Sunday, April 20, 2014

Learning process is never ending story || Kelas BMC & BMD


Adding value!

Semalam dari jam 9 pagi sampai 5 petang saya hadiri kelas BMC dan BMD. Apa itu BMC dan BMD? Bermaksud "Business Model Canvas" dan " Business Model Design". Kelas ni bertujuan utk lebih jelas dan nyata perniagaan yang akan dilakukan atau juga hala tuju perniagaan yang sedia ada.


Guru kami, Puan Roslina dari Penang datang berkongsi ilmu. Seramai 41 orang yang sama-sama menyedut ilmu dan berkongsi idea dalam kelas tersebut!


Terima kasih Teacher Aleeza iaitu cikgu yang mengajar anak2 saya di tadika sponsor nasi berlauk asam pedas ni. Tak semua dapat makan asam pedas ni tau, yanh dia invited je dapat makan sama-sama kat belakang bilik seminar. Alhamdulillah, rezeki! Semoga teacher dan family dipermudahkan rezeki!


Tetamu jemputan untuk kelas semalam iaitu Puan Faezah, pemilik Delicio Piza. Haha kebetulan anak Puan Faezah ni pun tuisyen di tempat saya. Dan saya pun pernah 2x buat entry makan di Delicio Piza tu dalam blog. Memang kebetulan. Puan Faezah berkongsi jatuh bangun jatuh bangun dia sebelum buka Delicio Piza ni.


Partner saya yang duduk sebelah. Adik Mardhiah dari Kota Tinggi. Bercita-cita ingin berniaga kuih raya musim ramadan dan syawal nanti di Angsana. Sebab dia bekerja di Nusajaya. So, business ni macam part-time.

Yang best tu adik Mardhiah ni tanya saya "akak, dah biasa ya masuk kelas BMC ni? Sebab akak punya jawapan macam nampak details dan lengkap."

Hiks! Saya pun jawab akak memang tahu pasal BMC ni sebab pernah hadiri kursus, husband akak pun pernah hadiri kursus BMC ni kat KL under FAMA. Cuma pendekatan yang digunakan berbeza dalam kelas Puan Roslina ni.

Jawapan akak dalam BMC ni semua datang dari pengalaman sepanjang berbusiness. So benda ni semua dah pernah lalui. Cuma kadang2 tindakan dan follow up jer kurang diberi.

Lagi satu saya beritahu Mardhiah, pernah buat RP tak? Kalau pernah BMC ni macam ringkasan atau Inovasi kepada RP. Kebetulan bulan April ni kan saya kekalutan buat RP RBC, tu yang BMC saya ada carta pai, ada carta alir sebab itu memudahkan terjemahan business saya.


Inilah Puan Roslina yang kecik molek je orangnya. Disebabkan saya ni tinggi, siap kena berdiri bawah stage lagi supaya tak nampak ketara ketinggian tersebut. Hiks..

Apa-apa pun selepas menghadiri kelas BMC dan BMD ni, ia lebih mengingatkan saya atau sebagai reminder kepada beberapa aspek dalam perniagaan. Benda yang memang dah lama praktikkan, cuma sometimes kita terleka dan berasa selesa sehingga abaikan aspek2 penting tu terutama bab "customer relationship". 

Balik je dari kelas ni, sampai kat rumah cepat2 present kepada ayah damia pula. Bukan apa takut ilmu hilang kan. Jawapan saya hampir sama dengan ayah damia yang buat BMC sebelum ni walhal kami tak bincang apa2 pun. 

Insyallah semoga lepas ni, perniagaan-perniagaan saya lebih maju dan jelas serta mempunyai tindakan yang lebih berdaya saing dan melekat di hati para pelanggan semua!

Yang baik itu datang daripadaNya,
Yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment