Thursday, February 6, 2014

Tips memilih Cardigan || Cardigan Chic dan labuh

Kenapa saya pakai Cardigan?

Secara umumnya kerana:

- dress tak ada lengan 
- t-shirt atau blouse lengan pendek
- t-shirt atau blouse singkat paras punggung
- nak cover t-shirt/ blouse yang dah lusuh
- nak cover perut buncit
- memang utk stylista!

Eh! Malam-malam kalau nak keluar waktu sejuk, sarung juga cardigan ala-ala ganti sweater gitu!

Yang penting cardigan tu mesti LABUH..

  
Cardigan adalah pilihan yang cukup bijakuntuk sesiapa sahaja yang mahukan sepasang top yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sepanjang tahun. Cardigan juga popular kerana begitu mudah boleh dipadankan dengan simple t-shirts atau blouse. Ianya juga boleh dibutangkan menutupi tubuh anda jika berada dalam keadaan sejuk. Ianya hadir dalam pelbagai jenis potongan sesuai dengan tubuh badan sipemakai. Terdapat juga stail dan ukuran berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kebanyakan wanita merasakan perlu untuk mempunyai setidak-tidaknya sehelai di dalam koleksi mereka. Namun adalah penting untuk memilih cardigan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Terutama saya yang bertubuh tinggi ni. Dan makin hari makin berisi juga. Tak sesuai pakai cardigan jenis lycra kerana melekap pada badan, lebih sesuai pakai cardigan jenis chiffon atau kain cotton.



Perkara pertama yang anda harust itiberatkan ketika membeli cardigan ialah tentang bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita tahu jenis tubuh mereka dengan mengukurnya dan membezakan dengan anggaran size cardigan tersebut .Ini sangat mudah!

Penggunaan pita pengukur adalah lebih tepat kerana ianya membenarkan anda tahu perbandingan yang sebenar. Namun harus diingatkan bahawa anda digalakkan untuk membuat ukuran tersebut di hadapan cermin ketika mengukur pinggang, badan, dada serta bahu. Adalah penting untuk tahu bahawa berat tidak mempunyai kaitan dengan bentuk tubuh seseorang. Ini kerana seorang wanita yang overweight kadang-kala mempunyai bentuk tubuh seperti ‘hourglass’ dan yang sangat kurus berkemungkinan mempunyai bentuk seperti buah pear atau epal, bergantung pada susuk tubuh masing-masing. Ini bermakna tak kira anda gemuk atau kurus, anda tetap boleh pakai cardigan. Jangan berasa rendah diri kerana mungkin dengan pemakaian cardigan tersebut boleh menampakkan anda kelihatan lebih kurus. 


Pemilihan sesuatu warna kadang-kala juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dari segi susuk tubuh. Kardigan berwarnahitam kebiasaannya membuatkan seseorang kelihatan kurus namun tidak nampak sesuai atau flattering untuk individu yang tidak mempunyai pinggang. Warna cerah mencuri perhatian manakala corak belang dan pattern boleh membuatkan penampilan seseorang lebih bergaya. Apabila dipadankan dengan bentuk atau potongan cardigan yang sesuai, warna dapat memberikan impak terhadap penampilan seseorang. Namun adalah digalakkan untuk mendapatkan basic cardigan yang sesuai dipakai dengan apa sahaja tops dan pakaian. Sebab itu kebanyakan koleksi cardigan saya warna hitam, hitam dan hitam. Adalah sehelai warna putih dan pink. Sehelai juga bercorak leopard dibeli masa di Bandung 2 tahun lepas. Kononnya nak nampak lebih slim!


Cantikkan Gaya Muslimah dipadankan dengan Cardigan. Kalau dikenakan dengan dress nampak elegan. Kalau dikenakan dengan seluar atau skirt nampak separa formal kan. Sumber gambar: Google..:)


ZALORA turut dikenali sebagai destinasi fashion online utama, menawarkan pelbagai jenis cardigan online untuk wanita dengan pelbagai bentuk potongan serta corak dan warna. Dapatkan cardigan daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa serta tempatan di sana dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari dengan harga yang berpatutan!

Layari laman web zalora.com.my atau ZALORA Facebook untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru.
Di ZALORA, macam-macam adaaaaaaaaaa..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment