Thursday, April 24, 2014

Ber-monopod dalam kapal terbang

Malam tadi habis kelas jam 11 malam, balik rumah terus cepat2 packing baju. Ya baru nak packing sebab seharian ke hulu hilir. 1 beg untuk bermusafir di Kelantan, 1 beg untuk bermusafir di KL dan pakaian seragam sekolah siap tergantung dengan bawa beg sekolahnya dan dengan kasut sekolahnya. Sebab hari Isnin baru balik JB dan kebetulan haritu start exam kat sekolah. So nak tak nak, kena sampai JB sebelum jam 12 tengahari. Kerja-kerja juga, sekolah anak2 jangan abaikan.

Lepas tu jam 1:30 pagi bertolak ke LCCT. Alhamdulillah tepat jam 4:30 pagi sampai LCCT. Highway lenggang, ayah damia bawa kereta pun tak lah laju mana. Sambil borak sambil berbual, eh eh dah sampai. Kejap je rasa.


Hah apa lagi, sementara tunggu pintu gate buka, sesi bergambar wajib kan!


Haha, boleh pulak masa tengah tunggu ni kan, si Ayyunie confius!

Dia tanya "ibu, ibu, kapal terbang yang hilang haritu dah jumpa ke? Ni kita naik kapal terbang tu ke"?


Hahahahaha! Kakak dia bantai gelak kat dia. Kakak dia cakap " adik ingat ada satu je ke kapal terbang? Banyak lagi tau"!

2-2 anak ibu pun bijak.


Ni dah masuk kapal terbang.


Hah apa lagi, nak penuh frame bawa keluarlah monopod saya kan. No worries, depan seat saya, belakang seat saya pun bawa keluar monopod juga. So tak rasa janggal.


Hah ni baru betul-betul cukup anak beranak masuk frame. Ayyunie tak sabar nak jumpa family di kampung.

P/s: Dah selamat sampai KB jam 7:35 pagi tadi. Memang sharp masa! Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

P/s: Handbag saya kena tahan masa scanning ok sebab monopod ni. Pegawai tu nampak saya keluarkan monopod, terus dia ketawa. Hikss..






No comments:

Post a Comment