Thursday, October 3, 2013

Resepi roti cheese telur blackpepper

Minggu lepas saya ada upload gambar breakfast saya kat dalam Instagram dan FB. Tak sangka pula ramai yg minta resepinya walaupun menu biasa2 sahaja.


Ni gambar yang saya upload dan terus menerus org minta resepinya. Kebetulan minggu tu sibuk dengan KUD, makanya postponed lagi nak share resepi. 

Pastu 2 hari lepas ada blogger yg whatapps saya supaya cepatkan tulis resepi tu. Sebab suaminya dah tak sabar nak try menu ni. Hihi.. Maka dengan pantasnya saya tulis resepi tu hah.


Sebelum2 ni dah biasa buat resepi ni. Cuma intinya sahaja yg berbeza ikut tahap kerajinan anda. Time rajin sangat guna daging cincang buat inti. Time banyak keje sikit guna inti sardin. Dan time kesibukan yg melampau, guna inti telur pun sodapppp!!!

Meh saya share resepi saya ini.

6 keping roti
500 ml susu segar
2 biji telur
Sedikit garam
Cheese 4 keping
Mozerella Cheese ikut suka nak banyak sikit.

Untuk inti:
4 biji telur
Garam
Bawang besar di potong halus
Lada sulah
Sos lada hitam
Sos cili
Mayonis.

Cara membuatnya:
Goreng bawang besar sampai naik bau. Masukkan telur. Kacau cepat2 agar menjadi ketulan kecil. Masukkan garam, sos lada hitam, sos cili dan lada sulah. Tutup api dan gaulkan dengan mayonis.

Cara bakar:
Rendamkan roti dalam susu yang bercampur telur. Susun dalam pemanggang ajaib. Lepas masukkan inti layer by layer. Kemudian lapiskan dengan cheese. Yang atas sekali tabur mozerella cheese banyak2.

Then bakar sampai cheese kekuningan. Makan panas2. Fuhhh confirm suami dan anak2 sayang anda double triple.. Haha


Bakar dalam pemanggang ajaib jer senang! Tak sampai 10 minit dah masak!


Ni yang saya buat sebelum ni. Guna inti sardin. Pun sodappppp juga.

So kepada yang dah cuba jangan lupa share hasil anda dengan saya ya. Hihi

Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment