Thursday, January 16, 2014

Tips mudah sediakan bekalan makanan untuk anak-anak sekolah..


Rutin sarapan pagi masa weekdays..bermenu-menu hah!
Sebab apa? Sebab weekdays kan anak2 sekolah, jadi menu sarapan pagi memang bermenu-menu lah jawapannya.

Selain daripada Coklat IQ-CocoDamia yang wajib ada dan diambil setiap hari oleh anak-anak, mesti ada juga sarapan berat utk dibawa bekal oleh Aleesya & Ayyunie serta sarapan tak berapa berat untuk alas perut pagi. Nama je tak berapa berat. Kadang2 berat juga.

Menu homemade saya pagi ni. Kari Sardin, roti canai (tips: beli siap2 dalam 20 keping kat kedai mamak, then frozenkan, kalau nak makan, goreng kejap dalam kuali), nasi goreng jagung requested by Aleesya ( tips: Aleesya memang ada list dalam 1 minggu tu nak makan apa, so senang sangat ibu tak yah susah2 fikir nak masak apa bawa gi sekolah ) dan susu panas (tips: tukar2 kadang2 milo, kadang2 neslo, kadang juice).

Alhamdulillah, Perut Aleesya tahan sampai jam 7 petang. Kalau pagi dia tak makan Coklat IQ, saya bekalkan utk makan time dia rehat nanti.

Antara list menu yang Aleesya dah siap2 request utk saya:
Ahad- Nasi lemak ayam
Isnin- Kuew Tiaw Goreng
Selasa-cuti
Rabu- Nugget goreng 4 pcs
Khamis- Nasi goreng jagung.
Jumaat-Sabtu- Yeayyy sarapan kedai.. Haha

Tukar2 lah menu anak, sebab kadang2 anak2 ni cepat boring tau dengan satu2 menu tu.. Dan kadang2 anak2 kita requested tu sebab dia terliur nampak ada kawan dia kat sekolah bawa menu tu. Hampa dia kalau kita tak dapat memenuhi permintaan dia kan.

Antara menu lain yang pernah saya buat utk both Damias bawa gi school..
-mini burger
-sandwiches
-roti sosej
-samosa dan karipap
-roti cheese
-meehoon goreng
-dll..

Selamat mencuba! Jangan jadikan alasan tidak sediakan bekalan makanan utk anak2 kita kerana dari awallah nak didik mereka supaya berjimat cermat dan biar mereka tahu, makanan yang disediakan oleh ibu adalah lebih selamat dan bersih!

No comments:

Post a Comment