Wednesday, December 18, 2013

Hukum melancong ke negara lain tetapi belum pernah lagi ke Tanah Suci


Soalan: 
Bagaimana hukum orang yang sanggup menghabiskan duit beribu-ribu ringgit untuk melancong ke negara lain sedangkan dia belum lagi ke tanah suci untuk haji atau umrah?

Jawapan:
Kalau dia pergi kerana bertugas, hukumnya boleh. Tetapi kalau saja-saja untuk makan angin, ziarah dan sebagainya maka caranya ini tidak betul.

Kita orang Islam, maka jadikanlah Makkah sebagai destinasi pelancongan pertama yang dituju. Allah tidak melaranh kita melawati New York, Tokyo, Oklahoma, Toronto, Chicago dan lain-lain tetapi dahulukanlah Makkah. Disanalah tempat lahir insan paling hebat di alam ini iaitu Nabi Muhammad. Jika ingin berziarah, ziarahlah Madinah Al- Munawwarah dahulu berbanding ke tempat-tempat lain.

-Majalah Al-Ustaz, isu ke 20-

P/s: Sharing is caring. Syukur Alhamdulillah Allah telah membukakan hati kita semua yang telah ziarah dan melakukan ibadah di tanah suci. Malah, kami jua sentiasa berdoa dan terus berdoa agar dapat kembali semula ke tanah suci berulang kali.

No comments:

Post a Comment