Friday, January 31, 2014

Tahun Baru Cina 2013 || Hampir setahun CocoDamia di Pasaran





Tahun Baru Cina tahun lepas 2013, Kami berada di Mekah dan Madinah. Setiap saat memori berada disana sangat mengamit kenangan kami disini. 

Dan harini Tahun Baru Cina 2014, kami masih berusaha untuk mempromosikan CocoDamia. Tiada istilah weekends dan Public Holiday kepada kami sejak kami menceburkan bidang dan jatuh cinta dengan CocoDamia. Kerana kami percaya "Man Jadda Wajada" ( Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan dapat hasilnya).

Insyallah, semoga kami terus istiqamah memperjuangkan makanan sunnah serta lubanah kepada mereka di luar sana.

Nak lebih tahu pasal CocoDamia atau menjadi rakan niaga kami, just call 010-646 8383 . Atau terus berjumpa team CocoDamia di Bangi Gateway dan Dataran Penggaram, Batu Pahat hingga ahad ini.

CocoDamia,
-Bukan sekadar coklat biasa-



Thursday, January 30, 2014

Video || Bagaimana Coklat IQ dibuat

Hari ini team CocoDamia akan bergerak ke Dataran Penggeram, Batu Pahat sempena Fiesta Belon Gergasi yang akan berlangsung selama 8 hari, tetapi kami hanya berada di sana sampai ahad ini sahaja. Kemudian terus ke Bangi Gateway untuk event Pesta makanan dan IKS pula. Pun sama sampai Hari ahad juga.

Jadi apa lagi? Ni lah masa yang sesuai utk peminat-peminat Coklat IQ untuk repeat order dan juga bagi yang tak pernah rasa lagi, meh ramai-ramai datang rasa tester dan juga coaching apa kebaikan Coklat IQ ni.
Apa-apa pun semua ni dengan Izin Allah ya.
Yakin dengan rezeki Allah..
Kita minta dalam doa, Allah pasti akan perkenankan..


Tengoklah video promo Belon Gergasi bersama CocoDamia..
Rugi tak tengok tau! Hikss..



https://www.facebook.com/photo.php?v=678217978896444&l=1644012279144816413

Ni pulak video production Coklat IQ- CocoDamia
Boleh lah tgk serba sikit macam mana Coklat IQ dihasilkan..



Ni pula testimoni terbaru daripada customer coklat iq.
Puan Fardziana ni baru seminggu consume coklat iq untuk anaknya..
Pada awalnya itulah masalah anaknya. 


Dan Alhamdulillah, pemakanan secara istiqamah dan niat yang betul masa makan coklat ni, telah ada perubahan untuk anaknya. Terharu saya baca komen Puan ni tanpa diminta. Allah Maha Besar. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk setiap insannya kan.

Yang baik datang daripadanya.
Yang buruk tu kelemahan saya sendiri yang akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

p/s: Jom ramai-ramai ke Batu Pahat dan Bangi Gateway ya! Lagipun cuti raya cina kan. Kami jer tak bercuti ni..:)





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 29, 2014

Chinese New Year's Lunch with Staff

Tengahari semalam saya bawa staffs CocoDamia ke Wadihana Steak House Johor Bahru utk celebrated Chinese New Year's lunch. Saja letak nama Chinese New Year sebab lagi 2 hari kan dah nak Raya Cina. So kami raya dulu lah ya. Hihi.. Saja ajak staff makan bagi menghargai penat lelah mereka yang sama-sama menaikkan jenama CocoDamia.


Ini menu saya. Oxtail soup dengan giant bread. Konon nak diet lah tak makan nasi beberapa hari ni kan. Tapi hurmmm oxtail pun banyak juga lemaknya. So tak ada makna diet lah kan! Tapi memang sedap! Recommended.


Ni roti apa ntah namanya. Festagus ke apa dah.. Haha.. Ingat2 lupa sebab bukan saya yg order.


Roti tu set makan dengan ayam dan daging bakar ni. Saya tak makan, tapi staff saya kata sedap. Ayah damia pun cakap sedap!


Ni ayah damia yang order. Set black pepper chicken chop.


Hah ni set combo avanza! Haritu kan saya dah pernah makan. Memang best. So kalini saya order untuk staffs saya pula. Diorg cakap not bad. Tapi banyak sangat lah pula. Jenuh nak menghabiskan. Dah lah masing2 order add on nasi sepinggan seorang. Hiks.. Suka! Suka tengok staffs happy makan2 macam ni.


Team CocoDamia!
Semoga Allah permudahkan dan perbanyakakkan lagi rezeki kita semua ya. Yang banyak kita agih-agihkan. Yang sikit kita kongsi-kongsikan.


Saya juga order take away set Pizza utk cikgu2 tadika Ayyunie. Bukan apa, dah 3 hari berturut2 asyik amik lambat jer Ayyunie. Dia habis kelas jam 4 petang. Kadang2 terlambat sampai jam 5 petang. Nasib baik sepanjang tunggu saya amik tu cikgu2 tadika Ayyunie guide Ayyunie buat homework. So tak membazir masa lah kan. Orang berbudi kita berbahasa.
Lagipun lambat sebab habis meeting lambat dengan agensi2 terlibat.


Dan harini Aleesya dah start cuti sekolah sempena Raya Cina. Ayyunie pula masih bersekolah lagi. Esok baru cuti. Saya dan ayah damia pula mana ada cuti? Hujung minggu ni kami akan ke 2 event di Batu Pahat dan Bangi Gateway. Inilah pengorbanan orang berniaga sendiri kan. Dan harini kenalah angkut Aleesya gi bank, jumpa supplier dan ke kilang. Tapi dia happy! Hikss.. Belajar kutip pengalaman dari kecik ya nak!










Tuesday, January 28, 2014

1 bedroom executive suite @ Best Western Premier

Tamat sahaja program HPPNK peringkat Kebangsaan di Dataran Senawang hujung minggu lepas, terus kami ke KL utk stay satu malam di sana utk menghadiri acara Dettol Detik-Detik Kasih pula.

Sasaran hotel di KL adalah di KL Central sebab event Dettol tu akan diadakan di Le Meridien Hotel. Sebab memikirkan esok paginya saya tak nak ganggu suami dan anak2 yang kepenatan menemani saya ke event Dettol tersebut. So kalau cari hotel berdekatan, senang saya boleh jalan kaki atau naik teksi sahaja.

Lepas tgk dalam Agoda, wahhhh bukan main lagi ya rate hotel2 kat KL Central ni. Berbintang-bintang harganya. Mula2 nak stay di Le Meridien, tapi tak include breakfast pula. Harga pun boleh tahan. Nak amik hotel Hilton sebelah Le Meridien, mak aiii, harga cecah sampai RM 700++ semalaman. Kalau check-in awal tak regret sangat. Ni dah lah check-in lewat malam, esoknya standard jam 12 pm check-out. Rasa tak berbaloi. Then last2 kami pilih Hotel Best Western Primer. Harga boleh tahan juga iaitu dalam RM400 ++ tapi reasonable sebab include breakfast dan bilik sangat best!

Sesat-sesat ok nak sampai hotel ni. Bertolak dari Senawang jam 9 malam, jam 12 tengahmalam baru sampai ok. 1 jam sesat nak cari jalan masuk ke Hotel Premier ni. Dari jauh dah nampak hotel ni, tapi nak sampai tu bukan main susah lagi. Dah ikut laluan GPS, tapi ntahlah.. Banyak sangat cabang jalan kat KL Central tu. Sekali salah masuk, berpusing2 nak sampai ke destinasi! 


Mula-mula sampai! Ruang living room yang luas menyambut kami
Wahhhhhhh..
Terus hilang kepenatan kami pabila melihat bilik kami yang sangat best ni! Hilang terus tension kami yang cari jalan tak jumpa2 utk sampai ke hotel ni.


Ada small bar area dan kitchenette.


My executive bedroom. Pandangan dari Living room.


Pandangan dari dalam bedroom.


Toilet yang tiada pintu. Kiranya terus bersambung dengan bedroom.


Bathtub yang menjadi kegilaan anak2 saya. Jam 1 pagi lebih pun diaorg boleh berendam dalam ni bersama saya.. Hihi


Toilet yang sangat-sangat selesa.
Tak selesa lagi tak tau lah.. Haha..


Ruang Shower


Toiletteries!
Ada disediakan salt bath juga.
Sempatlah saya berendam dalam bathtub sambil men "spa" kan badan saya dengan garam mandian tu jam 1 pagi lebih.. Kikiki


Ruang yang bersambung antara toilet dan bedroom.


Kata-kata aluan daripada pihak hotel!


Cantik betul bahagian kitchenette ni..
Guna kaca semua nampak luas.


Aksesori di bahagian tea-maker..


Opsss saya enterframe sikit di bahagian living room


Banyak channel astro..
Cantik pula kotak remote ni!


