Wednesday, September 4, 2013

Open House Fasa 3 || Raya bersama steambot

Sabtu malam ahad lepas, saya buat makan-makan lagi khas utk students form 3 saya. Ya lah, diaorg jeles. Kata mereka takkan budak2 form 5 jer beraya, budak2 form 3 nak juga. Demi tidak menghampakan permintaan diaorg, kami pun buat juga. Walaupun pagi tu ada kelas, tengahari pula ada makan3 special  di rumah rakan sekelas ayah damia masa degree, then ke open house lagi. Pastu terus ke Kipmart beli barangan nak buat steambot. Saja kalini pilih menu steambot utk lebih santai dan budak2 happy utk free dan easy walaupun datang beraya ke rumah kami.


Jam 6 petang baru start buat persiapan kat dapur. Jam 8 malam tetami dah datang. Ok lah 2 jam didapur sebab menu simple je kan..:) Aneka balls yang disajikan sebagai menu utama malam tersebut.


Mula2 ingat nak cucuk2 semua sayur2 ni. Alahai sekali fikir tak dan masa dan nak menganyam sayur2 tu pun failed, so hidang macam ni pun ok kan..


Selain itu menu tambahan ada rojak buah dan meehoon. Kuah macam biasalah, ada kuah sup dan kuah tomyam.


Antara tetamu yang awal sampai. Elok2 display atas meja, diaorg cakap makan kat bawah lagi senang. Ramai2 buat bulatan makan. Ok saya follow ajer mengikut keselesaan mereka.


Kalau nak tahu, bukan budak2 form 3 sahaja yang datang, ada setengah tu budak2 form 5 yang tak berkesempatan datang beraya tempohari turut serta join makan2 steambot kalini. Ok lah.. Tak kisah, sesiapa nak datang pun boleh.


Macam biasa, bila dah nak balik, cabutan duit raya mesti ada ya. Ikut rezeki masing2.


Hah pilih pilih nak tarik sampul mana?


Agak2 berapalah nilai duit raya yang dia dapat sampai ketawa macam ni.. Hihi


Meriah!!! Makan2 santai macam ni lebih mengeratkan hubungan kami dan juga at the same time bolehlah bagi sedikit motivasi utk mereka dalam PMR dan SPM nanti.


Kami seronok!!! Ada sebahagian dalam rumah dok tgk bola lawan apa ntah malam tu. Masing2 ni semua ibu bapa yang hantar. Ada beberapa pelajar lelaki sahaja yang naik motor.


Ok bermula dari gambar2 ni saya cilok gambar dari FB anak murid saya sebab dia guna DSLR. Saya ambil beberapa keping gambar masuk sini.


Jangan tak tahu, last last tu ada juga ibu bapa yang kami jemput makan2 sekali. Ini gara2 mak ayah dah nak ambil anak2 masing2, tapi semua tak nak balik lagi sebab syok oooooo kumpul ramai2 macam ni. So dari ibu bapa tunggu jer dalam kereta, saya jemput mereka masuk makan sekali. Tapi jujurnya segan juga saya.. Kebanyakan ibu bapa yang join kami tu semua naik kereta besar2, mahal2, ahli businessman dan businesswoman yang dah jauh banyak pengalaman dari kami serta prof-prof dan Dr Dr PHD. Ya Allah, terharu saya diaorg sudi beraya bersama kami. At the same time boleh jua korek2 tips kejayaan mereka dan dengar pengalaman masing2.


Syok buat makan2 berperingkat camni sebab kita lebih rapat dan fokus melayan tetamu.


Aksi gedik anak2 murid saya. 

Akhir sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir malam tu. Sesungguhnya kehadiran kamu semua menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Bukankah tetamu itu membawa rahmat.

P/s: Lepas jer semua balik jam 10:45 malam, bergegas pula kami gi beraya di rumah student kami di Taman Hadapan tu. Wahhh banyak betul makanan. Siap makan durian best dan tapaukan kami otak-otak lagi. Terima kasih Ya Allah!!!

No comments:

Post a Comment