni antara banner yang tergantung di kawasan2 Giant Tampoi.


Alhamdulillah, sepanjang saya disana, ada juga 3-4 orang yang memang dah confirm jadi agen Krukk Krakk. Semua dipermudahkanNya. Mudahnya Menjemput Rezeki. Tak sihat tidak bermakna kita perlu cari alasan untuk tidak berusaha kan!


Spot Ayyunie tengah tidur! Pengorbanan seorang usahawan, anak-anak membesar dalam kereta dan dalam booth dah biasa. Janji mereka membesar depan mata. Tu pun Ayyunie tak sihat sepenuhnya. Walaupun memanglah ada staff yang jaga booth, tapi kita sebagai majikan perlu jua buat pemantauan atau spot check agar mereka lebih bersemangat untuk bekerja.


Dah lepas solat asar di Giant, dalam jam 5:30 petang, kami ke mini KUD pula utk memantau jualan dan prestasi distributer CocoDamia disana. Alhamdulillah, sambutan mengalakkan. Siap kami Kena restock lagi berkaton-katon stock. Murah rezeki dia, kami jua terkena tempias rezeki tu kan. 


Banyak raving fans CocoDamia yang ke sini bertanya mana saya dan En. Khairuddin. Dan kebanyakannya memang yang datang tu repeat order dan yang tahu pasal CocoDamia tapi baru nak try. Distributer CocoDamia cakap "Alhamdulillah, senang jual CocoDamia".. Insyallah niat yang baik Allah permudahkan. 

Dan lepas tu apa lagi jalan-jalan sambil berjumpa denan usahawan2 lain yang saya kenal. Ada juga jumpa 2 rakan kursus saya yang buka booth disitu. Ada juga jumpa 1 rakan kursus masa tidur kat NPC. See, nampak tak? Perniagaan membantu mengembangkan Ukhwah!

Oleh itu kepada yang berkesempatan dan nak beli barang2 makanan sempena Ramadan yang bakal tiba, jom lah ramai-ramai ke Mini KUD ini anjuran KKLW. Pasti tak menyesal. Ada hampir 200 booth jualan disana. Jom ramai2 ya.

Booth Jualan CocoDamia di Giant no 10 (Corner Lot) dan booth Jualan CocoDamia di Mini KUD no 65 ( pun Corner Lot). Dah sampai jangan segan2 untuk ujirasa ya!

P/s: Hari ini Aleesya pula start demam. Demam sebab gigi nak cabut. Eh ada ke demam sebab gigi nak cabut? Bukan selalu demam sebab gigi nak tumbuh ke? Hiks..






Thursday, May 29, 2014

Alhamdulillah...Peserta Terbaik Kursus


Alhamdulillah.. Saya dikelilingi dengan aura-aura positif bersama barisan cikgu-cikgu saya, organizer Jab. Pertanian dan kenalan-kenalan baru saya.

Ni wefie ramai-ramai pada hari ke-2 kursus selepas sesi fotografi rasmi dihadapan bangunan NIOSH.


Yang bestnya, saya kenal photographer dari Jab Pertanian tu sebab dia pernah ambil gambar saya masa Pertandingan Usahawan Siswazah. Dan salah seorang PIC program ni adalah juri yang menilai saya masa pertandingan Usahawan Siswazah tu juga. Tak sangka dapat jumpa lagi kat sini.


Kami berjemaah Jihad ekonomi islam. Sokonglah produk Bumiputera.


Jangan tunggu business perfect baru nak move! Start dari sekarang. Tiada kejayaan datang dengan drastik! Kami semua bermula dari bawah!


Bergambar dalam kelas.


Cikgu-cikgu/penceramah pun teruja nak selfie sama-sama.


Ahli kumpulan group saya yang sporting!


Bersama roomate saya sepanjang kursus ni. Tak sangka kami dijodohkan berjumpa lagi setelah first time dulu jumpa dalam UTM. Kebetulan, kami sama2 pakai baju biru. Macam ada instinct kan!


Alhmadulillah, saya dapat Award "PESERTA KURSUS TERBAIK" Sepanjang kursus ni. Semua ni sebab saya sedut aura positif dari semua yang ada dalam kelas tu. Tanpa mereka saya takkan jadi terbaik! Dapat hadiah seperti diatas. Ok lah ada kenangan kan.


Dan yang bestnya sepanjang kursus, mereka panggil saya YB lah, ahli parlimen Skudai lah dan Prof. Hikss..Memang sepanjang 3 hari diaorg panggil gelaran2 tu.


Ada 2 kategori peserta terbaik. Seorang lelaki, seorang perempuan. Saya lah tu yang perempuan a.k.a YB.. Hikss


Apa2 pun kita kena berprasangka baik senantiasa. Agar aura-aura positif sentiasa melekat-lekat pada kita. Baru rezeki datang tanpa dicari kan. 

Yang baik semua dariNya, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

P/S: Hari ini bermula program KIAT di Giant Tampoi dan Mini KUD di Plaza Angsana. Jom semua pergi sambil2 jumpa team CocoDamia untuk beli Coklat IQ dan Krukk Krakk!








Wednesday, May 28, 2014

Kembali ke Rutin Sibuk!

Alhamdulillah..
Selesai sudah kursus Transformasi Usawan Galakan selama 3 hari yang diadakan di Niosh, Taman Teknologi.

Selama 3 hari berkursus, jujurnya kami kaum2 ibu dapat melepaskan sedikit beban dirumah dan agak "free" sedikit dari melayan kerenah anak-anak. Ya lah kalau tak kitalah masak, kitalah membasuh, kitalah mengemas, dan yang paling sibuk kitalah yang ambil hantar anak ke sekolah, tuisyen dan mengaji kan.

Lepas sahaja habis kursus jam 1 tengahari semalam, saya terus ambil 1 katon Krukk Krakk bawa masuk cafe. Sebab ada beberapa peserta kursus yang nak tak sempat beli masa kursus tu. Sekali bawa masuk je Krukk Krakk dalam cafe, fuhhh dah macam piranha dah semua. Dari 100 bars tinggal 12 bars sahaja. Bayangkan abang yang jaga cafe pun datang beli sambil menghulurkan not RM50. Saya terkejut juga mula2. Katanya untuk anak-anak. 

Alhamdulillah dengan rezeki yang tak sangka-sangka hari itu!


Lepas keluar sahaja dari Niosh, kami sekeluarga pergi makan. Walhal kat cafe ada sediakan makanan. Bukan apa, rindu 3 hari 2 malam tak makan bersama famil. Oh ya Ayyunie tak ada ya. Dia masih bersekolah semalam. 

Lepas tu cepat2 pergi ke Pusat Pengumpulan Produk di FAMA pula. Hantar stok CocoDamia.


Sesi inspection produk! Demi menjamin keselamatan dan mutu produk!


Insyallah, semoga CocoDamia berjaya menambat hati pembeli dan org yang makannya tidak kira dari Malaysia atau Luar Negara.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan perniagaan produk orang islam dan juga jihad ekonomi islam.

P/s: Semalam balik rumah dah ada rasa badan tak berapa sihat. Dah makan panadol 2 biji. Hari ini bangun berat je rasa badan. Ya Allah, janganlah Engkau menarik nikmat rezeki kesihatanku. Banyak perkara perlu diselesaikan lagi sebelum kami ke KL next week!


Monday, May 26, 2014

3 hari 2 malam check-in untuk belajar motivasi


Alhamdulillah..
Saya insan terpilih..
Bersama-sama 24 usahawan lain..
Yang mengikuti kursus 3d2n di Niosh ini..

Kursus yang bagus bagi saya..
Lebih kepada pembangunan motivasi diri..
Yang menekankan aspek kerohanian..
Dan juga aspek keselesaan Zon Allah..
Kursus yang jarang2 didapati diluar sana.

Demi kursus ini..
Banyak pengorbanan yang pelu dilakukan..
Antaranya ayah damia terpaksa tutup booth di Festival Belia Putrajaya..
Walaupun sewaan booth yang mahal..
Sebab balik JB nak jaga anak-anak..
Nak tinggalkan staff diaorg tak ada transport besar utk angkut semua barang-barang..

Hari ahad pagi.. Jam 4 pagi..
Ayah damia sampai JB..
9 paginya pula.. Saya ke kursus yang perlu dihadiri.. 
Pengorbanan masa suami isteri setelah 6 hari ayah damia ke KL dan Putrajaya perly diredhai.


Best sangat-sangat kursus ni!
Happy dan berlapang dada sahaja..
Dalam menuntut ilmu yang diperolehi..


Bertuah sebab dapat teman sebilik yang serasi.. Sama-sama suka selfie..
Terujanya dia pabila monopod dikeluari..


Sebelum kelas kerohanian "anjakan paradigma, soal hati" malam tadi..
Gembira perlu ada utk tap positive energy..


Kelas malam tadi..


Solat jemaah subuh dan kuliah subuh pagi ni..lepas tu ada riadah pagi..

Nanti saya sambung lagi..

P/s: Ok nak siap-siap ada sesi fotografi formal kejap lagi!!



Friday, May 23, 2014

CocoDamia di Festival Belia Putrajaya


Warga Putajaya dan yang berdekatan..
Warga negeri-negeri lain pun boleh kalau berkesempatan..
Jom ramai-ramai ke Festival Belia 2014 yang diadakan di Persiaran Perdana Putrajaya...


Booth CocoDamia terletak di Pavillion Johor. Terdapat pelbagai acara menarik disitu. Rumah hantu bergerak pun ada. Pelbagai perkhidmatan dan jualan barangan turut serta terlibat.


Ni lah booth CocoDamia dalam Pavillion Johor. Oh ya Fiesta ni sangat-sangat-sangat lah luas. Terbahagi pada beberapa zon. Khemah banyakkk sangat.

Jadi untuk elakkan anda sesat atau tak jumpa cari booth kami, boleh whatapps/sms/hubungi nombor 010-6468383 atau 010-6018383. Team CocoDamia akan guide anda sampai ke depan booth.

Percayalah, 

CocoDamia
~ Bukan sekadar coklat biasa ~ 

12 "The Power Of" yang perlu kita amalkan


Anda power yang mana?

Ada 12 power diatas! Sila pilih yang mana satu adalah power anda?

Semua power diatas perlu diamalkan dan dipraktikkan.

Agar kita lebih mendekati Zon Allah.

Jom kita mulakan pagi yang Barakah ini dengan "The Power of Senyum".

Dan semoga hari ini dan seterusnya perniagaan kita semua mendatangkan keuntungan dan bukan kerugian.


Btw kalendar "The Power Of" ni dapat dalam goodies bag by Dr Azizan Osman. Ada pelbagai lagi info2 yang berguna dalam goodies bag tu. Dr. Azizan Osman sebagai penceramah dalam sesi "pocket talk" utk event program SME ni.



Tips yang dikongsi oleh ayah damia dari Dr Azizan masa event ni pada hari Isnin dan selasa lepas di PWTC.


Dan juga tips dari Pn Mona Din. Jujurnya kisah pengalaman dari Mona Din dalam bidang business adalah lebih dekat dalam hati kami. Mungkin sebab dia bermula dari bawah dengan produk sendiri dan begitu juga kami. Cerita berdasarkan pengalaman dan bukan teori semata-mata. Kadang2 menitiskan jua air mata dalam jatuh bangunnya business ni. Tapi org luar cuma nampak yang dah berjaya sahaja kan. Insyallah! Semoga kami lebih kuat dan yakin dengan keizinan Allah.

P/s: Team CocoDamia dah berada di Putrajaya utk Festival Belia 2014. Wow wee besarnya event! Lagi besar dari KUD ni. Semoga CocoDamia dapat meluaskan empayarnya dan diperbanyakkan rezeki. Aaamiiin.. Jom ramai2 datang. 

Thursday, May 22, 2014

Kejutan kena baling tepung dan comot2 krim pavlova masa Hari Guru 2014

Waaaaaa.... so busy today!
Updated blog laju-laju..

Gambar-gambar dibawah adalah kenangan memori Kejutan Hari Guru dari pelajar-pelajar SPM 2014 di Pusat Bahasa Pelangi.

Saya tiada masa kejadian sebab hantar anak mengaji.
So semua gambar ni adalah ihsan daripada my staff aka my PA juga Diana. 


Fuhhh, pabila org lelaki pegang monopod.
Mengalahkan perempuan kan kan kan..
Opsss, patutlah my staff nak pinjam monopod saya..
Cakap nak ambil gambar dengan kakak2nya..
Rupanya ada kejutan. 


TQ kepada one of my student yang sponsor Pavlova ni. Bukan 1 hokey, tapi 2 bekas.
Dan staff yang belanja Mc'D 1 kotak tu hah..
Dan students2 yang bagi hadiah..
Serta kad Hari Guru yang sangat awesome tu..


Selfie...selfie..


Bukan main lagi ya Si Pengetua control handsome kat tengah2 bunga tu ya..


Layankan mereka selfie..


Tu dia pabila Si Pengetua kena attacted dengan tepung dan krim Pavlova


Hahaha, muka penuh krim Pavlova..


Fuhh, lazat dan gebu hokeyy pavlova ni..
Sebelum ni pun saya pernah tempah dengannya kalau ada urgent pihak2 agensi datang melawat ke kilang cocodamia..


Kad Hari Guru yang besar dan awesome!
Sanggup skodeng blog cikgu ya semata2 nak cilok gambar...kiki..
Oraittt bereh! Red Velvet satu! Kikiki..

Terima kasih kepada semua pelajar2 SPM 2014 yang buat kejutan ini untuk kami. Walaupun cikgu tak ada, tapi kemeriahan tengok gambar kamu semua pun terasa happynya. Semoga kamu semua dilimpahi rahmat, keberkatan dan juga kejayaan. Aaaamiinn..







Wednesday, May 21, 2014

Menang Anugerah Pertandingan Usahawan Siswazah Industri Asas Tani


Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah Ya Robb..


Ingat lagi tak gambar yang ramai2 wakil dari pelbagai agensi kerajaan datang ke kilang CocoDamia awal April tempohari? Boleh rujuk link bawah:



Syukur, CocoDamia Menang Naib Johan untuk pertandingan Usahawan Siswazah Industri Asas Tani untuk seluruh Negeri Johor. Calon adalah dari setiap daerah di Negeri Johor.

Bukan senang nak menang. Tapi dengan IzinNya dan persediaan yang bersungguh-sungguh, finally ia membuahkan hasil. Bukan kemenangan yang dibanggakan tetapi usaha penat jerih yang patut diberi penghargaan.

Dalam usaha kita untuk menjadi jutawan dan usahawan terbilang, ia mestilah seiring dengan pengalaman, kekuatan dan kemahiran kita sendiri.


p/s: Woww! Ayah damia baru balik dari KL malam tadi. Banyak kerja kena follow up dan fast action. Esok dah kena ke KL lagi.  Syukur Ya Allah. Setiap masa yang sibuk adalah membawa rezeki kan kan kan?



