Wednesday, August 21, 2013

Resepi Puding Roti CocoDamia




Sekali sekala kita kena variasikan menu makanan anak2 kita, baru mereka akan lebih bersemangat dan gembira tatkala menjamu selera. Hari2 makan coklat IQ -CocoDamia begitu sahaja pun boleh muak juga. Apa kata kali ini kita ubah sikit menu agar nampak lebih kreatif dan mengiurkan. Aritu dah pernah buat Banana Split CocoDamia, kali ini kita cuba pula resepi Puding Roti Cocodamia

Gambar di atas tu adalah masa Puding CocoDamia in the making dalam Magic Pan saya. Ada org kukus, tapi saya bakar jer dalam Magic Pan saya tu senang!!!


Wahhh makan masa suam2, ditambah pula dengan kuah kastard yang sangat pekat likat tu, membuatkan coklat mencair didalam mulut. Boleh bayangkan betapa enaknya Puding Roti CocoDamia ni??? Setiap gigitan penuh terasa keenakan Coklat IQ yang telah dihancurkan secara kasar, gigitan kismis terapi dan juga cairan chocolate chips!!! Bukan sahaja berkhasiat malah turut mengamalkan pemakanan sunnah secara istiqamah dan rutin harian. Insyallah, kita sebagai ibu bapa kena kreatif dalam penyediaan makanan rutin agar anak-anak lebih menyukainya.


See, my flower girl!!! Begitu teruja dengan  Puding Roti CocoDamia ni. Dah rasa sesudu, 3/4 daripada magic pan saya tu habis dimakan oleh kami 3 beranak. Tinggal 1/4 lagi utk si ayah yang balik keje lewat semalam. Terima kasih Ya Allah kerana dengan IzinMU, Puding Roti CocoDamia ni sangat sedapppp dan mengiurkan orang yang melihat gambar2 diatas..:)

Resepi Puding Roti

500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu gula icing
8 keping roti gardenia.
2 sudu butter
Chocolate Chip
Kismis terapi
2 bar Coklat IQ CocoDamia

Cara membuatnya

Oleskan sedikit butter dalam magic pan. Kemudian sapukan sedikit butter pada permukaan roti. Dan koyakkan roti dan susun dalam magic pan. Kisarkan semua bahan2 yang lain diatas. Tuangkan ke dalam magic pan. Biarkan terendam selama 5 minit. Tabur chocolate chip dan kismia terapi. Kemudian boleh bakar dengan menggunakan api kecil sehingga hampir masak. Kemudian tabur pula Coklat IQ CocoDamia yang telah dihancurkan secara kasar. Dan masak sehingga puding betul2 masak.

Resepi kuah kastard

1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula 
1 camca esen vanilla

Cara membuatnya

Masak semua bahan diatas dengan api sederhana. Agak2 pekat dan likat. Boleh padamkan api.

SELAMAT MENCUBA!!! 

Dah cuba jangan lupa post gambar dan tag saya ya!!!


No comments:

Post a Comment