Thursday, October 31, 2013

Rahsia cekodok pisang sedap!


Setuju sangat dengan tips ini!
Sebab mak saya sejak dari dulu lagi kalau buat cekodok pisang memang akan blend pisang dan gula dulu. Kemudian baru masuk dalam tepung. Pastu biarkan lebih dari 3 jam. Goreng then makan panas2.

Tapi saya sekarang kalau buat cekodok lenyek sekali pisang, tepung dan gula. Pastu selalu tak sure berapa banyak sepatutnya sukatan tepung tu. Patutlah tak sesedap mak buat. Hihi.

Ok next time kena blend dulu pisang dan gula. Bukan tak tahu tapi tak ada masa nak blend bagai. Hihi..

Selamat mencuba!!!

Wednesday, October 30, 2013

Shawl Ajaib || Nampak lebih muda


Ingatkan Inner jer ada magic, shawl pun ada magic juga..magic bagi nampak muda.. Hihi.. Just kidding..

Seawal pagi dah bersemangat menghadiri kursus bersama beberapa staffs saya. Lebih bersemangat mengenakan shawl yang baru saya beli di Pesta Konvo beberapa hari lepas. Dan paling bersemangat warna biru diraja membuatkan saya kelihatan fresh dan look younger. Haha.. Ni antara komen2 yang saya terima di FB dan Instagram. 

Terima kasih semua. Tudung tu yang cantik. Ditambah pula dengan effect camera. Dan yang paling penting Terima Kasih Ya Allah bagi saya fizikal sesempurna ini. Syukur Alhamdulillah.

P/s: Ok lah kejap lagi lepas ambil both Damias dari Tadika nak gi Pesta Konvo borong shawl ni banyak2. Kbai!!!

Slurpppp!!! Sedut pun boleh...


Besar gilerrrr gear box ni kan. Gambar ni ayah damia whatapps masa dia dinner kat Bandar Baru Bangi tempohari.

Aleesya nampak jer gambar ni terus beria-ia ajak makan. Saya cakap yg ni jauh punya, nanti ibu bawa aleesya gi yang dekat punya.



Then sabtu lepas, lepas asar terus saya ajak aleesya ke pesta konvo UTM. Kesian dia merengek2 nak makan. Kebetulan saya pun teringin juga. Hujannnnn... MasyaAllah punyalah lebat selebatnya. Ada banjir kecil berlaku sepanjang dari rumah saya ke UTM. Gagah juga tu drive slow-slow. Yang tak tahan tu sambil2 tu boleh pula layan cerita Mann dalam kereta yg kebetulan disiarkan di TV3 masa tu. Terima kasih Ya Allah sebab tak ada apa2 berlaku.


Hujan masih lebat. Gigih berpayungkan payung rainbow kami ke gerai sup gearbox. Ada banyak sangat gerai jual sup. So kami ikut kata hati nak makan kat gerai mana. Last2 gerai last jugak yg kami berhenti dan makan disitu. Nasib baik sedap.


Gear box paling besar dah saya minta ni. Ni jer paling besar yang ada. Boleh lah. Bersyukur dengan apa yg ada. Harga semangkuk kuew tiaw sup gear box ni RM7.50. Otak-otak tu 80 sen satu. Macam dah naik harga ja.


Begitu bergaya dan penuh penghayatan ya Aleesya makan gear box ni. 


Pandai sedut-sedut hah. Kalah ibu!!! Alahai Aleesya habis makan 1 batang gear box tu. 3 lagi ibu jugak yang kena habiskan. Haishhh, mana ibu tak makin mengembangkan.

Btw tak pernah miss kalau ada pesta konvo ni sebab suka yang bab shopping2. Shopping Baju dan shawl agenda wajib. Hihi..


Antaranya saya beli juga buah mangga epal ni. Manis2 lemak. Sekilo Rm6. 

P/s: Uolss suka makan sup Gear Box tak? Kat kelantan ramai orang jual!




Tuesday, October 29, 2013

Pengauditan Premis Pengilangan Makanan CocoDamia


Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Pengauditan Premis Pengilangan Makanan #cocodamia bagi persijilan MeSTI pagi tadi dan berakhir jam 12 tengahari tadi.

Dan sesungguhnya BERNIAGALAH secara jujur dan pastikan aspek keselamatan makanan dipatuhi berdasarkan peraturan2 yang ditetapkan. 

JUJUR kepada produk dan JUJUR kepada pelanggan.
Insyallah Allah permudahkan segalanya.

Temui team Cocodamia di Fiesta Budaya Batu Pahat di Dataran Batu Pahat bermula hari ini 29/10 - 3/11 sehingga jam 10 malam.

Temui juga team CocoDamia jumaat ini di Karnival Mini Agro bertempat di Dewan Jubli Intan, Pontian pada 1/11-3/11 sehingga jam 10 malam.

Insyallah rata2 customer yang pernah beli #coklatiq#cocodamia akan repeat order kembali setelah merasai sendiri keberkesanan coklat iq ini. Bukti dan testimoni yang sangat kuat ada dengan Izin Allah.

Walaupun penat baru balik dari MICCOS semalam tak habis lagi, namun kami tidak mengeluh dengan rezeki tak putus-putus daripada Allah. Bukankah kita yang minta sebenar-benarnya daripada Allah. 

Dan sesungguhnya USAHA milik kita dan REZEKI adalah milik Allah.

p/s: Minggu yang sangat hectic sebab minggu ni nak cover stok utk 2 events, nak bawa staffs pergi kursus, kena buat Manual Program Jaminan Kelematan Makanan dan banyak lagi perkara-perkara kena uruskan. Oh ya kelas pecutan utk pelajar2 SPM juga tidak diabaikan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


Monday, October 28, 2013

Family Bonding || Yeayy mereka dah pulang..


Whenever we get monday off..
We enjoy spending time together here!!
Berseri2 kan muka kami.

Alhamdulillah, jam 6:30 pagi tadi ayah damia dan Ayyunie bertolak dari Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi dah sampai rumah. Ni pecutan betul ni.

Tadika Both Damias memang cuti harini sebab cuti peristiwa Majlis Konvo semalam. Saya pun cuti gak sebab kilang CocoDamia amik cuti peristiwa gak. Hihi.. Ayah damia jer petang nanti ada kelas sampai ke malam..


Happynya both Damias dapat berjumpa dan makan sama2 setelah 5 hari tak jumpa.


Meals saya!


Meals ayah damia!


See, the sibling bonding! 5 hari tak jumpa, balas dendam gomol-gomol, cubit2 pipi, tidur atas riba dan gaduh2 manja pun ada gak. Kalau tak ada salah sorang, sunyiiiii.. Dah ada dua ni tahan telinga ja lah ya.. Hihi..


Dan yang paling happy juga, 4 meals dan 2 gelas air (boleh refill) yang kami minum tadi hanya bayar RM13.70 termasuk taxs...:) Hihi.. Normal kalau makan 4 orang RM90 ke atas kan. Tapi saya guna voucher tadi. Memang berbaloi..:))

P/s: Menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga tersayang adalah impian setiap ibu dan ayah kan. 





KidZania || Dunia Explorasi kanak-kanak

Sehari sebelum Raya Haji aritu, sempat bawa both Damias ke KidZania.
2 pasang tiket yang dimenangi melalui contest Oreo.
Dan 3 pasang tiket dewasa beli secara tunai.
Alhamdulillah. Proses beli tiket sangat cepat dan mudah walaupun menggunakan voucher.
Orang lain beratur bersesak2, kami terus ke kaunter redeem tiket dan beli tiket sekaligus.


Kami sampai jam 11 pagi lepas check out dari Hotel The Zon.
Sampai2 jer, wahhhhhhhh ramai sangat orang..
Tu Aleesya tunjuk boarding pass (tiket kidzania).
Oh ya, setiap pengunjung akan dipakaikan tag kat tangan. Tag tu ada semua maklumat seperti dalam mykids dan maykad kita.


Kemudian kami terus menuju ke tingkat 5. Mula2 sekali kena ke CIMB utk tukar cek kepada cash Kidzania.


Wahhhh..sungguh teruja masuk dalam ni..
Macam dalam indoor kat Genting Highland.
Sebab banyak sangat tempat yang nak kami pergi, sampai tak tahu nak pergi mana satu dulu.


Ingat ke weekdays tak ramai orang. Sekali tu ramai juga. Ramai dengan pelajar2 yang buat lawatan dari sekolah.


Teruja both Damias pegang duit Kidzania.


Kira-kira ada berapa duit tu..
Simpan elok2 duit tu.
Jangan boros ya anak2..:)


Aktiviti pertama yang mereka join adalah gi shopping. Hihi..
Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Itu ajer yang diaorg nampak mula2.
Tugasan dan penerangan diberi oleh petugas di kedai runcit tu.
Aleesya baca senarai barang yang kena beli, ayyunie ambil barang dan tolak troli.


Cari barang seperti dalam senarai.
Setiap orang tak sama senarai groceries tu.


Best giler Ayyunie tolak troli kan.
Ni yang selalu diaorg tgk ibu diaorg buat, so aktiviti ni macam senang jugak lah bagi diaorg.


