Monday, October 7, 2013

~ Makan-makan Pizza Hut Di Angsana Mall~

Semalam seharian berkampung di Angsana Mall sempena Showcase "satu daerah satu industri".. Jam 9 pagi lagi dah bertolak dari rumah, jam 9 malam juga balik. Hari sabtunya saya pergi selepas balik dari kilang CocoDamia jam 5 petang, dan jam 9 malam juga balik. 

Serius memang penat sangat2. Bukan penat apa pun, penat shopping2 dan makan2.. Biasalah dalam Angsana Mall, banyak barang yang menarik perhatian kita utk membelinya. Sahkan yang staff berhenti solat dan rehat kejap pun sempat shopping dalam butik2 kat Angsana Mall tu, apatah lagi saya yang duduk kat situ sahaja utk menerangkan kebaikan coklat IQ dan Lubanah. 

So minta maaf lah ya kepada kawan2 saya serta silent reader yang datang booth saya, tapi saya tak ada. Staff saya cakap "kalau puan ada kat sini, diaorg tak datang pula, puan baru jer pergi, ramai lah yang datang bertanya".. Hihi itulah namakan rezeki semua ketentuanNya..

Oklah, harini rasa sangat berat kepala dan badan. Both damias pun baru jer bangun ni. Saya pun 2 hari berturut2 dan makan panadol takut sakit kepala lagi kuat kan. Semua staff Cocodamia masuk kilang harini jam 10 pagi sebab bagi diaorg masuk lewat utk cover tidur yang hujung minggu..:) baikkan saya dan suami!

Banyak cerita yg saya nak kongsi semasa showcase SDSI tu, insyallah kalau berkesempatan nanti saya ceritakan ya. Ok layan dulu gambar kami makan pizza waktu lunch semalam. Tunggu tempat kosong pizza pun hampir 20 minit sebab full house. 


Both Damias yg dah lama tak makan pizza..


Ayah Mi yg datang JB keje sementara dengan CocoDamia.


Sukalah both Damias ada uncle diaoarg ada. Bolehlah bermanja-manja lebih. 


Terjma kasih Ya Allah kerana kurniakan Rezeki dan Nikmat yang sempurna utk aku dan keluargaku. Terima kasih juga Ya Allah kerana tak putus2 melayan permintaan HambaMu yang hina ini. Semoga rezeki yang diperolehi boleh dikongsi bersama-sama dengan mereka yang memerlukannya. Aminn...


No comments:

Post a Comment