Wednesday, December 4, 2013

Ikan Bakar Umbai !

Selesai sahaja program SDSI di MITC ahad lepas, sebelum balik JB, bawa staffs singgah makan malam disini dulu. Sambil2 meraikan kejayaan team cocodamia yang berusaha keras mempromosikan Coklat IQ kepada pengunjung semua. Stok habis licin pagi ahad. So tengahari ahad staff yang standby kat kilang singgah Kluang ambil stok untuk dubawa ke Melaka. Terima kasih kepada semua staffs saya yang sangat berdedikasi.

Sampai2 sahaja kat Umbai, bukan main ramai lagi orang. Kelihatan ramai jua usahawan2 yang kat SDSI makan kat sini. Masing2 masih memakai lagi name tag "usahawan". Tu yang tau. Termasuklah saya. Hihi..

Ok jom layan gambar2 kat sana..


Sotong masak sambal. Seekor jer sotong ni. Tapi besar saiznya.. Pedas yang amat!


Lala masak sweet sour. Ni hidangan pertama yang sampai. Apa lagi ratah dan terus ratah.


Sup sayur utk Ayyunie. Aleesya masa ni dah selamat zzzz dari dalam kereta lagi. Angkat letak kat sini pun masih lena zzzz..


Ikan bakar pun sampai. Bakar kosong jer pun. Nanti cicah dengan sambal kicap. Ayah damia memang tak gemar makan ikan bakar kosong. Lupa pula nak cakap bakar sambal kat orang tu. Tapi whatever, tetap habis licin makan.


Style makan ikan bakar kat Melaka ni rata2 memang kena makan dengan nasi lemak. Tapi staffs saya kata macam tak biasa pulak makan dengan nasi lemak. So order lah nasi putih utk mereka. Apa pun citarasa kami kat sini biasa2 jer. Bolehlah so-so. Nak kata sedap sangat pun tak, nak kata tak sedap pun tak. Syukur dengan rezeki Allah bagi utk kami berkongsi bersama.

Harga pun ok kat sini. Tak mahal tak murah. Sesuai lah dengan rasa dan hidangannya. Lagi satu tempat feveret kami makan ikan bakar kat melaka adalah Muara Sungai Duyong.



No comments:

Post a Comment