Wednesday, August 7, 2013

Sebak meninggalkan Ramadan yang Terakhir utk Tahun ini

Antara perkara yang ditunggu-tunggu time bulan puasa kalau balik kampung adalah berbuka secara berjemaah!!! Tak kira samada dari pihak keluarga saya sendiri ataupun pihak keluarga mertua.


Ni menu yang boleh dikatakan tiap2 tahun mesti ada kalau berbuka berjemaah di belah mertua saya. Menu sup kaki, ayam percik, ikan percik, ikan bakar, kerabu beko, sambal petai ikan bilis, ayam masak merah, agar2, puding pelangi, cucur durian dan aneka kuih muih lain serta air kelapa, air sirap, teh o ais, cendol dan locong. Memang meriah makan ramai2 pabila 8 beradik, 5 menantu, 9 cucu dan PIL berkumpul.


Normally lepas berbuka, memang sembahyang isyak dan tarawih berjemaah di rumah sahaja. Sebak malam tadi kerana ia merupakan tarawikh terakhir pada tahun ini. Semoga kita semua panjang umur utk berjumpa dengan Ramadan yang akan datang.

P/s: Petang ni berkumpul adik beradik saya di rumah mak kat Pasir Mas pula.

No comments:

Post a Comment