Oh ya, dalam bilik siap ada buffet movies lagi. Which mean kita boleh pilih nak layan movie mana. Tapi kena bayar lah. Harga dalam RM35 ke atas. Cerita ehem-ehem pun ada juga. Teringat masa saya stay kat Orchard Hotel di Singapore beberapa tahun yang lalu, pun ada buffet movies juga.


Ada workspace utk traveller yang berbusiness atau online. Free internet via cabel line. Sambil menikmati pemandangan KL yang bergemelapan lampu gitu!


Disebabkan kelaparan yang amat, so order makanan via room services! Tepat jam 1 pagi makanan sampai. Tak sampai 30 minit makanan dah sampai.


Orang yang paling lapar!
Tak sempat nak mandi dalam bathtub, terus terjah makanan.

Mereka2 jer makan. Opsss, ayah damia baru lepas mandi. Kami order kuew tiaw goreng seafood dan nasi lemak. Total RM63 including taxes.

Lepas tu dalam jam 2 pagi saya pun tidur. Anak2 layan kartun kat luar. Ntah jam berapa anak2 masuk bilik tgk2 dah ada kat sebelah saya.


Pagi esoknya sebelum ke Le Meridien, bersarapan dulu! Mewah betul sarapan kami pagi tu. Tapi saya control makan takut tersakit perut pula masa event Dettol tu!


Aneka muffin dan roti..


Perghhh banyak betul pilihan makanan, dari chienese food, indian cuisine, international breakfast, kids corner semua ada!


Anak2 happy sebab lepas makan ni ayah damia akan bawa mereka swimming pula.


Saya makan ni jer. Banyak sangat pilihan sampai dah tak terpilih nak makan apa. Lagipun sengaja ambil makanan ringan2..


Jam 9:30 pagi, terus amik shuttler services utk ke Le Meridien. Pagi tu baru tahu ada shuttle services. Free je. Ingatkan nak naik teksi je. Hihi.. Rezeki juga tu kan. 5-10 minit jer pun nak ke Le Meridien tu. Alhamdulillah tiba di event Dettol tu tepat pada waktunya.


Ni lah pandangan area lobby dan hotel Best Western Primer. Tu yang susah nak jumpa sebab entrace dia kat bawah flyover. Nanti pusing2 naik flyover lain pulak..


Pool tempat anak2 saya bermain. Sangat strict kat sini. Semua kena pakai proper swimming attire. 

Sharing is caring! Kot2 entry ni dapat membantu sesiapa yang nak ke KL Central dan mencari hotel yang family friendly atau yang bawa maid! One of the Best reccomendation hotel!

P/s: Sepanjang saya di event Dettol tu, ayah damia pun bukan main sibuk lagi menghantar stok ke stokis Bandar Baru Bangi (Zety Zainal), Stokis Kuala Lumpur (Wan Amira) dan juga Dealer KL (Mama Tisya) yang tukar stok di Lobby Hotel. Terima kasih semua. Ni yang best pabila berbusiness. Setiap kali outsation atau travelling, pasti stokis/dealer nak jumpa! Alhamdulillah dengan Nikmat Rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga!

Jom sertai team CocoDamia sebagai agen Zero Modal atau pengedar atau Stokis. Ini bukan MLM. You rajin, you usaha, you jual, you jemput rezeki!

Call 010-646 8383 utk maklumat lanjut!























Monday, January 27, 2014

Hukum Mengeluh!


Jangan mudah mengeluh ya kawan-kawan!!!
Kalau kita mengeluh seolah-olah tidak Redha dengan Ketentuannya.

Walhal.. Kerana ALLAH lah..
Kita jadi Zero to Hero,
Nothing to something,
Dan Nobody to Somebody!

Sebaik2nya bersyukurlah dengan sikit atau banyak nikmat yang Allah hadiahkan. 

Selain jangan mengeluh..
Tips saya yang utama "no complain"!
Tak susah pun, start "no complain dengan ahli keluarga kita sendiri dulu".
Lama2 kita akan terbiasa dan setiap kali kita nak complain, kita fikir the othe side bahawa mesti ada hikmah disebaliknya.

Selamat Mencuba! 

P/s: Kadang2 ter"complain" juga.. Eh bukannnnn.. Berkata2 utk kebaikan semua.. Kikiki..

Sunday, January 26, 2014

Saya dalam Metro Ahad dan KOSMO 26 Januari 2014


Pagi ni saya dapat tag seperti gambar diatas dari rakan comper. 
Wahhhhh!!! Saya dan Dettol Star Mum yang lain dalam Metro Ahad lah.
Bukan main lagi masing-masing posing cekak pinggang ya.
Photographer kata, tu posing standard. Hihi...

