Tuesday, October 22, 2013

Cendawan goreng sedap sesenang A B C

Entah mengapa minggu lepas 3 hari berturut-turut mengidam nak makan cendawan goreng.
Maybe sebab terliur tengok cendawan yang dibeli di Aeon segar2 dan gumukkks2.
Tu yang terliur nak goreng tu..

Balik kerja tak sempat buka uniform kerja pun, terus masuk dapur cepat2 goreng cendawan ni..
Kebetulan kat rumah ada pelbagai rasa dan macam tepung serbaguna yang mana ada yang peniaga bagi masa di karnival2 dan ada juga yang saya beli.

Ok jom kita tengok langkah2 ABC goreng cendawan ni..


A. Pecahkan 2 biji telur dan pukul..


B. Basuh cendawan dan toskan serta lap-lap dengan tisu dapur supaya cepat kering


C. Sediakan tepung serbaguna. Saya guna tepung yang ada rempah dan pedas2 sikit..


Dan ABC lagi..ambil cendawan, celupkan dalam mangkuk telur, dan golek-golekkan atas tepung serbaguna tadi..
Goreng dalam minyak panas.


Siap dihidangkan..
Berebut2 saya dan both Damias pilih cendawan yang paling gumukkkksss sekali..
Selamat mencuba...hihi



No comments:

Post a Comment