Sunday, April 6, 2014

Serbuan luar biasa di Road To MAHA, Batu Pahat! Dan hari ini dihospital Sultanah Aminah pula!


Kelmarin hari jumaat, staff call utk restock   Krukk Krakk Choco Car dan tambah stok  untuk coklat IQ. Bukan sedikit tau team cocodamia bawa, sebab tau kalau event MAHA ni mesti ramai orang. Tapi tak sangka sambutan terhadap CocoDamia amat luar biasa.


Ni status saya hari jumaat haritu. Nampak tak kalau anak-anak cuti sekolah berlainan hari. Ada kekangan masa disitu. Kengkonon lepas Ayyunie balik sekolah terus nak gi Batu Pahat. Tapi kesiankan mereka penat dan siapkan dulu homework, tangguh pergi keesokan harinya.


Dalam jam 11 pagi lepas ayah damia siap buat artwork utk hantar printing event Mihas nanti, terus gerak ke Kampung Sungai Tiram ada jemputan kenduri kahwin oleh Puan Ruby yang banyak guide saya dalam CocoDamia dari Jabatan Pertanian. Sempat lagi salah seoranv pegawai kanan Jab Pertanian tarikh "Pertandingan Usahawan Siswazah" saya dah confirm. Ya Allah gap masa amatlah cepat iaitu balik dari event MIHAS. Semoga Allah permudahkan jalan saya utk pertandingan tersebut!


Lepas tu dan dan terus gerak ke Batu Pahat. Staff dah call dan sms banyak kalini bila stock nak sampai. Prospek dah ramai menunggu.


Dan anda tahu apa terjadi? Sampai sahaja stok, Masyallah.. Berpusu2 orang serbu! Nak cakap sesama sendiri dengan staff dan ayah damia pun tak sempat. Walhal sebelah2 je. Begitu besar KuasaMu Ya Allah. Nak menangis mengenangkan customer biasa dan jadi Raving Fan CocoDamia. Siap ada tu bawa anak kurang upaya lagi datang mengucapkan terima kasih kepada kami. Subhanallah..kami hanya bantu sahaja. Yang lain daripadaNya..


Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah...


Masa melepaskan penat kat tangga berdekatan, sempat lagi duta CocoDamia ni berposing sakan.


Tak sampai 2 jam kami restock, stok Krukk Krakk Sold out lagi. Dah macam event KUD kat Putrajaya dah ni! Lepas tu kami check in hotel kejap utk rehat, solat, mandi, tukar baju dan makan. Kesian kat anak-anak sebab seharian penat kan.


Lepas maghrib kami ke booth lagi!
Oh ya booth kami sebelah dengan DJ. Sama kes macam kat SDSI melaka tempohari. Siap ada clown lagi. Memang sambil anak2 beratur ambil belon, mak dan ayah anak2 tersebut beli CocoDamia. Cantik aturan Allah tu kan!


Ada persembahan silap mata lagi tu! Both Damias dan saya dah macam penonton VVIP sebab boleh duduk di kerusi kami je menonton! Dan COCODAMIA adalah penaja utama utk hadiah-hadiah games silap mata. Boleh tengok Video kat fanpages Coklat IQ. Tengok apa budak2 atas pentas buat dan sebut.


Posing jap dalam bilik.


Dan finally, tepat jam 10:20 malam kami pun balik JB. Sampai rumah jam 12 malam. Anak2 semua dah nyenyak tidur. Pagi2 ni dah kena bangun awal utk gi Ngaji.


Dan ni whatapps yang saya baru terima perkembangan terkini di Hospital. Masyalllah.. My part-timer staff happy sangat sebab nurse2 dan pesakit2 kat situ datang terjah booth CocoDamia. Ya booth CocoDamia yang menjadi tumpuan. Tak terkata-kata saya. 


Dan saya percaya semua semua semua ini adalah daripadaNya. Kami team CocoDamia waima saya dan ayah damia sendiri hanya perlu berusaha berusaha berusaha dan terus cekal supaya lebih dikenali dan sekaligus menambah nilai kepada masyarakat di luar sana.

Semoga Allah tunjukkan kami ke jalan yang lurus, landasan yang betul dan niat yang tidak terpesong. Aaamiiin..

P/s: Sebenarnya ada satu peristiwa aneh yang berlaku sebelum kejadian sambutan luar biasa ni terjadi. Bukan itu sahaja, penambahan stokis secara senang dan tiba-tiba juga berlaku dalam 2-3 hari yang sama ni. Ada ke yang nak tahu apa peristiwa tersebut? 















No comments:

Post a Comment