Pemenang adalah berdasarkan pendapat kita pada topik minggu tersebut dan juga Slogan terakhir selepas dipilih menjadi finalis. Alhamdulillah, semoga slogan saya dan para ibu-ibu lain dapat memberi sedikit tips kepada para-para ibu yang lain. Sharing is caring rite?


Lepas hantar Aleesya ke sekolah tadi, singgah kedai runcit cari Metro Ahad. 
Bukan main besar lagi page utk advertorial Dettol ni.
Kita tunggu slot NONA pula..:)
Blogger Kak Ayu dan Kak Ezna pun ada juga..

Kosmo saya tak beli...:)

p/s: Selain pengguna tegar Johnson & Johnson, saya dan keluarga juga pengguna tegar Dettol. Di office-office saya juga turut ada Dettol. Teringat lagi sketsa lucu kat rumah saya masa buat kenduri makan2 tempohari, rata2 tak percaya/ first time tengok sabun keluar sendiri melalui dispenser Dettol tu...kikiki...

Saturday, January 25, 2014

Sketsa cucu dengan nenek di Hospital Port Dickson

Anak-anak sakit pun kita boleh menangis, inikan pula kalau mak kita sendiri yang sakit dan masuk wad. Mau tak menitis air mata kan.

Semalam lepas jer dapat sms dan call daripada abang saya di Port Dickson yang mak masuk wad akibat tekanan darah terlampau tinggi dan mungkin ada jangkitan dalam paru-paru, cepat2 saya dan keluarga ke PD on the spot. 

Bertolak dari rumah jam 11 pagi, singgah makan roti canai kejap alas perut, terus pecut ke PD. Ngam2 sampai PD jam 2 petang. 

Sebenarnya mak kena masuk wad lewat malam sebelum tu. Tidur pun pakai gas oksigen. Awal pagi baru abang saya hantar sms. Katanya mak tak nak susahkan anak2 yang duduk jauh kelam kelibut atas highway. 


Mula2 jumpa mak, menitis air mata. Ya lah mak kan kuat dan cekal sebelum ni, tapi kalau dah sampai masa dengan umurnya sebegitu, anak-anak kenalah redha yang mak tak sekuat dulu lagi.
Dr. pakar mengesahkan yang tekanan darah mak masih tak stabil lagi haritu.


Tak sempat nak beli apa2 pun tengah jalan sebab fokus nak sampai cepat je kat PD. Tapi Ayyunie sempat singgah kedai dalam hospital beli biskut dan roti utk nenek. Good girl!


Masa ni lah skesta cucu ngan nenek bermula. Boleh pula Ayyunie cakap "banyaknya ulat tangan nenek". Hikss..


Muka tak bersalah nak makan bubur nenek!


Gelihati betul dengan sketsa Ayyunie dan neneknya. Rambut gugur pun dapat pahala. Ayyunie memang kamcing ngan nenek dia. Alah Ayyunie tu dengan sapa2 pun peramah. Hiks..


Tengok kan tangan mak yang berkedut2 tu, teringat tangan tu lah dulu2 yang merotan, mencubit, menampar, memukul dan mendidik serta memberi saya makan dan sehingga menjadi tahap seperti ini. Tak leh tulis panjang2 bab ni, ni pun dah bertakung air mata.. Sob!

Jam 6:30 petang, saya dah nak balik JB. Walaupun dapat luangkan masa selama 4jam setengah dengan mak eksklusif dalam wad, tapi ia sungguh bermakna. Banyak kata2 perangsang dan nasihat2 org tua yang berulang kali di ucapkan kepada saya. 


Nak tak nak, saya kena balik JB sebab aritu both Damias dah ponteng sekolah. Sampaikan saya tak tahu pun ada borang dan ibu bapa datang sekolah kena amik RM100 tu. Haha, memang bukan rezeki lah kan. 

Singgah Restoran Jejantas relax, makan dan solat kejap. Seharian tak makan nasi, makan maggie cup je.. Lapooo..


Budak2 nak makan KFC.. Maka kenalah turut kemahuan mereka. 


Try menu baru. Chicken wrap apa ntah. Ok lah panas2 ayam bakar. 

P/s: Ayu doakan agar mak cepat-cepat sembuh dan dipanjangkan umur agar ayu dapat berbakti dengan lebih lagi kepada mak. Banyak yang kena ayu buat lagi utk mak demi mendapat keredhaanMu Ya Allah.