Thursday, November 21, 2013

Aktiviti mandi manda dan cuti sekolah..


Semalam ayah damia janji nak bawa anak2 gi mandi manda di kolam renang jam 4:30 petang.. Huh jam 6:00 petang baru sampai rumah. Lambat sebab dia ada discussion dengan kawannya. Tapi lambat2 pun tetap bawa gi jugak. Sebab both damias dah merajuk dah. Ayyunie punya merajuk siap ugut "jom kita langgar kereta ayah dengan basikal"... Muahahahaha..


Jam 6:30 petang sampai. Kolam tutup jam 7 malam. Dan akan dibuka semula jam 7:30 malam sampai 9:30 malam. Aduss, takkan nak tunggu sampai jam 7:30 kan. Last2 decided mandi jer lah walaupun setengah jam. 

Rezeki both Damias, tidak dikenakan bayaran utk kami sekeluarga sebab org yg jaga kaunter tu cakap tak pe lah, kejap sangat nak mandi ni. Celup2 kaki jer pun budak2 ni. So kami tidak dikenakan bayaran. Terima kasih Ya Allah. Ada hikmah sampai lambat ni. Alahai, lagipun both Damias jer mandi. Kami ibu ayah jadi pemerhati di tebing sahaja..:)


Walaupun sekejap, alhamdulillah.. Happy tgk anak2 gembira main air. Kesian mereka tak ke mana pun since cuti sekolah haritu. Eh baru 3-4 hari cuti sekolah kan. Ibu sibuk dengan kunci kira2 akaun dan persediaan CocoDamia utk 3 events besar hujung minggu depan, ayah damia pula sibuk buat jadual baru utk sesi 2014 dan juga persediaan pendaftaran baru. So memang kena curi2 masa utk bawa anak2 keluar berjalan.

P/s: Tapi ok gak tak jalan2 kemana, Aleesya focus hafal sifir. Sekarang dah hafal sifir 5. Terima Kasih Ya Allah..Ayyunie pula focus membaca dan baca muqaddam.. Al-maklum ler budak 4 tahun, masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya bab pronounciation tu. Nanti ibu dah start mengajar, nampaknya kena fikir aktiviti lain utk both Damias. Semoga Allah beri petunjuk dan permudahkanNya. 




No comments:

Post a Comment