Tuesday, January 21, 2014

Meeting bersama FAMA Johor


Semalam sampai JB tepat jam 7:30 malam. Sampai JB bukan terus balik rumah, tapi terus ke Pusat Bahasa Pelangi. Walaupun ada cikgu ganti dan kerani yang uruskan kelas saya dari jam 6:15 pm-7:45 pm, tapi saya tetap masuk kelas bincangkan soalan2 yang pelajar2 saya dah buat. Lagi 15 minit pun kelas nak tamat. Tapi fikirkan tanggungjawab, abaikan yang penat tu walaupun memang betul2 penatkan. Non stop bekerja walaupun weekends. Tidur pun tak cukup. Lepas solat maghrib cepat2 gi makan 1 family kat restoran arab bawah office. Then cepat2 pula masuk kelas utk sesi 8:15 pm- 9:45 pm. 


Pagi ni jam 8 pagi pula ada meeting bersama FAMA Johor. Saya wakilkan ayah damia sahaja lah pergi seorang meeting tu sebab tanggungjawab utk anak-anak pun wajib diutamakan. Nak masak sarapan, nak pantau anak2 siapkan homework, nak susun buku ikut jadual, nak ngajar ngaji, nak gosok baju, nak basuh baju, nak jemur baju, nak kemas bilik setelah 5 hari tak berkemas dan macam2 lagi urusan surirumah yang tak pernah habiskan. Nanti tengahari nak masuk kilang urus itu ini pulak kan.


Semoga tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya membawa 1001 kebaikan dan berita gembira utk CocoDamia! Usahawan yang terpilih sahaja diundang turut serta meeting ni.

Terima kasih Ya Allah,
Terima Kasih Ya Allah,
Terima kasih Ya Allah.




No comments:

Post a Comment