Tuesday, May 20, 2014

Makan Steamboat ramai-ramai bagi meraikan kejayaan


Kejayaan apa?
Kejayaan sebagai juara keseluruhan bagi program Kem Jati Diri 2014.
Btw ini tiada dalam rancangan awal. Tapi disebabkan saya adalah fasi bagi kumpulan Juara Keseluruhan itu, makanya saya pun berjanji akan bawa mereka belanja makan. Dan termasuklah fasi-fasi lain serta keluarga saya. 
Untuk baca lebih lanjut tentang program yang diadakan di Mutiara Motor Resort tu, bolehlah klik-klik 


Awal kami sampai. Customer pertama ni.
Tempat dipilih dan dibooking oleh kerani saya.
Kami makan-makan di D'Terrace Steambot.
Dah banyak kali since beberapa tahun lepas lagi kami pernah ke sini.
Dari pinggan mangkuk bersinar, sekarang pinggan mangkuk hitam legam dah.
Yang rosak pun ada. Hihi..


Sesi memilih makanan.
Ada yang fresh, ada yang frozen dan aneka makanan lain lagi..


Bahagian sayur-sayuran segar dan juga candy..


Macam2 air ada..
Air gas, air tak gas, ABC dan lain-lain..


Masa kami sampai tu hujat lebat sangat.
Ngam lah tu makan steamboat panas-panas kan..


Geng meja ni paling banyak makan..
Kecuali Aleesya tu..


Ya Allah, bertambah-tambah saya makan kupang besar ni..
Serius best..fresh-fresh..


Lagi satu bertambah-tambah saya makan kambing perap ni..
Fuhh...naik lemak sana sini kot lepas makan kambing ni..haha


Dan aktiviti seperti biasalah kan..
Tak sah kalau tak bergambar atau selfie sekarang..
Memang trend kan..
Esok2 dah habis trend ni, gambar2 ni boleh dijadikan kenangan.

*******************************************************************************
Kalau dalam entry ni banyak gambar-gambar dari DSLR yang diambil oleh student saya, ni gambar2 dari handphone saya pula..


Pagi-pagi lagi dah berkumpul dibawah Pusat Bahasa Pelangi.


Happy kan both Damias dapat naik bas..
Nampak tak keterujaan Ayyunie?
Aleesya biasalah malu-malu..


Yeayy dah sampai..
Bukan main lagi nama chalet ni...Ferrari...Hikss..
Tapi ni bukan chalet kami..


Pelajar-pelajar dengar briefing dulu dari Pengetua sebelum yang lelaki pergi solat jumaat dan yang perempuan siap-sediakan makanan. 


Pandangan luar dari chalet saya..
Memang selalunya kalau buat program kat sini, fasi2 dan family saya awal2 lagi PIC bagi chalet ni. Sebab dekat dengan khemah para pelajar.


Keesokan harinya..
Kami buat roti sandwiches dan mee goreng..
Muka sorang2 tak mandi hokeyy..haha


Walla...saya dipuji semasa game futsal kain batik ni..
Al-kisahnya kumpulan kami dan satu lagi kumpulan tu seri..
So kena pilih 2 lelaki dan 2 perempuan untuk sumbat gol penalti..
Yang tak bestnya sebab semua seri tak leh sumbat gol..
Sampailah saya org last sumbat gol penalti..
Haha...masuk weiii...keterujaan sampai melompat2..
Hilang gaya seorang guru kejap kat situ..kiki..
Tapi sekali sekala kita perlu luahkan kegembiraan kita melalui tingkah laku kan...hiks.


Fuhh, orang perempuan ni nampak je lembut..
Tapi kalau tendang bola boleh tahan ya..
Jadi kaum lelaki diluar sana, sila berhati-hati ^__^


Selepas pelbagai lagi aktiviti2 dijalankan..
Maka sesi pemberian hadiah dan sijil dilakukan..


Senyum simpul si pemberinya..


Ni lah photoG of the day ya..
Saya bawa juga Samsung Smart Camera saya tu..
Tapi banyak rekod video je..


Both Damias pun sampai surnburn betul..
Ya lah sehari sebelum tu balik dari Main air kat Melaka...
Pastu terus datang sini...bahang pantai sampai ke muka rasa..
Apa2 pun happy bersama pelajar-pelajar saya..
Sekali sekala terasa zaman kebudak-budakannya..
Insyallah tahun depan kita buat lagi ya..