Tuesday, February 4, 2014

Tempat-tempat makan best di Bangi!

Tu diaaaaa, sampai 3 hari blog kesayangan saya ni MC. MC disini maksudnya tiada entry. Langsung tiada entry walaupun sepatah ayat! Hikss.

Apa nak buat, tak sempat langsung nak mengarang dalam blog comel saya ni. Sepanjang kat Bangi, asyik-asyik makan, asyik-asyik window shopping dan memang beberapa kali terbabas shopping, shopping, shopping. Ater katanya dah buka booth dalam Shopping complex, wajib shopping kan!

Ok lah, sepanjang di Bangi, saya dan ayah damia memang jalan-jalan cari makan betul! Anak2 duduk ngan cousins mereka. Langsung tak nak ikut kami. Sekali jer ikut. Tu pun kejap.. Lepas tu staff pula ada yang jaga booth, apa lagi... Panjanglah langkah kami utk jalan-jalan cari makan dan shopping kan.

Lagipun saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tak bagi saya bercuti walaupun public holidays dan weekends, tapi Allah gantikan dengan NIKMAT MAKAN! Terima kasih Ya Allah..

Ok lah jom kita tengok, kalau dah sampai Bangi nak makan kat mana???

Hari jumaat tengahari kami lunch di RESTORAN D' LIMAU NIPIS.. Mak aiiii.. Bukan main ramai lagi orang. Berpusu-pusu. Kami singgah sini pun sebab tertarik ramai sangat orang. 


Patutlah ramai orang.. Menu pun menarik! Ada pelbagai ulam-ulaman serta masakan kampung! See, jering rebus pun ada. Very rare kan!


Yang paling best sebab ada ikan dan sotong bakar. Aneka ikan ada.. Kalau yang besar-besar, harga seekor ikan start dari Rm17 hingga RM37.. Sotong pula dalam harga RM14 hingga RM30 sepinggan. Itu yang saya ternampak lah yang ditulis pada pinggang. Mungkin ada harga lain yang saya tak tertengok!

Selain tu ada juga pelbagai jenis kuih yang dah siap packing dijual disini. Lauk ikan patin gulai tempoyak pun ada siap2 dijual dalam tuppeware. Pendek kata tak menyesal anda makan kat restoran ni. Tapi duit kena sedia lebih sikit ya :-))

Lepas tu, petangnya pula balik rumah abang ipar saya amik budak2 keluar makan CENDOL DEPAN HITACHI. Ramai orang ya. Mula2 kami semua terpaksa berkongsi meja dengan orang lain juga. Dah lama sikit baru orang makin beransur pulang.


Bagi saya yang specialnya cendol kat sini adalah gula melakanya. Best! Dan cendol pun rangup2 bukan lembik macam biasa. May be penjual cendol sejuk bekukan cendol kot. Ni andaian saya sahaja!

Then malam saya makan masakan Thai di sebuah restoran. Lupa pula nak snap2 gambar. Tapi rasa so-so lah.. 

Keesokkan harinya saya bawa anak2 dan cousins mereka lunch di AYAM BAKAR WONG SOLO, BANGI. Kat Shah Alam aritu pun nak gi, tapi tgk punya ramai orang, cancel nak masuk situ. Ni kat Bangi pun boleh tahan ramai orang.


Terliur nak makan kat sini sebab aritu ada nampak dalam rancangan JJCM kat TV3. Tu yang berkobar nak makan kat sini.


Sini femesnya set ayam bakar.


Ayam Bakar Wong Solo ni staffnya pakai baju batik macam di Indonesia dan juga menu2 pun nama pakej Indonesia. Ater nama pun Wong solo kan. Mestilah berkonsepkan indonesia.


Masing2 makan set ayam bakar, ayam goreng dan empal daging. Lepas tu adalah add on side dishes yang lain. Harga pun boleh tahan. Sila sediakan duit lebih sikit ya :-)). Tapi review jujur saya yang set ayam bakar tu berbau ayamnya. Macam perapan lama gitu. Ayah damia dan Aleesya makan set tu. Sudahnya mereka berdua cirit-birit. Huhu..

Then malamnya pula saya makan nasi goreng kat restoran tom yam juga. Haishh asal malam je mesti tak ada gambar. Bukan apa, kepenatan dan cepat2 makan nak balik zzzzz..


Pagi ahad pula saya bersarapan dalam Bangi Gateway tu juga. Senang malas nak keluar2 kereta. Cafe pilihan saya kat TEH TARIK PLACE, berhadapan padang futsal B.B. Bangi. Orang pun boleh tahan ramai.


Bukan main besar lagi Nes Tarik dan Teh Tarik ni. Alasan cawan kecil habis. Boleh bayangkan cafe ni full house kan!


Nasi kerabu ayam percik pilihan kami. Tapi tak sedap sangat. Sob.. Bukan komplain tapi pandangan jujur ni. Tapi sebab dah order makan ajer. Takkan nak membazir pula kan.


Meehoon goreng panas-panas! Hah yang ni sangat sedap! Penuh lauk dan meehoon pun rasa best! Recommended. Total RM28++ utk sarapan pagi kami disini. 

Tengahari pun kami makan dalam kompleks Bangi Gateway tu juga. Kami pilih HOMST, CHINESE MUSLIM CUISINE. Saya nak makan sup-sup sebab pagi tadi dah kekenyangan makan nasi kerabu kan. So restoran ni memang pilihan tepat kami.


Pun ramai juga orang dalam ni. Pendek kata kat Bangi ni memang kebanyakan cafe dan restoran full house.


Macam2 menu ada. Ala-carte dan set.


Siapa yang suka makan makanan cina, wajib datang sini ya.


Nasi goreng Ala Malaysia pilihan ayah damia.


Beefball kuew tiaw sup pilihan saya. Not bad rasa. Siap ice lemon tea dan barli ais total RM 21++ ajer. Lagi murah dari makan pagi tadi..:-))

Dan malamnya kami makan besar di ANA IKAN BAKAR PETAI, B.B. BANGI. Family saya, family brother in law saya dan family adik kepada kakak ipar saya dari Kelantan makan sama-sama. Ni memang restoran feveret saya. Dah banyak kali kami sekeluarga dan bawa staffs makan kat sini. Tapi Ya Allah... Ramai giler manusia kat sini. Jammed tempat parking. Parking tepi jalan pun sampai kat balai bomba dah. Fuhhh jauh gak menapak semata2 nak makan kat sini. Rezeki kami baik, parking depan restoran.


Macam-macam order. Ikan bakar 2 ekor, siakap 3 rasa, kerapu masak masam manis, sotong besar2, lala masak halia dan air sampai 3 jug. Lama juga makanan dan air nak sampai. Apa boleh buat, redha je lah kalau dah ramai2 macam ni. 

Total semua ayah damia yang belanja. Lagipun memang niat kami nak belanja sebab dah 3 hari both Damias kat rumah BIL.. Nasib baik anak2 BIL dah besar sikit dari both Damias, so diaorg lah jaga.. Hihi..

Apa-apa pun, Syukur atas nikmat Makan yang Allah kurniakan kepada kami semua. Syukur jua atas rezeki Yang Allah limpahkan kepada kami semua. Yang banyak kita agih-agihkan, yang sikit kita kongsi-kongsikan. 

So lepas ni dah tahu lah kan nak makan kat mana kalau datang Bangi.. Hihi.. Oraitt, nanti kalau gi Bangi lagi, kita cuba lagi restoran lain ya. Antara tempat lain yang pernah saya cuba sebelum2 ni Yati ayam percik, wadihana steak house, bangi kopitiam, JM Beriani house, Hannan Nasi ayam, restoran anje dan beberapa tempat lain lagi (tak leh nak recall pula saat ini).

















No comments:

Post a Comment