Tuesday, January 28, 2014

1 bedroom executive suite @ Best Western Premier

Tamat sahaja program HPPNK peringkat Kebangsaan di Dataran Senawang hujung minggu lepas, terus kami ke KL utk stay satu malam di sana utk menghadiri acara Dettol Detik-Detik Kasih pula.

Sasaran hotel di KL adalah di KL Central sebab event Dettol tu akan diadakan di Le Meridien Hotel. Sebab memikirkan esok paginya saya tak nak ganggu suami dan anak2 yang kepenatan menemani saya ke event Dettol tersebut. So kalau cari hotel berdekatan, senang saya boleh jalan kaki atau naik teksi sahaja.

Lepas tgk dalam Agoda, wahhhh bukan main lagi ya rate hotel2 kat KL Central ni. Berbintang-bintang harganya. Mula2 nak stay di Le Meridien, tapi tak include breakfast pula. Harga pun boleh tahan. Nak amik hotel Hilton sebelah Le Meridien, mak aiii, harga cecah sampai RM 700++ semalaman. Kalau check-in awal tak regret sangat. Ni dah lah check-in lewat malam, esoknya standard jam 12 pm check-out. Rasa tak berbaloi. Then last2 kami pilih Hotel Best Western Primer. Harga boleh tahan juga iaitu dalam RM400 ++ tapi reasonable sebab include breakfast dan bilik sangat best!

Sesat-sesat ok nak sampai hotel ni. Bertolak dari Senawang jam 9 malam, jam 12 tengahmalam baru sampai ok. 1 jam sesat nak cari jalan masuk ke Hotel Premier ni. Dari jauh dah nampak hotel ni, tapi nak sampai tu bukan main susah lagi. Dah ikut laluan GPS, tapi ntahlah.. Banyak sangat cabang jalan kat KL Central tu. Sekali salah masuk, berpusing2 nak sampai ke destinasi! 


Mula-mula sampai! Ruang living room yang luas menyambut kami
Wahhhhhhh..
Terus hilang kepenatan kami pabila melihat bilik kami yang sangat best ni! Hilang terus tension kami yang cari jalan tak jumpa2 utk sampai ke hotel ni.


Ada small bar area dan kitchenette.


My executive bedroom. Pandangan dari Living room.


Pandangan dari dalam bedroom.


Toilet yang tiada pintu. Kiranya terus bersambung dengan bedroom.


Bathtub yang menjadi kegilaan anak2 saya. Jam 1 pagi lebih pun diaorg boleh berendam dalam ni bersama saya.. Hihi


Toilet yang sangat-sangat selesa.
Tak selesa lagi tak tau lah.. Haha..


Ruang Shower


Toiletteries!
Ada disediakan salt bath juga.
Sempatlah saya berendam dalam bathtub sambil men "spa" kan badan saya dengan garam mandian tu jam 1 pagi lebih.. Kikiki


Ruang yang bersambung antara toilet dan bedroom.


Kata-kata aluan daripada pihak hotel!


Cantik betul bahagian kitchenette ni..
Guna kaca semua nampak luas.


Aksesori di bahagian tea-maker..


Opsss saya enterframe sikit di bahagian living room


Banyak channel astro..
Cantik pula kotak remote ni!


Oh ya, dalam bilik siap ada buffet movies lagi. Which mean kita boleh pilih nak layan movie mana. Tapi kena bayar lah. Harga dalam RM35 ke atas. Cerita ehem-ehem pun ada juga. Teringat masa saya stay kat Orchard Hotel di Singapore beberapa tahun yang lalu, pun ada buffet movies juga.


Ada workspace utk traveller yang berbusiness atau online. Free internet via cabel line. Sambil menikmati pemandangan KL yang bergemelapan lampu gitu!


Disebabkan kelaparan yang amat, so order makanan via room services! Tepat jam 1 pagi makanan sampai. Tak sampai 30 minit makanan dah sampai.


Orang yang paling lapar!
Tak sempat nak mandi dalam bathtub, terus terjah makanan.

Mereka2 jer makan. Opsss, ayah damia baru lepas mandi. Kami order kuew tiaw goreng seafood dan nasi lemak. Total RM63 including taxes.

Lepas tu dalam jam 2 pagi saya pun tidur. Anak2 layan kartun kat luar. Ntah jam berapa anak2 masuk bilik tgk2 dah ada kat sebelah saya.


Pagi esoknya sebelum ke Le Meridien, bersarapan dulu! Mewah betul sarapan kami pagi tu. Tapi saya control makan takut tersakit perut pula masa event Dettol tu!


Aneka muffin dan roti..


Perghhh banyak betul pilihan makanan, dari chienese food, indian cuisine, international breakfast, kids corner semua ada!


Anak2 happy sebab lepas makan ni ayah damia akan bawa mereka swimming pula.


Saya makan ni jer. Banyak sangat pilihan sampai dah tak terpilih nak makan apa. Lagipun sengaja ambil makanan ringan2..


Jam 9:30 pagi, terus amik shuttler services utk ke Le Meridien. Pagi tu baru tahu ada shuttle services. Free je. Ingatkan nak naik teksi je. Hihi.. Rezeki juga tu kan. 5-10 minit jer pun nak ke Le Meridien tu. Alhamdulillah tiba di event Dettol tu tepat pada waktunya.


Ni lah pandangan area lobby dan hotel Best Western Primer. Tu yang susah nak jumpa sebab entrace dia kat bawah flyover. Nanti pusing2 naik flyover lain pulak..


Pool tempat anak2 saya bermain. Sangat strict kat sini. Semua kena pakai proper swimming attire. 

Sharing is caring! Kot2 entry ni dapat membantu sesiapa yang nak ke KL Central dan mencari hotel yang family friendly atau yang bawa maid! One of the Best reccomendation hotel!

P/s: Sepanjang saya di event Dettol tu, ayah damia pun bukan main sibuk lagi menghantar stok ke stokis Bandar Baru Bangi (Zety Zainal), Stokis Kuala Lumpur (Wan Amira) dan juga Dealer KL (Mama Tisya) yang tukar stok di Lobby Hotel. Terima kasih semua. Ni yang best pabila berbusiness. Setiap kali outsation atau travelling, pasti stokis/dealer nak jumpa! Alhamdulillah dengan Nikmat Rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga!

Jom sertai team CocoDamia sebagai agen Zero Modal atau pengedar atau Stokis. Ini bukan MLM. You rajin, you usaha, you jual, you jemput rezeki!

Call 010-646 8383 utk maklumat lanjut!























No comments:

Post a Comment