Nanti kena scan barang2 tu. Lepas tu bayar.
So kat sini banyak ajar cam mana nak beli barang dan bayar barang.
Nak jadi cashier pun boleh kat sini.
Lagi best kot boleh main scan-scan.
Hihi


Opsss, bagi can ibu dan ayah posing kejap ya..:)


Lepas tu terus naik atas konon nak suruh both Damias buat coklat.
Sekali utk 8 tahun ke atas jer lah...huhu


Intai dari luar jer lah ya anak2.


lebih kurang jer dengan proses CocoDamia ni..:))


Lepas tu Aleesya cakap lapar sebab dia tak gi breakfast kat hotel.
Walhal Ayyunie ikut ayahnya gi breakfast.
So Aleesya cari nasi kat bawah, Ayyunie just makan hotdog kat atas.
Huhuhu..makanan dalam ni memang mahal2 ya.
Satu hotdog sausage ni harga RM5..
Ibu beli 3 batang. Mahal tapi sedap..:))


Lepas tu Ayyunie pun masuk dalam kilang Vitagen ni.
Jenuh juga beratur tunggu kat sini.


Hampir 20 minit baru turn Ayyunie masuk.
Aleesya masa ni masih makan bersama ayahnya.


Kena pakai baju uniform ya masuk kilang...:)
Macam kilang CocoDamia..


Tekun mendengar arahan


Ayyunie buat vitagen sendiri


Yeayyy, dah siap vitagen perasa anggur Ayyunie.


Lepas tu ke Kilang air Mineral Sea Master pula.
Masa ni Ayyunie bertiga satu group kena outstation hantar air mineral.
Dia paling muda 4 tahun.
Happy ok dia.

Masa ni lah saya terjumpa Kak Ezna blogger famous tu...:))
Terjerit2 saya panggil nama kak ezna dari atas..hihi


Lepas dah outstation hantar air mineral, Ayyunie sambung buat air mineral sendiri pula.


Nak masuk kilang biskut pun tak boleh both Damias sebab tak cukup umur.
Kena 8 tahun ke atas juga.


Kalau tak boleh merasa biskut buatan both Damias..:))


Ayyunie tgh tungg air mineral dimasukkan dalam botol.


Lepas tu pelbagai proses dilakukan dengan air mineral tu dan akhirnya proses labelling.
Air tu nanti kita boleh bawa balik.


Lepas tu Aleesya ajak Ayyunie masuk kindergarden ni.
Huhuhu..hanya utk 2-4 tahun sahaja.
Mengamuk Aleesya sebab dia tak boleh masuk.
Kalau tipu cakap Aleesya 4 tahun pun tak boleh sebab nak masuk ni kena scan kat tangan tu.
So petugas memang akan tahu berapa umur kanak2 tu.


Then, masuk kat Stabilo.
Nasib baik yang kat sini 4 dan 6 tahun boleh masuk sekali.


Both Damias happy sebab colouring memang diaorg suka sangat2.


Fireman tengah naik kereta bomba nak pergi menyelamatkan mangsa kebakaran..hihi

Lepas tu dalam jam 3 lebih kami dah keluar sebab ayah damia janji dengan supplier nak ambil barang dan ke Bangi beli barang. Kalau tak memang lama lagi kami dalam Kidzania ni.

Apa2 pun KIDZANIA memang sangat best utk dunia explorasi anak-anak kita!
Percayalah silalah bawa anak2 anda ke sini.
Tapi sebaik2nya yang berusia 4 tahun ke atas.
Dan lagi best kalau budak tu dah 8 tahun ke atas sebab banyak aktiviti boleh buat dan mereka lebih berdikari.

Kalau macam umur both Damias ni banyak yang parent kena tunggu juga kat luar.
Bukan apa, takut hilang ke, nak ke toilet ke atau diaorg menangis.

Insyallah, Ibu janji akan bawa Aleesya dan Ayyunie datang sini lagi.
Supaya mereka lebih explore aktiviti2 yang lebih mencabar lagi.
Ni banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi aktiviti yang diaorg tak join sebab kesuntukan masa dan umur tak sesuai.
Insyallah jika diizinkan olehNYA, kita sampai sini lagi ya Aleesya dan Ayyunie.

P/s: Ada aktiviti yang kita buat kita kena bayar, dan ada aktiviti yang kita buat kita dibayar. Macam dapat gajilah. So duit KidZania tu memang kita boleh simpan utk kegunaan akan datang jika datang sini lagi.:)




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, October 27, 2013

Teaser || Graduation Ceremony


Seawal 7 pagi dah sampai. 


Aleesya dengan kawan2nya kelas M3. Time ni barulah dapat dengar 100% Aleesya cakap mandarin.


Alhamdulillah. Dah siap buat konsert tadi.


Aleesya wakil kelas dia amik scroll. So kena tunggu lagi ni. Kalau tak dah boleh terus balik. Sambil2 tu FaceTime-ing ngan ayahnya di KL sana. 

Proud of you Aleesya. Tahniah kepada semua pelajar2 Tadika Indah Ria! You all the best.

P/s: Sama pula tarikh graduation tadika dan universiti-universiti tempatan.