Monday, September 16, 2013

Menikmati berehat di rumah sendiri!!

Selamat Hari Malaysia Rakyat Malaysia semua!!! Semoga Malaysia terus maju, makmur dan adil utk rakyat jelata!!


Dah beberapa minggu weekends tak ada kat rumah. Sibuk ke sana sini urusan business. Tak pun sama2 OT dengan staff production utk penuhi permintaan tinggi coklat IQ-CocoDamia.

Alhamdulillah, jualan CocoDamia di Karnival Hari Malaysia yang berakhir malam tadi di Tanjung Balau berjalan lancar. Walaupun separuh hari semalam hujan tak henti-henti dari pagi hingga ke tengahari, namun Allah hadiahkan pelangi pada waktu petangnya. Syukur..

Sempena cuti Hari Malaysia hari ini, saya dan keluarga mengambil peluang menikmati berehat dirumah sendiri. Hujung minggu ni ke Melaka pula utk support stokis yang buka booth CocoDamia di MITC Melaka.

So harini mengambil peluang masak-masak dirumah. Selain itu projek buat bubur jagung dan jagung bakar permintaan anak2 dan suami pun ON. 2 singgit 2 singgit beli kat Booth Peladang di Karnival semalam. Jagung manis2.

Hurmm nak masak pulak dah.. So ada ke istilah REHAT bagi seorang isteri kalau kat rumah tu??? Hihi..insyallah besar ganjaran pahala kan kalau kita isteri-isteri ikhlas memasak utk keluarga kita. Amin amin..

Jom main masak2!!!



No comments:

Post a Comment