Monday, October 28, 2013

KidZania || Dunia Explorasi kanak-kanak

Sehari sebelum Raya Haji aritu, sempat bawa both Damias ke KidZania.
2 pasang tiket yang dimenangi melalui contest Oreo.
Dan 3 pasang tiket dewasa beli secara tunai.
Alhamdulillah. Proses beli tiket sangat cepat dan mudah walaupun menggunakan voucher.
Orang lain beratur bersesak2, kami terus ke kaunter redeem tiket dan beli tiket sekaligus.


Kami sampai jam 11 pagi lepas check out dari Hotel The Zon.
Sampai2 jer, wahhhhhhhh ramai sangat orang..
Tu Aleesya tunjuk boarding pass (tiket kidzania).
Oh ya, setiap pengunjung akan dipakaikan tag kat tangan. Tag tu ada semua maklumat seperti dalam mykids dan maykad kita.


Kemudian kami terus menuju ke tingkat 5. Mula2 sekali kena ke CIMB utk tukar cek kepada cash Kidzania.


Wahhhh..sungguh teruja masuk dalam ni..
Macam dalam indoor kat Genting Highland.
Sebab banyak sangat tempat yang nak kami pergi, sampai tak tahu nak pergi mana satu dulu.


Ingat ke weekdays tak ramai orang. Sekali tu ramai juga. Ramai dengan pelajar2 yang buat lawatan dari sekolah.


Teruja both Damias pegang duit Kidzania.


Kira-kira ada berapa duit tu..
Simpan elok2 duit tu.
Jangan boros ya anak2..:)


Aktiviti pertama yang mereka join adalah gi shopping. Hihi..
Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Itu ajer yang diaorg nampak mula2.
Tugasan dan penerangan diberi oleh petugas di kedai runcit tu.
Aleesya baca senarai barang yang kena beli, ayyunie ambil barang dan tolak troli.


Cari barang seperti dalam senarai.
Setiap orang tak sama senarai groceries tu.


Best giler Ayyunie tolak troli kan.
Ni yang selalu diaorg tgk ibu diaorg buat, so aktiviti ni macam senang jugak lah bagi diaorg.


Nanti kena scan barang2 tu. Lepas tu bayar.
So kat sini banyak ajar cam mana nak beli barang dan bayar barang.
Nak jadi cashier pun boleh kat sini.
Lagi best kot boleh main scan-scan.
Hihi


Opsss, bagi can ibu dan ayah posing kejap ya..:)


Lepas tu terus naik atas konon nak suruh both Damias buat coklat.
Sekali utk 8 tahun ke atas jer lah...huhu


Intai dari luar jer lah ya anak2.


lebih kurang jer dengan proses CocoDamia ni..:))


Lepas tu Aleesya cakap lapar sebab dia tak gi breakfast kat hotel.
Walhal Ayyunie ikut ayahnya gi breakfast.
So Aleesya cari nasi kat bawah, Ayyunie just makan hotdog kat atas.
Huhuhu..makanan dalam ni memang mahal2 ya.
Satu hotdog sausage ni harga RM5..
Ibu beli 3 batang. Mahal tapi sedap..:))


Lepas tu Ayyunie pun masuk dalam kilang Vitagen ni.
Jenuh juga beratur tunggu kat sini.


Hampir 20 minit baru turn Ayyunie masuk.
Aleesya masa ni masih makan bersama ayahnya.


Kena pakai baju uniform ya masuk kilang...:)
Macam kilang CocoDamia..


Tekun mendengar arahan


Ayyunie buat vitagen sendiri


Yeayyy, dah siap vitagen perasa anggur Ayyunie.


Lepas tu ke Kilang air Mineral Sea Master pula.
Masa ni Ayyunie bertiga satu group kena outstation hantar air mineral.
Dia paling muda 4 tahun.
Happy ok dia.

Masa ni lah saya terjumpa Kak Ezna blogger famous tu...:))
Terjerit2 saya panggil nama kak ezna dari atas..hihi


Lepas dah outstation hantar air mineral, Ayyunie sambung buat air mineral sendiri pula.


Nak masuk kilang biskut pun tak boleh both Damias sebab tak cukup umur.
Kena 8 tahun ke atas juga.


Kalau tak boleh merasa biskut buatan both Damias..:))


Ayyunie tgh tungg air mineral dimasukkan dalam botol.


Lepas tu pelbagai proses dilakukan dengan air mineral tu dan akhirnya proses labelling.
Air tu nanti kita boleh bawa balik.


Lepas tu Aleesya ajak Ayyunie masuk kindergarden ni.
Huhuhu..hanya utk 2-4 tahun sahaja.
Mengamuk Aleesya sebab dia tak boleh masuk.
Kalau tipu cakap Aleesya 4 tahun pun tak boleh sebab nak masuk ni kena scan kat tangan tu.
So petugas memang akan tahu berapa umur kanak2 tu.


Then, masuk kat Stabilo.
Nasib baik yang kat sini 4 dan 6 tahun boleh masuk sekali.


Both Damias happy sebab colouring memang diaorg suka sangat2.


Fireman tengah naik kereta bomba nak pergi menyelamatkan mangsa kebakaran..hihi

Lepas tu dalam jam 3 lebih kami dah keluar sebab ayah damia janji dengan supplier nak ambil barang dan ke Bangi beli barang. Kalau tak memang lama lagi kami dalam Kidzania ni.

Apa2 pun KIDZANIA memang sangat best utk dunia explorasi anak-anak kita!
Percayalah silalah bawa anak2 anda ke sini.
Tapi sebaik2nya yang berusia 4 tahun ke atas.
Dan lagi best kalau budak tu dah 8 tahun ke atas sebab banyak aktiviti boleh buat dan mereka lebih berdikari.

Kalau macam umur both Damias ni banyak yang parent kena tunggu juga kat luar.
Bukan apa, takut hilang ke, nak ke toilet ke atau diaorg menangis.

Insyallah, Ibu janji akan bawa Aleesya dan Ayyunie datang sini lagi.
Supaya mereka lebih explore aktiviti2 yang lebih mencabar lagi.
Ni banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi aktiviti yang diaorg tak join sebab kesuntukan masa dan umur tak sesuai.
Insyallah jika diizinkan olehNYA, kita sampai sini lagi ya Aleesya dan Ayyunie.

P/s: Ada aktiviti yang kita buat kita kena bayar, dan ada aktiviti yang kita buat kita dibayar. Macam dapat gajilah. So duit KidZania tu memang kita boleh simpan utk kegunaan akan datang jika datang sini lagi.:)




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment