Tuesday, April 29, 2014

VVIP saya || Baru sampai dari KL dah kena naik KL balik


Semalam lepas jer breakfast di The Everly, Putrajaya terus bergegas ke KKLW ada kerja. Then lebih kurang jam 9:30 pagi, cepat2 bertolak balik ke JB. Nak kejarkan waktu both Damias sekolah sebenarnya. Ayyunie dah 3 hari tak gi sekolah, Aleesya pula 2 hari. Kebetulan semalam Aleesya pun ada exam, so memang nak sangat dia ke sekolah.


Dari Putrajaya lagi pakai uniform sekolah siap2.
Tak sabarnya nak ke sekolah both Damias ni..


Saya dan ayah damia sangat bangga dengan mereka. Walaupun mereka ikut kami ke hulu hilir non-stop, tapi mereka tak merungut. Suka lagi adalah kan. Tapi kadang2 kesian juga kat mereka sebab penat. Tengok raut wajah mereka pun kadang2 dah tau mereka penat. Tapi langsung tak memberontak atau buat hal. Ikut jer cakap kami. Tapi Ayyunie kadang2 tu adalah merengek nak tidur, nak tidur..dia kan baby lagi..:-)

Tepat jam 12:30 tengahari kami sampai JB. Cepat2 belikan bekal roti untuk mereka. Ayyunie lambat lah sikit 30 minit. Aleesya ngam-ngam org tengah beratur berhimpun di tapak perhimpunan. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan perancangan kami. 

 

Dan masa otw balik JB tu pula, macam2 orang call suruh hantar CocoDamia lah, suruh amik cek lah, staff production suruh beli barang lah, pastu amik kotaklah, pastu tawaran booth lah.. Haishh bang, kena hire driver dah abang ni  (Just kidding). Gerun saya sepanjang Highway Utara-Selatan cakap handphone tak henti2.


Jadi apa lagi, sampai je JB, tak sempat balik rumah, singgah beli raw materials dulu. Pastu gi Kilang kotak then singgah kilang CocoDamia tgk progress. Pastu gi Pusat Pengumpulan FAMA hantar repeat order. Bukan main larisss lagi. Then singgah Pejabat FAMA pula untuk bincang beberapa perkara. Balik ada kelas pula then malamnya baru dapat keluarkan luggage dalam kereta.

Dan pagi2 ni ayah damia dah sibuk bawa staff dan loading barang di Aeon Kulaijaya sebab ada event kat sana. Esok jam 4 pagi dah kena bertolak ke KL pula meeting lagi. Esok juga kena loading barang untuk Karnival Belia di Pontian. Dan banyak juga event yang terpaksa tolak sebab bertindih2 tarikhnya. Orang kata jangan tamak dan buat keputusan betul-betul.


Lepaskan yang BAIK untuk dapatkan YANG TERBAIK!
Dah 3 kali saya buat confirmation untuk hadir kursus yang nak sangat saya pergi ni. Ingatkan ayah damia tiada apa2 program harini dan esok, sebab saya kena stay kat hotel yang diberi 2D1N. Rupa-rupanya harini jadual dia penuh ke sana sini dan seawal pagi esok dah kena naik KL semula.

Yang terbaik untuk saya adalah kerana ANAK-ANAK! Saya tak nak menyesal kemudian hari.

Perancangan terbaik untuk saya hanyalah dari YANG MAHA ESA.

P/S: Entry campur baur dan simpang siur. Semua nak ditulis dalam satu entry. Maafkan saya kawan2..Eh, ada ke yang nak baca cerita saya ni? 


No comments:

Post a Comment