Thursday, August 22, 2013

One nite transit @ Shahzan Inn

Masa otw balik dari Kelantan ke Johor, kami mengambil keputusan mendadak untuk transit di Kuantan. Ni pun gara-rara masa kami berhenti makan di Sebuah Restoran Tom Yam otw nak masuk Gambang tu, disebabkan ramai sangat orang, maka makanan kami sampai lambat dan kami habis makan pun lambat. Tu yang on the spot buat keputusan bermalam di Kuantan. Lagipun badan masing2 dah penat dan tak selesa. Jam 8 pagi dari Kelantan, kul 9 malam masih di Kuantan. Cari nahas kalau bertolak juga balik JB malam2 tu.


Sambil makan, sambil search AGODA mana hotel yang masih available kat Kuantan. Al-maklumlah, on the spot cari hotel. Kebanyakannya dan full. Last2 Shahzan Inn nasib baik ada bilik kosong lagi. Malas nak search lama2, terus jadi bayar via online stay kat sini. Lepas makan, terus kami ke sini.


Sampai pun dah dekat jam 9:30 malam. Aleesya dah tidur dalam kereta. Nasib baik tak meragam kejutkan dia dari tidur. Tu masih mamai-mamai sambil peluk bear Ayyunie. Bunyi tidur hotel mana budak2 nak meragamkan.


Budak excited nak tidur hotel. Sepanjang perjalanan kelantan-JB, asyik tanya "kita tidur hotel tak ibu??"..walhal tahu sangat nak tidur hotel sebab nak main pool jer budak2 ni..:)


Pemandangan dari tingkap bilik kami..
Depan tu jer Petronas, senang nak beli air, biskut dan anything, lintas jalan depan tu je.


Pagi esoknya breakfast. Majoriti keluarga melayu. Satu family jer bangsa lain. Sempat juga berborak sesama family lain semasa tunggu toast bread siap. Masa tu baru tau, rata2 yang stay kat hotel tu memang semata2 transit sebab kepenatan heavy traffic. Senasiblah rupanya kami. Hihi.


Dah siap sarapan, inilah yang ditunggu-tunggu oleh both Damias.
Baju renang tak bawa balik, so berenang jer pakai baju tidur tu. Kikiki..
Wahhh boleh tahan ramai juga yang main pool ni.


Budak paling happy!!!
Tapi sekejap jer main, tak sampai setengah jam pun.
Ayah damia nak cepat2 balik sebab nak singgah situ sini pula beli barang kat JB.

Dulu2 masa both Damias kecik lagi i.e still bawah 2 tahun, selalu transit kat Duta Sand Beach Resort. Kat situ best sebab tak crowded dan bilik chalet, bukan hotel. Petang2 atau pagi2 boleh bawa budak2 main pasir dan pantai, tapi sejak2 anak2 dah besar i.e 4 tahun ke atas ni, dah jarang transit. Selalu nak cepat jer sampai sebab both Damias tak sabar nak jumpa cousin-cousin diaorg. Lagipun, anak makin besar, makin kurang meragam kalau jalan jauh kan.

P/S: Uolsss kalau travel lebih dari 10 jam transit tak?

P/S: Settled urusan pendaftaran sekolah kebangsaan Darjah 1 Aleesya dan sekolah Agama harini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment